HARI PROFESIONALISME KALI KEDUA 2009 SMKPS

TELITI ... Penceramah Hari Profesionalisme kali-2 tahun 2009 Jurulatih Utama Headcount Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sulaiman (SMKDS) Mohd Nor Adnan memberi penerangan yang lebih teliti kepada beberapa guru SMKPS sempena hari profesionalisme kali-2 2009 di sini hari ini

TELITI ... Penceramah Hari Profesionalisme kali ke-2 tahun 2009 Jurulatih Utama Headcount Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sulaiman (SMKDS) Mohd Nor Adnan (berbaju merah) memberi penerangan yang lebih teliti tentang butiran headcount kepada tiga guru SMKPS sempena hari profesionalisme kali-2, 2009 di sini hari ini

Oleh: Mohd Najhan Azman Hamid
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 25 April (SMKPS) — Hari Profesionalisme kali ke-2 tahun 2009 berlangsung dengan penganjuran kursus ‘headcount’ (HC) bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran profesionalisme perguruan secara berterusan selamat diadakan di bilik mesyuarat guru SMKPS di sini hari ini.

Objektif program HC adalah bagi memberi pendedahan kepada guru-guru SMKSPS terhadap inovasi terkini dalam bidang pendidikan bagi memantapkan pengurusan guru.

Jurulatih Utama Headcount Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sulaiman (SMKDS) Mohd Nor Adnan

Jurulatih Utama Headcount Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sulaiman (SMKDS) Mohd Nor Adnan

Penceramah Hari Profesionalisme kali ke-2 tahun 2009 Jurulatih Utama Headcount (JUHC) Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Sulaiman (SMKDS) Mohd Nor Adnan berkata kursus HC amat penting bagi mengenal pasti keupayaan sebenar murid.

“Headcount ialah satu proses mengenal pasti potensi akademik dan potensi kerjaya setiap murid mulai tingkatan 1 hingga tingkatan 6.

Mengesan tahap pencapaian individu murid yang mempengaruhi pencapaian kelas dan sekolah, dalam peperiksaan mahu pun ujian di sekolah bagi tujuan membimbing individu murid ke arah kecemerlangan,”katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kursus tersebut di sini hari ini.

Beliau berkata program HC yang digunapakai sekarang ini adalah salah satu inovasi yang telah digunakan oleh JPNJ sejak 2005 dengan perubahan-perubahan berdasarkan kehendak pengguna.

Mohd Nor berkata proses kritikal dalam ‘headcount’ antara lain ialah penggunaan TOV dan ETR bagi memastikan kualiti akademik murid yang diajar.

“TOV (Take of value) tu maksudnya, markah permulaan atau tanda aras yang digunakan untuk mula menilai kemampuan pelajar.

“Sebagai contoh, pelajar tingkatan 3 TOVnya ialah markah akhir tahun tingkatan 2.

“ETR pula ialah sasaran yang diharapkan yang akan dicapai oleh pelajar berkenaan di dalam peperiksaan sebenar setelah berlakunya P&P sepanjang tahun,” katanya.

Beliau berkata tiap-tiap sekolah mempunyai buku HC melibatkan semua peringkat dari pengetua sehinggalah guru dan proses pembelajaran perlu selari dengan kemampuan pelajar.

“Lihat kelas yang diajar jika ia kelas pelajar yang lemah proses pembelajaran tidak semestinya sama dengan proses pembelajaran kelas pelajar yang pandai.

“Saya berharap headcount dapat dilaksanakan sepenuhnya kerana sudah tiba masanya untuk semua sekolah melaksanakannya”katanya.

Dalam kursus yang berlangsung selama setengah hari ini seramai 51 orang guru lelaki dan perempuan SMKPS terlibat dalam aktiviti memasukan data dan pengiraan ‘headcount’ yang dijalankan secara berkumpulan.

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

5 Responses to HARI PROFESIONALISME KALI KEDUA 2009 SMKPS

  1. Pak Pung says:

    Terima kasih kepada Ju HC atas penerangan yang jelas diikuti analogi yang boleh PP fahami..

    Apabila digunakan analogi begitu, barulah nampak
    dari mana, ke mana, harapannya dan pencapaiannya yang sebenar… kalau orang lain tanya PP, dapatlah PP terangkan…

    Terima kasih sekali lagi…

  2. JU HC says:

    Pak Pung, terima kasih atas respon.

    Apa harapan Pak Pung (PP) untuk anak-anak PP suatu hari nanti? Mungkin PP mengharapkan ada yang akan jadi guru, doktor, jurutera atau mungkin yang tidak begitu menjadi, sekurang-kurangnya jadi anak yang berguna kepada orang tua.

    Asalnya mereka tu semua sama, bermula dari 0 untuk berjaya. Bermula dari 0 tu boleh la dikira sebagai TOV, iaitu asas mula PP nak menilai anak PP.

    Nak jadi itu ini bila dah dewasa tu, ialah ETR – sasaran kita – tercapai atau tidak, itu bergantung kepada usaha. Pencapaian setiap usaha, UPSRnya, PMRnya, SPMnya dan seumpamanya tu dipanggil AR (Actual Result). Keputusan yang kita harap akan dicapai dlm setiap peperiksaan, tu kita panggil dia OTR.

    Yang penting tiap usaha kita mesti ada sasaran. Itulah namanya headcount, bukan HEAD COUNT – KIRA KEPALA.

  3. Pak Pung says:

    Headcount tu maknanya Kira Kepala ke..

    Ada TOV, ETR… Pelik bunyinya ni…

    Zaman Pak Pung dulu tak ada benda-benda ni..
    Yang Pak Pung tahu, 3M – tapi ada kawan Pak Pung maksudkan 3M tu sebagai Makan, Minum, Mengantuk!

    Apapun, Pak Pung harap Ckgu2 SMKPS terus maju jaya… Pak Pung hanya dapat pandang dari jauh… Nak tolong, dah tak terdaya dan tak faham banyak benda baru… Apa tu PPSMI pun terkebil-kebil Pak Pung!

  4. JU HC says:

    Program HC yang digunapakai sekarang ini adalah salah satu inovasi yang telah digunakan oleh JPNJ sejak 2005 dengan perubahan-perubahan berdasarkan kehendak pengguna.

    TOV (Take of value) tu maksudnya, markah permulaan atau tanda aras yang digunakan untuk mula menilai kemampuan pelajar. Cth, pelajar ting. 3 TOVnya ialah markah akhir tahun ting. 2.

    ETR pula plak ialah sasaran yang diharapkan yang akan dicapai oleh pelajar berkenaan di dalam peperiksaan sebenar setelah berlakunya P&P sepanjang tahun.

  5. salinasaid says:

    in ur artical, Sir Najhan de sebot tntg

    “Objektif program ‘headcount’ adalah bagi memberi pendedahan kepada guru-guruSMKSPS terhadap inovasi terkini”

    so ley tau x, the latest inovasi yg guru2 akan apply karang..n pe plak mksud TOV n ETR 2..can u tell me more detailly…bkn pe, actually sy pn de minat gak dgn “bidang pguruan” ni. so nk tau gakla ckit2 n disamping tu kan ley tmbah knwledge…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s