LAWATAN KONTINJEN OLAHRAGA SMKPS KE UTM BERJAYA

Oleh : Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Mustaffa Siraj

TEKUN... Atlet SMKPS sedang mendengar peneranga cara-cara berkayak yang betul daripada Fasilitator UTM

TEKUN... Atlet SMKPS sedang mendengar penerangan cara-cara berkayak yang betul daripada Fasilitator UTM

JOHOR BAHRU, 25 April (SMKPS) – Lawatan  kontinjen Olahraga SMKPS ke Universiti Teknologi Malaysia, Skudai hari ini dianggap berjaya.

Sebanyak 36 atlet dan 4 guru kontinjen turut serta dalam lawatan itu. Mereka disambut oleh Ketua Jabatan Sains Sosial, Fakulti Pendidikan UTM, Dr Zainal Abidin Zainudin dan mahasiswa-mahasiswa fakulti berkenaan.

Selepas majlis alu-aluan ringkas dan taklimat yang diadakan di dewan asrama Kolej Rahman Putra, pelajar dijamu dengan minum pagi.

Kemudian fasilitator dari Unit Sains Sukan telah menjalankan aktiviti senaman dan regangan. Acara diteruskan dengan perlawanan Futsal di gelanggang berdekatan. Pelajar begitu seronok dapat beraksi di situ.

Pada waktu tengah hari, pelajar dibawa ke makmal Sains Sukan, yang dipenuhi dengan alatan senaman dan kecergasan. Pelajar dibenarkan mencuba pelbagai alatan berkenaan.

FOTO KENANGAN...kontinjen SMKPS bergambar sebagai kenangan di hadapan Makmal Sains Sukan UTM

FOTO KENANGAN...kontinjen SMKPS bergambar sebagai kenangan di hadapan Makmal Sains Sukan UTM

Selepas makan tengah hari dan Solat Zohor di masjid utama UTM, pelajar telah menjalankan aktiviti Explorace. Pelbagai tugasan disediakan dan setiap kumpulan terpaksa bekerja keras memahami klu yang diberikan.

Acara diteruskan dengan aktiviti berkayak. Pelajar diberi taklimat tentang cara-cara berkayak dan menjalankan aktiviti `water confident’ sebelum menjalankan aktiviti ini di tasik berdekatan. Masing-masing begitu teruja dengan aktiviti ini.

Acara petang itu berakhir dengan majlis penutup ringkas dan jamuan makan. Dr. Zainal Abidin sekali lagi hadir dan dalam ucapannya beliau menghargai kedatangan rombongan dan mahu hubungan yang telah dibina dapat diteruskan pada masa akan datang.

Walaupun kepenatan dengan pelbagai aktiviti yang padat, pelajar-pelajar melahirkan rasa puas dan gembira.

Noratikah Kadian, atlit dari Kelas 4 Aktif berkata, pengalaman seperti ini sukar dilupakan dan meminta ia diadakan lagi pada masa depan.

“Layanan para fasilator sungguh memuaskan dan mereka sempat memberi motivasi kepada kami supaya belajar bersungguh-sungguh agar dapat belajar di menara gading.”

Setiausaha Sukan SMKPS,Haji Norman Ibrahim

Setiausaha Sukan SMKPS,Haji Norman Ibrahim

Haji Norman Ibrahim, Setiausaha Sukan SMKPS melahirkan rasa gembira atas kejayaan lawatan kali ini dan berterima kasih kepada Dr Zainal Abidin serta para pelajarnya yang sebenarnya sedang berada dalam minggu peperiksaan.

“Pengetahuan, pengalaman dan pendedahan kepada pelbagai aktiviti yang diatur dapat membantu meningkatkan keyakinan atlit dan memberi inspirasi ke arah peningkatan akademik dan kokurikulum.”

Lawatan kali ini adalah sebagai hadiah kepada kontinjen olahraga SMKPS yang berjaya mendapat tempat kedua dalam kejohanan olahraga MSSDBP baru-baru ini. Turut serta dalam lawatan ialah Cikgu Mustaffa, Haji Norman, Puan Nora Asyikin, Cik Norulliza dan Encik Muhid.

Sebelum pulang, kontinjen singgah untuk membeli-belah di pasar raya Jaya Jusco di Taman Universiti, Skudai. Kontinjen sampai di Parit Sulong jam 11 malam.

– SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KOKURIKULUM. Bookmark the permalink.

5 Responses to LAWATAN KONTINJEN OLAHRAGA SMKPS KE UTM BERJAYA

  1. Amsyahril says:

    Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

  2. tuan tanah (beliau) says:

    o..if mcm tu kire orait la 2…kira bjaya la jugak

  3. En Mus says:

    Terima kasih atas pandangan Tuan Tanah.
    Sebenarnya tak ada la saya buat kajian dgn adanya data lengkap untuk membuat kesimpulan sama ada lawatan itu berjaya atau tidak.

    Cuma bdasarkan penelitian di bawah, saya membuat rumusan bhw lawatan itu berjaya.

    1. Jadual lawatan dapat disempurnakan tanpa
    halangan
    2. Cuaca tidak mengganggu lawatan
    3. Saya mendapat komen2 positif dari guru dan
    pelajar yang turut serta
    4. Pelajar mengikuti semua acara ( motivasi,
    Futsal, Explorace, lawatan Makmal Komputer,
    berkayak dll) dengan bersemangat.
    5. Memerhati sikap dan gelagat pelajar
    sebelum, semasa dan selepas lawatan

    Dari situ, saya buat kesimpulan..

  4. Pak Pung says:

    Bestnya masuk universiti
    meskipun hanya sehari
    Kenapa tak ajak Pak Pung sekali
    Apa nak buat, dah terjadi…
    Lain kali war=warkan di sini
    dapat la Pak pung menghibur hati…

  5. tuan tanah(beliau) says:

    excuse me, sekadar ingin bertanya n mberi pndapat… bukanke sukar utk kite menilai samada sesuatu program yg kita handle 2 tu berjaya atau tidak..n based on my studies of project management subject, event like that is intangible..so susah nak nilai…kene juga fikir n tnye pndapat n perasaan peserta yang join n pihak2 lain yang terlibat…andai semuanya bpuashati, barulah di anggap berjaya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s