KUIZ KENALI MALAYSIA 1

KENALI MALAYSIA
Oleh : Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

1. Gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia….
2. Pulau Pinang dikenali sebagai pulau ……..
3. Sabah dikenali sebagai negeri di bawah…..
4. Bandar Diraja Perlis ialah ……..
5. Negeri ini dikenali sebagai Serambi Mekah….
6. Pantai paling terkenal di Pahang ……
7. Bandar paling banyak hujan di Malaysia…
8. Tasik pelancongan terkenal di Terengganu….
9. Gunung tertinggi di Asia Tenggara ….
10 Taman Tamadun Islam ada di …..
11 Pulau Bebas cukai di Kedah….
12 Bandar Diraja Selangor …..
13 Sarawak dikaitkan dengan burung….
14 Negeri Sembilan dipanggil Darul…..
15 Pantai Cahaya Bulan ada di negeri….

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in SAJAK,PUISI DAN KUIZ. Bookmark the permalink.

17 Responses to KUIZ KENALI MALAYSIA 1

  1. izlinor says:

    tumpang sibuk ,gunung tertinggi di malaysia gunung ape?

  2. micyle jacsyen says:

    1-paka
    2-dunggun
    3-resident resort
    4-masjid jamek
    9-aqua timez-niji
    59-digi
    48-celcum
    2-paka,london,london seri jawa

  3. En Mus says:

    Bukan merajuk
    cuma banyak makan jeruk!

    Kontrak dah nak habis
    peluh dah banyak menitis!

    Dapatlah berehat
    lepaskan penat!

  4. tuan tanah (beliau) says:

    macam mrajuk jer bunyi ayat

    “Sy nak berehat la dari menjadi penulis blog SMKPS… Sy dgr ramai dah jemu dgn stail sy..Tak bnyk pembaharuan… so sebelum sy melalut tak tentu fasal, biarlah sy bawa diri”

    come on la Mr. Mus…kdg2 idop ni mmg perlukan little bit changes..kritikan kdg2 baik buwat kita..jgn mudah terasa ati.kalau rasa diri umpama yang dikata, pe salahnya berubah sikit.kdg2 peyang org kate tu ada betolnya n kdg2 peyg kita buwat tu mnyebabkan de phak2 yang kurang selesa atas tindakan kita tu..pepun buwat anda semua di luar sana SELAMAT BERUBAH DEMI KEBAIKAN!!!

  5. En Mus says:

    Saya sebenarnya terlalu sibuk dgn pelbagai urusan di dalam dan di luar sekolah, hal keluarga lagi…. So elok la saya berehat… Cikgu2 lain boleh
    meneruskan usaha saya….
    Lagipun kontrak saya dah nak abis… Nak buat macam mana, cukup la sampai di sini..
    Ha ha ha

  6. eh Cikgu Mus janglah berhenti nanti tak best la kalau takde kuiz ke pantu ke sajak ke dan etc hasil karya cikgu..

  7. En Mus says:

    Sy retired ni lambat lagi! Nak transfer tak jugak, wpun ada tawaran ke sek di bandar (sy tinggal di bandar BP)
    Sy nak berehat la dari menjadi penulis blog SMKPS… Sy dgr ramai dah jemu dgn stail sy..
    Tak bnyk pembaharuan… so sebelum sy melalut tak tentu fasal, biarlah sy bawa diri… Ha Ha Ha

  8. salinasaid says:

    jap, tompang tanye…nape en mus ckp nk brundur 28hb ni? nak retired ke or kne transfer sek lain

  9. En Mus says:

    Afifah/Syazwi:
    Hanya satu jwpn yg salah…
    Bandar paling banyak hujan ialah Taiping.
    (Bukit Larut tu dalam area Taiping)

    Tahniah, tunggu surat dari penaja rancangan…
    Kalau tak sampai2, salah alamat lah tu!
    Ha Ha Ha

  10. En Mus says:

    Mana-mana yg mampu dilaksanakan, sy pertimbangkan.. Kalau tak leh, kira tak dapek la buat…

    Ada keja kosong… reporter blog smkps… Nak bagi keja tukang sapu, tak sesuai nak letak bakal graduan UNISEL kat di tempat yang tak sepatutnya.. Lalat dan nyamuk pun segan nak gigit! Ha Ha Ha

    Wpun sir najhan yang develope blog ni, sy ni kira penyumbang aktif, so sy boleh masuk blog dgn menggunakan lesen `penghulu saad’… Lesen/kontrak sy tamat akhir bulan ni.. By 28 Mei sy akan mengundur diri.. Itu pasti!

    Sy dan sir najhan harap, pd masa tu dah 15,000 hits.. Insya Allah!

    Sir najhan muda trangtang tang… sy dah dekat warga emas… Tapi Pak Pung lagi tua.. dah antik agaknya! (Jangan marah, Pak Pung!)

    Sy memang ajar Sejarah Islam di SMK Munshi Sulaiman, BP dari tahun 1995-2005

    So, wait for the quiz!

  11. salinasaid says:

    a ah, da bes da final..da merdeka…pasni da xder da ngadap final2 ni…ley x mintak job jadi cleaner ke, tukang kebun ke kt smkps? keje xley memilih kan…tol x…nk mintak job jd cikgu @ lab assistant, xde qualification in that field lak..gaji no 2…yg pnting de job…hihihi

    bagus!!! bg idea terus pertimbang n realisasikan…ri tu bg idea utk wat kuiz, tgk2 next post da publish da…ni bg idea lain lak, trus nak create…bagus2….nti bile2 sy bg la idea lain yang lebih mcabar if terlintas kat kepala ni..tapi de 1 idea en mus mcm xsetuju nk ptimbangkan…pedia? leyla refer dia n pakse gak en mus realisasikan..hihihii

    tp nak tnye la, penghulu saat n En MUs ni org yg same ke? atau penghulu saat ni nama tok Sir Najhan as developer of this blog.

    tapi bila fikir2 lek, takkanla Sir najhan de pglaman 10 thn mgaja tamadun islam…bape lak umur dia now + dia jadi reporter lak start umor bape..hushhhh, pening lak kepala ni…ah xpela, xpenting…ape yg penting kerjasama konpius den!!!ah,xpenting…”ape yang penting kerjasama”

    n ape yg lebih penting, tq coz sudi menerima pakai idea sy ni!!! insyaallh 4 the next quiz, i’ll join it!!!

  12. Penghulu Saat says:

    Kuiz Agama Islam? Cadangan yang baik.. Sy berpengalaman mengajar Sejarah Islam Tingkatan 6 selama 10 tahun sebelum ke SMKPS… So I can create the question! No problem! Malam ni gak boleh create secara spontan!

    Salina boleh la jawab, sebab dah abis exam Final Year di UNISEL kan… Ha ha ha

  13. salina said says:

    sy bukan xtau nak teka, tapi sy ni bab geografi lomah cikit…dlu time blaja goeg pn mcm mngantuk jer kat class…tahla….try wat kuiz sbjek lain lak, math ke, sains ke…ha, yg 2 agak minatla ckit…nak bes lagi n nak ukur sjauh mane pgetahuan kite tntg tamadun islam, try wat soalan tntag kisah nabi…dak zmn now ni(tmasuk sy)if tnye name anak rasulullah pn xtau kadang2(tapi sy tau ckit2la, jes x bape arif…2la yang malangnye bg sy…), tapi bila tnye bab anak2 artis, laju jer jwb….leyla lantik ustaz hasanin sbg jugdes nanti….

  14. En Mus says:

    Tujuan sy buat kuiz adalah untuk menggalakkan respon… Nanti kalau buat kuiz yang susah giler, ada yang pecah kepala, tak fasal-fasal saya kena saman! Ha ha ha

    Tak pa, nanti sy buat yang susah, jika itu kehendak pihak2 di luar sana!

    Saya belum lg nak beri jawapan.kuiz .. Jemaah hakim masih lom buat skema!

  15. salinasaid says:

    create la kuiz yang lebih mcabar n boleh mbuatkan kepala pocah bile fikir jawapannye…kihikihiih…

  16. saya mencuba ye:
    1.Gunung Tahan
    2.Pulau Mutiara
    3.Negeri dibawah bayu
    4.Arau
    5.Kelantan
    6.Cherating
    7.Bukit Larut
    8.Tasik Kenyir
    9.Gunung Kinabalu
    10. Terengganu
    11. Langkawi
    12.Klang
    13.Kenyalang
    14. Khusus
    15. Kelantan

  17. Saya jawb ni cikgu..

    1) Gunung Tahan
    2) Pulau Mutiara
    3) Bayu
    4) Arau
    5) Kelantan
    6) Cherating
    7) Bukit Larut
    8) Tasik Kenyir
    9)Gunung Kinabalu
    10) Terengganu
    11) Langkawi
    12)Klang
    13)Kenyalang
    14) Khusus
    15) Kelantan

    Cikgu kali ni dapat berapa pulak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s