KUIZ TAMADUN ISLAM

KUIZ TAMADUN ISLAM

Oleh : Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

Sila jawab bagi yang sudi:

1. Tahun kelahiran Nabi Muhammad dikenali sebagai
Tahun_____________.

2. Pada usia baginda 35 tahun, Nabi diberi gelaran_____

3. Nama penuh bonda Nabi Muhammad (saw)__________

4. Nabi menyebarkan Islam selama berapa tahun?_______

5. Peristiwa Hijrah berlaku pada tahun______ Masehi

6. Namakan 3 anak perempuan Nabi Muhammad.

7. Solat 5 waktu difardukan semasa nabi melakukan
aktiviti apa

8. Khulafa-Ur-Rasyidin yang kedua dalam Islam?

9. Khalifah Umar Abdul Aziz sangat zuhud. Beliau
memerintah pada zaman Bani ____________

10 Islam pernah menguasai bumi Sepanyol dari
tahun 900 Masehi- 1492 Masehi. Dalam Sejarah
Islam, Sepanyol dikenali dengan nama_______

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in SAJAK,PUISI DAN KUIZ. Bookmark the permalink.

5 Responses to KUIZ TAMADUN ISLAM

  1. SMKPS says:

    Kepada Salina, Afifah dan Pak Pung:
    Berikut ulasan Juri Kuiz:
    1. Salina jawab betul 7 daripada 10. Dua jawapan
    tdk diberi. Jawapan nama Sepanyol ialah
    Andalusia, bukan Andalus Cordova.
    Kira dapat B3.. oraitlah tu…

    2. Jawapan Pak pung ni…. betul semua! Tahniah
    Pak Pung! Tua-tua makin menjadi Pak pung ..

    tapi Pak Pung rujuk buku kan…
    Jadi saya bagi 91/2 per 10… tentang hadiah,
    kena tanya Sekretariat Blog. Dengarnya
    sebuah kereta mainan Ferrari….! Ha Ha

    3. Jawapan Afifah,salah satu je… So 9/10
    Mantap tu! Jawapan yang salah ialah Hijrah
    Nabi sepatutnya 622 Masehi…

    En Mus

  2. Saya cuba ea..
    1. Gajah
    2. Al-Amin
    3. Aminah Binti Wahab
    4.23 Tahun
    5. 579 masehi
    6. Zainab, Fatimah, Ummi Kalsum
    7. Israk mikraj
    8.Saidina Umar bin Al-Khattab
    9.Bani Umaiyyah
    10. Andalusia

  3. Pak Pung says:

    Pak Pung memang teringin nak jawab soalan En Mus, tapi Pak Pung tak jumpa buku rujukan yang sesuai. Akhirnya ada jumpa juga.
    Al-maklumlah, bab agama ni tak boleh nak hentam keromo….benda tu fakta…
    Pak Pung jawab ya:
    1. Tahun Gajah
    2. Al-Amin
    3. Siti Aminah Wahab
    4. 23 tahun
    5 622 Masehi
    6. Zainab, Ruqayyah dan Aisyah
    7 Isra Mi`raj
    8 Khalifah Umar al-Khattab
    9 Bani Umaiyyah
    10 Andalusia

    Betul tak En Mus? Saya buat sendiri, tak tiru salina… Kalau betul, kena bagi hadiah la
    4

  4. SMKPS says:

    Att Salina:..
    Ala kesian, tak pasal-pasal kena buat revision lepas exam final year!

    Jawapan tu ada yang betul dan ada yang salah… Sy lom boleh keluarkan jawapan rasmi… Lagipun tunggu sape2 yg lain htr jawapan… Tahniah kerana berani mencuba… Dah empat hari, tak da sape nak cuba….. Penat sy buat soalan!

    Soalan ini menepati standard LPEM (Lembaga Peperiksaan Encik Mus!) Ha ha ha

  5. salinasaid says:

    utk menyahut cabaran kuiz tamadun islam ni, sy try jawab. lg pun idea ni sy yg usulkan, if sy x try, x syokla..tp if salah jgn gelakkan lak..al maklumla, form6 da 3 taun blalu. nak refer buku tamadun islam yg tebal gedabak tupun dulu pjm org je, so da pulagkan da kt ownernya. nak wat research mcm take time, so sy try jawab mane yg still ingat kat pale ni layer:

    1) taun Gajah
    2) Gelaran Al-Amin
    3) Siti Aminah binti Wahab
    4)
    5)
    6)Zainab, Ruqaiyah, Ummi Kalsum dan Fatimah
    7) israk mikraj (naik buraq)
    8)Saidina Umar Bin Al-Khattab
    9) Bani umayyah
    10)andalus cordova

    dua lagi jawapan insyaalh akan menyusul akan datang, i need to make revision 1st be4 answering. not sure the true answer….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s