TAHUKAH ANDA?

Oleh: Mustaffa Siraj

* Pengetua SMKPS, Puan Hajah Salbiah Maskan,merupakan
Pengerusi JK Bola Sepak Veteran MSKPP Batu Pahat.
Hebat tu!

* SMKPS mempunyai 4 Guru Cemerlang, iaitu En. Ahmad
Fadzil, En Mohd Khamsuldin, Encik Mashudi dan En
Kamarul Hisham – kesemuanya lelaki!

* Puan Yong Yee Theng merupakan guru bukan Melayu
tunggal di SMKPS. Beliau seronok di SMKPS!

* Ustaz Hasanin Tamio merupakan graduan yang mendapat
Ijazah Kelas Pertama dari Universiti al-Azhar, Mesir.
Hebat you!

* Encik Najhan berpengalaman sebagai wartawan di
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).
Beliau adalah tulang belakang kewujudan blog ini.

* Haji Rahman Ithnain berkelulusan Diploma Matematik dan
memiliki ijazah Sastera (Persuratan). Pakar dalam bidang
sains dan sastera!

* Suami Puan Lolita (pembantu Makmal SMKPS) adalah
seorang Penolong Pegawai Daerah Batu Pahat.

* Raja Zakaria merupakan `kerabat di raja’ tunggal di
SMKPS. Maaf patik…

* Cikgu Ramlan juga hebat memasak. Beliau ada buat
katering. Sedia menerima tempahan!

* Ada banyak emas di SMKPS ni. iaitu Cikgu Mastura, Mazni,
Mazlita, Mashudi… Tu yang bersinar-sinar kat SMKPS…

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in SAJAK,PUISI DAN KUIZ. Bookmark the permalink.

7 Responses to TAHUKAH ANDA?

  1. sahrul says:

    cikgu mashudi ada lg…waaa…cikgu…skrg sy sudah bergelar accountant bertauliah…

  2. 4 ASPIRASI 2009 says:

    4 ASPIRASI MENGUCAPKAN SEMOGA BERJAYA KEPADA SEMUA GURU2 SMKPS…..
    DOAKAN KEJAYAAN KAMI DALAM PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN TERUTAMANYA DALAM SUBJEK GEOGRAFI. AMIN…….

  3. cikguanibp says:

    Kulitnya sahaja yang dapat kita nilai,
    isinya, hanya Allah yang tahu…
    Namun, tidak dinafikan bhw cikgu2 smkps
    memang hebat, dek kerana itulah lahir modal2 insan yang hebat juga. Teruskan kecemerlangan kalian!!!

  4. remy says:

    Aku dah kata aku memang hebat . Jangan lupe ganjaran sbg seorang guru memang hebat….itulah smkps banyak kelebihannya….sila sedar diri

  5. salinasaid says:

    mmg da tbukti ckg2 smkps sume hebat2 belaka…mmg da d ketahui dr dulu smpi skrg..mulia sungguh profesyen keguruan ni coz setinggi-tinggi career bermula dr guru…alangkah bagusnya if smua sedar btapa guru ini tinggi darjatnya…pada yg telh berjaya now, ingatlh bhwa smua yg kamu garap tu bkn setakat dr usaha kamu sorang jer…

  6. Pak Pung says:

    Hebat juga cikgu2 SMKPS ni
    baik guru ppuan mahupun lelaki
    Pak Pung rasa nak mengenali
    rasa segan di dalam hati!

    Bila baca kisah2 dalam blog ni
    teringat Pak Pung kawan2 di sana sini
    harap kita berjumpa lagi
    meski mereka di tempat tinggi
    Pak Pung pula tak siapa peduli…

  7. tuan tanah (beliau) says:

    memang dasat ckg2 kat smkps ni!!! kagum la!!!

    seruan buwat kita semua, memang wajar:

    UNTUK KITA MENJADI YANG TERBAIK ANTARA TERBAIK .. DARI SITU ORANG AKAN NILAI DIRI KITA BAHAWA KITA MEMANG DIKALANGAN YANG TERBAIK

    tapi tak wajar bagi kita:

    UNTUK KITA MENJADI SEPERTI NAMPAK TERBAIK TAPI SEKADAR INGIN MENGELABUI MATA ORANG LAIN AGAR ORANG MEMANDANG BHWA KTA ADALAH TERBAIK…KONONNYA…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s