PERSIAPAN TUAN RUMAH KEJOHANAN BOLA BALING BERJALAN LANCAR

MENARIK ... padang bola SMKPS yang telah dibersihkan digunakan untuk latihan perlawanan antara bawah 15 dan bawah 18 yang bakal berlangsung pada Mei ini.

MENARIK ... padang bola SMKPS yang telah dibersihkan digunakan untuk latihan perlawanan antara bawah 15 dan bawah 18 yang bakal berlangsung pada Mei ini.

Oleh : Mustafa Siraj
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 30 April, (SMKPS) – Persiapan SMKPS bagi menjadi tuan rumah kejohanan Bola Baling Bawah 15 tahun daerah BP pada 4 dan 5 Mei ini berjalan lancar.

Menurut Haji Norman Ibrahim, Setiausaha Sukan SMKPS, 4 gelanggang di SMKPS disediakan dan kerja-kerja membuat garisan, meminjam tiang gol serta jaring telah dapat dibereskan.

“SMKPS meminjam tiang gol dari SK Pt Sulong dan SK Seri Laksana. Urusan peminjaman dibereskan pagi semalam, dibantu Cikgu Sahri dan Cikgu Rahman Ithnanin.”

“Mesyuarat JK dalaman telah diadakan tiga hari lalu dan AJK terbabit telah diberi penerangan tentang tugas mereka. Misalnya, tugas urus setia, hadiah, makanan dan pencatat.”

“SMKPS memutuskan untuk tidak menggunakan 2 gelanggang SMK Dato Sulaiman, kerana kesukaran menguruskan perjalanan pertandingan di luar sekolah. Jika semua pertandingan dijalankan di SMKPS, memudahkan urusan.”

Setiausaha Sukan SMKPS,Haji Norman Ibrahim

Setiausaha Sukan SMKPS,Haji Norman Ibrahim

Beliau mengharapkan cuaca akan kekal seperti sekarang, dan jika hujan kerap turun, tentu padang menjadi kurang kondusif untuk pertandingan.

Dalam pada itu, astaka telah dicat semula supaya lebih ceria. Di situ akan ditempatkan urus setia pertandingan dan tempat menunggu bagi pegawai dan pengadil pertandingan.

Pasukan tuan rumah juga terus gigih berlatih di bawah bimbingan Haji Norman, Encik Mashudi dan Encik Norhisham. Dua perlawanan persahabatan telah diadakan minggu ini, iaitu dengan SMK Dato Sulaiman dan SMK Semerah.

Sebanyak 14 pasukan lelaki dan 15 pasukan pasukan perempuan akan berentap hebat pada pertandingan kali ini. Sidang Blog SMKPS mengucapkan selamat bertanding kepada semua pasukan dan berharap pasukan SMKPS mampu menggegar di gelanggang sendiri!

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

One Response to PERSIAPAN TUAN RUMAH KEJOHANAN BOLA BALING BERJALAN LANCAR

  1. cikguanibp says:

    Cikgu Norman,
    berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,
    bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian.
    Tunggu…!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s