SMKPS JOHAN PERTANDINGAN e-PPDA KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2009

CERIA ... tiga peserta SMKPS, (dua dari kiri) Nadia Nurlaila, Iffah Haziqah, dan Nur Aliaanina

CERIA ... tiga peserta SMKPS, (dua dari kiri) Nadia Nurlaila, Iffah Haziqah, dan Nur Aliaanina


Oleh : Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 30 April (SMKPS) – SMKPS sekali lagi muncul johan pertandingan Elektronik Pendidikan Pencegahan Dadah (e-PPDa) Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) daerah Batu Pahat Tahun 2009 buat kali ketiga berturut-turut.

Dalam pertandingan yang diadakan di SMK Dato Syed Esa, tiga peserta SMKPS, iaitu Nadia Nurlaila, Iffah Haziqah, dan Nur Aliaanina telah menunjukkan persembahan yang mantap hingga berjaya mengalahkan sekolah-sekolah di bandar, seperti SMK Convent, SMK Sri Gading dan SMK (P) Temenggung Ibrahim.

Di bawah bimbingan Encik Mashudi dan Puan Mazni, persembahan SMKPS diselangi dengan 2 lagu menarik dan disisipkan lakonan. Pengalaman 2 tahun bertanding di peringkat negeri digunakan hingga membawa kejayaan kali ini.

Menurut Encik Mashudi, kejayaan ini besar ertinya dan pastinya pasukan sekolah akan berusaha lebih gigih untuk pertandingan di peringkat negeri di Kulaijaya pada 15 dan 16 Mei.

Sidang blog SMKPS mengucapkan syabas kepada peserta SMKPS. Semoga berjaya di peringkat negeri!

–SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

11 Responses to SMKPS JOHAN PERTANDINGAN e-PPDA KARNIVAL PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH DAERAH BATU PAHAT TAHUN 2009

  1. tunfatimah says:

    buat nadia, iffah dan alia,
    saya sayang awak semua…
    good luck untuk peringkat negeri.

  2. jempol says:

    untuk arif (yang arif) macam mana prof pakai gelaran ni.. pelik juga ye.. hanya hakim pakai “yang arif” tapi prof setahu saya pakai cermin mata bawah hidung dengan rambut berserabai. apa-apa pun untuk prof kita ni, kekalkan suara mantap prof tu, untuk Inspektor munduk, garanglah sikit, lagi satu studen ipta ni, kalau marahpun kawal sikit nanti takut terbang kerusi tu.

  3. jempol says:

    peringkat negeri tinggal 8 hari lagi ni, kau orang sedia tau!, doa maju jaya untuk munduk, arif dan pipah.. kalau nanti pergi ke Kedah boleh jenguk P. Langkawi sekali, betul tak balqis? boleh tengok helang dekat tepi pantai.

  4. balqis says:

    buat munduk, arif dan pipah…
    buat yang terbaik tau!
    INGAT, CAHAYA KEMENANGAN TETAP MILIK AWAK SEMUA………..

  5. dina says:

    hu2 munduk????
    pe bju yg dak tengah tu pki…bkn spttnye pki bju penagih dadah ke..he2..
    pe2 pn tahniah adk2 ku…
    uat yg terbek tok peringkat negeri…

  6. SMKPS says:

    Tahniah!
    Tahniah!
    Tahniah! berkalong-kalong tahniah

    dpd Guru-guru SMKPS

  7. SMKPS says:

    TAHNIAH! TERUSKAN KECEMERLANGAN ANDA
    DI PERINGKAT NEGERI
    SMKPS BOLEH!!!

    dpd Hj Z

  8. najhan says:

    hensem ahhhh

  9. tuan tanah (beliau) says:

    hebat anak didik Pn Counselor kite n Mr. Mashudi!!! cayalah…like father like son!!! wat ckg bedua yg mbimbing, anda mmg “baik punyer!!!” wat peserta, “punyer baik”!!!..hiihihihihiji

  10. SMKPS says:

    okay boss

  11. munduk.com says:

    Ejaan nama peserta salah la. Nadia Nurlaila, Iffah Haziqah, dan Nur Aliaanina. HARAP MAKLUM. Pape pown thankz.. (‘_~)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s