BOLA BALING – PASUKAN P15 SMKPS MARA KE SEPARUH AKHIR DENGAN BERGAYA

CERIA ... SMKPS akan bertemu SMK Temenggung Ibrahim (TIGS) di perlawanan separuh akhir esok. Pemenang akan bertemu pemenang perlawanan SMK Senggarang dengan SMK Seri Medan.

CERIA ... SMKPS akan bertemu SMK Temenggung Ibrahim (TIGS) di perlawanan separuh akhir esok. Pemenang akan bertemu pemenang perlawanan SMK Senggarang dengan SMK Seri Medan.

Oleh : Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 4 Mei (SMKPS) – Pasukan Bola Baling Perempuan Bawah 15 tahun SMKPS berjaya mara ke separuh akhir dengan penuh bergaya hari ini di kejohanan Bola Baling yang berlangsung di padang SMKPS.

Pasukan berkenaan telah membelasah lawan-lawannya, iaitu mengalahkan SMK Dato Onn 11-0, SMK Convent 16-0 dan SMK Dato Syed Esa 11-0. Di peringkat suku akhir, SMKPS juga membenam SMK Dato Menteri dengan jaringan 12-2.

SMKPS akan bertemu SMK Temenggung Ibrahim (TIGS) di perlawanan separuh akhir esok. Pemenang akan bertemu pemenang perlawanan SMK Senggarang dengan SMK Seri Medan.

Guru penasihat pengakap SMKPS, Encik Mashudi Mohd Said.

Jurulatih SMKPS, Encik Mashudi Said

Jurulatih pasukan SMKPS, Encik Mashudi melahirkan keyakinan bahawa pasukannya mempunyai ramuan mencukupi untuk bergelar juara. Beliau mahukan pemain SMKPS terus tenang dan yakin memburu misi menggapai juara.

Dalam pada itu, pasukan lelaki SMKPS gagal menempatkan diri di separuh akhir apabila tewas 4-6 kepada SMK Senggarang dalam satu perlawanan yang sengit dan mendebarkan.

Di peringkat kumpulan, pasukan SMKPS menewaskan SMK Dato Onn 6-3 dan seri dengan SMK Dato Syed Esa 6-6.

Semua perlawanan separuh akhir dan akhir berlangsung pagi esok. Majlis penutup dan penyampaian hadiah dijangka berlangsung jam 10 pagi. Pegawai Perhubungan Polis SMKPS, Tuan Rosman Khamsatun dijangka menutup rasmi kejohanan itu nanti.

Semoga SMKPS muncul juara kali ini!

-SMKPS

PENGUMUMAN

SEMUA GAMBAR DI DALAM PERTANDINGAN BOLA BALING HARI INI BOLEH DI AMBIL DARI ALBUM WEBLOG SEKOLAH SMKPS.
-Pihak weblog SMKPS menggunakan perisian Picasa dan gambar boleh didownload secara terus dari situ sila lawat.
http://picasaweb.google.com/Fotosekolah

HARAP MAKLUM, SEKIAN TERIMA KASIH

Hakcipta terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat (SMKPS).

SMK Penghulu Saat (SMKPS) tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian,

kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH, KOKURIKULUM. Bookmark the permalink.

One Response to BOLA BALING – PASUKAN P15 SMKPS MARA KE SEPARUH AKHIR DENGAN BERGAYA

  1. cikguanibp says:

    SMKPS,
    namamu terus gah,
    kawan dan lawan susah nak sanggah,
    yang mengejar termengah-mengah,
    kerana kauterus ‘berlari’ tanpa berlengah…
    Teruskan larianmu, SMKPS!
    Wa caya lu, “emas” dan “berlian”!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s