BOLA BALING – SMKPS MUNCUL JUARA KATEGORI PEREMPUAN 15 TAHUN

TROFI KEJUARAAN ...SMKPS turut merangkul Piala Pusingan sebagai juara keseluruhan kategori 15 tahun. Norhalini Mansur dari SMKPS juga dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir dan Norsyakila Jamil, juga dari SMKPS menerima anugerah Penjaring Terbanyak kejohanan dengan 13 gol.

TROFI KEJUARAAN ...SMKPS turut merangkul Piala Pusingan sebagai juara keseluruhan kategori 15 tahun. Norhalini Mansur dari SMKPS juga dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir dan Norsyakila Jamil, juga dari SMKPS menerima anugerah Penjaring Terbanyak kejohanan dengan 13 gol.

Oleh : Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

BATU PAHAT, 5 Mei, (SMKPS) – SMKPS muncul juara kejohanan Bola Baling kategori perempuan Bawah 15 tahun apabila menewaskan SMK Seri Medan 3-2 dalam perlawanan akhir yang sengit di padang SMKPS.

Lebih manis lagi, SMKPS turut merangkul Piala Pusingan sebagai juara keseluruhan kategori 15 tahun.

Norhalini Mansur dari SMKPS juga dinobatkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir dan Norsyakila Jamil, juga dari SMKPS menerima anugerah Penjaring Terbanyak kejohanan dengan 13 gol.

Kira-kira 100 penonton menyaksikan perlawanan akhir yang mendebarkan itu dalam keadaan cuaca panas terik. Turut menyaksikan pertandingan ialah Pegawai Perhubungan Polis SMKPS, Tuan Rosman Khamsatun dan Pengetua SMKPS, Puan Hajah Salbiah Maskan.

Guru penasihat pengakap SMKPS, Encik Mashudi Mohd Said.

Jurulatih SMKPS, Encik Mashudi Said

Jurulatih SMKPS, Encik Mashudi Said gembira dengan kejayaan ini dan satu kemenangan yang besar ertinya kerana beliau telah membentuk dan melatih pasukan ini sejak tahun lalu dan pemain dilatih secara konsisten setiap hari Ahad.

“Pemain SMKPS telah menunjukkan komitmen yang tinggi semasa latihan dan mereka dibentuk untuk bekerjsama serta ditanam semangat juang yang tinggi.”

“Persefahaman dan gandingan yang mantap serta ketajaman serangan pasukan SMKPS telah membolehkan mereka mengumpul jaringan yang besar, iaitu menjaringkan 46 gol dan hanya melepaskan 5 gol dalam 5 perlawanan yang dilalui.”

Pengetua SMKPS, Hajah Salbiah Maskan, jelas gembira dengan kemenangan ini dan mengucapkan tahniah kepada barisan pengurus, jurulatih dan pemain yang telah bertungkus-lumus berusaha ke arah kejayaan pasukan.

Beliau juga berpuas hati dengan penganjuran SMKPS kali ini dan berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam kejohanan kali ini.

-SMKPS

PENGUMUMAN

SEMUA GAMBAR DI DALAM PERTANDINGAN BOLA BALING HARI INI BOLEH DI AMBIL DARI ALBUM WEBLOG SEKOLAH SMKPS.
-Pihak weblog SMKPS menggunakan perisian Picasa dan gambar boleh didownload secara terus dari situ sila lawat.
http://picasaweb.google.com/Fotosekolah

HARAP MAKLUM, SEKIAN TERIMA KASIH

Hakcipta terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat (SMKPS).

SMK Penghulu Saat (SMKPS) tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian,

kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH, KOKURIKULUM. Bookmark the permalink.

15 Responses to BOLA BALING – SMKPS MUNCUL JUARA KATEGORI PEREMPUAN 15 TAHUN

  1. syera says:

    yang penting,,,thank you to cg.mashudi
    klau cg tak de kite orang sume tak berjaya cam ni
    thanks banyak2 cg

  2. syarfa-efa- says:

    emm ley tye ark aimy amira yg ne 1???

  3. nur azima bte razali says:

    xpelh dyowg xsudi nk ltk pic dk snggrang larh

  4. nur azima bte razali says:

    tahniah jgk larh

  5. Pak Pung says:

    Waduh Waduh!
    Syabas anak-anak
    Kok hebat sekali
    Pak Pung tumpang gembira..

  6. -" ADiBz CuTEZ's "- says:

    wow….
    adik aq la….
    bgoz2….
    smart2….
    teros kn usaha kamu…
    ^^

  7. jempol says:

    Untuk semua pemain: mawi, aimi, melati, kakak, adik, lini, juek, epal, wani, sahira, ida, fatin dan zira, kini terbukti kamu semua sememangnya hebat, teruskan latihan demi kesihatan dan nama baik sekolah SMKPS. KAMU SEMUA TIDAK AKAN BERGELAR JUARA ANDAI TIDAK ADA SEMANGAT BERPASUKAN YANG KUAT. MAKA TERUSKAN SEMANGAT ITU O.K..

  8. hanis says:

    assalamualaikum….
    skull senggarang nyer gambar x de ke?

  9. En Mus says:

    Pandang depan, ada Tomok… Jutawan beb!

  10. salinasaid says:

    jangan pandang belakang, ade momok…

  11. En Mus says:

    Cadangan itu mmg baik dan dalam pertimbangan sidang weblog. Tapi bahagian Research and Development weblog SMKPS masih belum tersusun lagi, maka cadangan untuk kami menyediakan info tentang Swine Flu dsbnya tdk dapat dipenuhi for the meantime…

    Insya Allah dapat dijelmakan
    pada masa hadapan
    Kami tak pandang belakang
    kalau tidak, pasti tumbang…

  12. salinasaid says:

    Majulah sukan utk negara n SMKPS! sihatkan badan dgn bsukan!
    swine flu disease mjadi mslh dunia now n mjadi ancaman ksihatan manusia…mgkin kite sume still lg kabur dgn info2 wabak ni…so,, nak bg ckit cadangan, pe kate adekan ckit info2 tmbhan tntg swine flu ni, pe fktor2 n lgkh2 pcegahan..from that, students n smua blh dpt info…

  13. Chelsea_Forever says:

    Syabas diucapkan pasukan boling SMKPS…berbaloi korang smua berjemur berminggu2 bwh matahari…pasni korang jangan lupa sental dengan fair and lovely..hu..hu..hu

  14. esbe says:

    yang tepi pakai payung oren tu macam britney spears la.. hehe
    tapi semua pemain memang handal.. boleh mewakili negara nih!

  15. Semoga kejayaan ini memberi semangat kepada semua warga sekolah untuk terus maju jaya. SMKPS BOLEH!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s