KAMI AKAN CUBA LAGI: KATA KETUA KUMPULAN NASYID SMKPS

TIADA REZEKI ...Pada kejohanan yang menyaksikan penyertaan 13 buah sekolah menengah di daerah Batu Pahat itu kumpulan nasyid SMKPS tidak menonjolkan kerana kurang persediaan rapi selain menjadi kumpulan pertama beraksi.

TIADA REZEKI ...Pada kejohanan yang menyaksikan penyertaan 13 buah sekolah menengah di daerah Batu Pahat itu kumpulan nasyid SMKPS tidak menonjolkan kerana kurang persediaan rapi selain menjadi kumpulan pertama beraksi.

Oleh: Siti Nabila Sakroni
Gambar oleh: Mohd Syafiq Nasir

BATU PAHAT, 4 Mei (SMKPS) –Kami akan cuba lagi, kata Ketua Kumpulan Nasyid SMKPS Fatin Nabila Mohd Mohktar (Kelas 4 Amanah) setelah kegagalan mereka untuk menempatkan diri dalam tiga kelompok kumpulan nasyid terbaik pada Pertandingan Nasyid sempena Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) peringkat Daerah Batu Pahat pada Khamis lepas.

Nabila berkata pada pertandingan yang disertai 13 buah sekolah menengah di daerah Batu Pahat itu kumpulan nasyid SMKPS kurang bernasib baik kerana terdapat banyak sekolah yang lebih hebat dan berpengalaman dalam bidang nasyid.

Ketua Kumpulan Nasyid SMKPS Fatin Nabila Mohd Mokhtar (Kelas 4 Amanah)

Ketua Kumpulan Nasyid SMKPS Fatin Nabila Mohd Mokhtar (Kelas 4 Amanah)

Antara kelemahan yang dapat dikenal pasti ialah tempoh latihan nasyid yang agak singkat, selain kekurangan pendedahan beraksi di pentas.

“Kami semua agak gementar kerana tidak menyangka akan menjadi pasukan pembuka tirai, dan apa yang kami lalui adalah satu pengalaman berharga dan perlu diperbaiki untuk persembahan-persembahan akan datang,” katanya dalam kenyataan media yang diberikan di sini, hari ini.

Beliau berkata biarpun kumpulan nasyid SMKPS gagal menyerlah dalam pertandingan kali ini,namun mendapat sokongan dan komentar yang positif oleh guru dan penonton yang hadir.

“Lagu nasyid dicipta oleh Mohd Syafiq Nasir dan juga bertindak sebagai jurulatih kumpulan. Terima kasih kepada guru-guru dan mereka yang telah memberi sokongan ke atas perjuangan kumpulan nasyid kami,” katanya.

Tempat pertama dimenangi oleh SMK Tun Ismail, ke-2 SMK Dato’ Bentara Luar dan ke-3 SMK Tun Aminah dan ini adalah pertandingan kali kedua buat kumpulan Nasyid SMKPS yang baru ditubuhkan tahun ini.

–SMKPS

Hakcipta terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat (SMKPS).

SMK Penghulu Saat (SMKPS) tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian,

kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

5 Responses to KAMI AKAN CUBA LAGI: KATA KETUA KUMPULAN NASYID SMKPS

  1. AQILA 4AKTIF 2010 says:

    baju tu macam nak pergi nikah jerk… hehe jangan marah ea

  2. kabuto@4_amanah says:

    teruskan usaha?not give up?

  3. Aten Biela says:

    cantik ae bju??? heeheeh…mekaceh..

  4. 3D says:

    cantiknya baju, boleh pinjamke?

  5. Aten Biela says:

    xpe…trus kn ushe kowg.. taon dpn de lagi..hehe.. cayok2 la team nasyid smkps!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s