BOLA BALING B18 – PASUKAN LELAKI DAN PEREMPUAN SMKPS MELANGKAH KE SEPARUH AKHIR

HEBAT... Pemain SMKPS melompat tinggi semasa membuat percubaan ke kubu SMK Dato Menteri

HEBAT... Pemain SMKPS melompat tinggi semasa membuat percubaan ke kubu SMK Dato Menteri

Oleh: Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Mustaffa Siraj

YONG PENG, 7 Mei (SMKPS) – Pasukan Bola Baling lelaki dan perempuan Bawah 18 tahun SMKPS melangkah ke separuh akhir dengan bergaya apabila menumpaskan lawan-lawan masing di SMK Dato Seth, Yong Peng petang ini.

Pasukan lelaki mengalahkan SMK Dato Menteri 5-1 manakala pasukan perempuan membenam SMK Semerah 7-1.

Di peringkat kumpulan, pasukan lelaki mengalahkan SMK Datuk Bentara Luar 4-3, mengalahkan SMK Seri Medan 6-3 dan pasukan SMK Seri Gading 6-3.

Jurulatih SMKPS, Encik Mashudi Mohd Said.

Jurulatih SMKPS, Encik Mashudi Mohd Said.

Pasukan perempuan pula mengalahkan pasukan Banang Jaya 5-1 dan pasukan SMK Dato Syed Esa 7-0.

Di peringkat separuh akhir pagi esok, pasukan lelaki bakal bertemu pasukan SMK Banang Jaya manakala pasukan perempuan bertemu SMK Temenggong Ibrahim.

Jurulatih pasukan lelaki, Haji Norman Ibrahim melahirkan keyakinan unuk pasukan lelaki pergi lebih jauh.

“Walaupun pasukan SMK Banang Jaya dibarisi ramai pemain keturunan Cina dan bersaiz lebih besar, namun pasukan SMKPS akan cuba sehabis daya untuk berjaya”, kata Haji Norman.

Jurulatih pasukan perempuan pula, Encik Mashudi Mohd Said turut menyuarakan keyakinan yang sama.

“Pasukan B18 mendapat inspirasi kejayaan pasukan B15 yang menjadi juara kelmarin dan jika adik-adik mereka muncul juara, mereka juga mampu,” ujar Mashudi.

Kehadiran GPK SMK Penghulu Saad, Encik Abdulk Razak Abdul Rahman dan PK Kokurikulum petang tadi turut menyuntik semangat para pemain.

“Seluruh warga SMKPS berbangga dengan pencapaian setakat ini dan berharap pasukan B18 mampu memberi khabar gembira kepada sekolah.

Pagi esok bakal menentukan pasukan mana bergelar juara B18 dan juga pasukan yang mendapat gelaran Juara Keseluruhan.

Semoga bintang pasukan B18 SMKPS bersinar terang esok!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

4 Responses to BOLA BALING B18 – PASUKAN LELAKI DAN PEREMPUAN SMKPS MELANGKAH KE SEPARUH AKHIR

  1. nur azima bte razali says:

    pd dk2 girl jgn lah sdih sgt coz xapt msok final,,huhuhu

  2. nur azima bte razali says:

    kteowg dri smks pon nk ucap tahniah lah kt dk2 mACha

  3. hana says:

    kami besyukur kerna mendpt johan pda thun nie dan kmi ucapkan trima ksh kpd ckg mashudi krna sudh penat lelah melth kmi dr awl thun hngga hr perlwnan.terima kash ckg

  4. jempol says:

    kita juara!, itulah suara kemenangan dari kami(perempuan 15 dan 18). dan dengan penuh rendah diri kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat terutama puan Siti Noraini dan cik Zuraidah. kemenangan ini adalah milik kita semua. (setelah berusaha dengan gigih) dan semangat yang padu telah membuahkan hasilnya. untuk pemain-pemain (Far, pipi, kina, linda, lila, nabila, siti, mira, kakak, adik, tika, azura dan lini) teruskan perjuangan kita… buktikan yang kita mampu mencipta sejarah sendiri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s