BOLA BALING – SMKPS MENCIPTA SEJARAH BARU DENGAN KEJAYAAN BERGANDA

KAMI JUARA ... Alhamdulillah berkat usaha dan latihan dalam pertandingan akhir hari ini, pasukan Bawah 18 tahun lelaki berjaya mengalahkan SMK Munshi Sulaiman 5-3 manakala pasukan Perempuan mengalahkan SMK Senggarang 3-2.

KAMI JUARA ... Alhamdulillah berkat usaha dan latihan dalam pertandingan akhir hari ini, pasukan Bawah 18 tahun lelaki berjaya mengalahkan SMK Munshi Sulaiman 5-3 manakala pasukan Perempuan mengalahkan SMK Senggarang 3-2.

Oleh : Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Mustaffa Siraj

YONG PENG, 8 Mei (SMKPS) – SMKPS mencipta sejarah baru pagi ini dengan kejayaan pasukan lelaki dan perempuan menjuarai pertandingan peringkat Bawah 18 tahun dalam pertandingan di SMK Dato Seth.

Kejayaan berganda ini menyusul selepas pasukan Perempuan Bawah 15 tahun memenangi pertandingan tiga hari lalu.

Dalam pertandingan akhir hari ini, pasukan Bawah 18 tahun lelaki berjaya mengalahkan SMK Munshi Sulaiman 5-3 manakala pasukan Perempuan mengalahkan SMK Senggarang 3-2.

Di peringkat separuh akhir, pasukan lelaki membenam SMK Banang Jaya 8-5, sementara pasukan Perempuan pula mengalahkan johan tahun lalu, SMKP Temenggong Ibrahim 7-3.

Selain kemenangan berganda, pasukan SMKPS memenangi Piala Johan Keseluruhan, penjaring terbanyak dengan 14 gol, menerusi Amirul Hakim manakala Nor Amira Samiti muncul sebagai Pemain Terbaik perempuan.

Jurulatih pasukan perempuan, Encik Mashudi Mohd Said jelas gembira dengan kemenangan ini, setelah tewas dengan SMKP Temenggong Ibrahim dengan satu mata di perlawanan akhir tahun lalu.

“Misi SMKPS untuk membalas dendam kekalahan tahun lalu berjaya ditunaikan, berkat kesungguhan pemain dan semangat juang yang tinggi,” katanya.

“Latihan dan persediaan sejak setahun yang lalu benar-benar berbaloi dan kemenangan ini amat manis dirasakan.”

Jurulatih pasukan lelaki, Haji Norman turut melahirkan kesyukuran atas kejayaan pasukan bimbingannya, apatahlagi berjaya melepasi halangan pasukan Banang Jaya dan SMK Munshi Sulaiman yang sungguh mantap.

“Perlawanan akhir dengan SMK Munshi Sulaiman memang sengit dan mencemaskan. Kita ketinggalan 0-2 pada separuh masa pertama dan pada masa itu sukar untuk mengharapkan kejayaan”

“Ketika waktu rehat, saya terpaksa mengubah strategi dan menyuntik kata-kata semangat bagi menaikkan semangat pemain. Kesannya, kita berjaya menyamakan kedudukan dan mengheret ke masa tambahan. Selepas itu, pemain menggandakan asakan dan serangan balas yang pantas berjaya menghasilkan dua gol. Syukur kepada Allah,” jelasnya.

Beliau menghargai komitmen tinggi para pengurus dan jurulatih, iaitu Encik Norhisham, Encik Khamsuldin, Puan Siti Noraini, Cik Norulliza dan Cik Siti Zuraida. Penyediaan makanan yang lazat oleh Encik Khamsuldin benar-benar memberi tenaga dan kekuatan kepada pemain dan ini membantu pasukan.

Tiga kejayaan juara pasukan Bola Baling P15, P18 dan L18 merupakan satu pencapaian yang amat cemerlang dan merupakan satu sejarah baru, sepertimana kejayaan mendapat tempat kedua kejohanan Olahraga MSSD. Diharapkan kejayaan ini dapat mencetus inspirasi kepada para pemain untuk mencipta kejayaan-kejayaan seterusnya dalam akademik dan kokurikulum

Tahniah dan syabas kepada Pengurus, Jurulatih dan pemain yang telah mengharumkan nama sekolah. Anda semua memang HEBAT!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KOKURIKULUM. Bookmark the permalink.

14 Responses to BOLA BALING – SMKPS MENCIPTA SEJARAH BARU DENGAN KEJAYAAN BERGANDA

  1. ejat says:

    thinah smkps…warga smkps sumenya juara…klu dlu sy pnh trima ilmu disitu…sy brhrp 1 ari nnti sy dpt blk ke smkps tok curahkn sgla ilmu yg ada….smpi skrg sy trgt bgaimana ckgu mashudi mlatih pemain pada stiap ari ahd & disiplin yg diterapkan dlm psuknnya..hsilnya adalah kjayaan yg dperoleh pada ari ini…TAHNIAH KEPADA JURULATIH & PEMAIN!!

  2. Aten Biela says:

    congret gengz team handbol!!!! korang mmg power2 r… ape2 pown congret utk korg n ckgu2..

  3. Mashudi says:

    hari Jumaat yang lalu adalah hari yang bermakna bagi saya, misi yang cuba saya bawa selama menjadi guru ialah untuk membantu pelajar mencapai impiannya. hari itu mengingatkan saya pada tahun 1995 ketika Bola Baling SMKPS mula mengorak langkah gagah perkasa, nama-nama seperti Razak, Khairul, Azman, Hairani, Hairiah, Rozila, Sharifah, Rozita, Marlia, Hidayah, dan ramai lagi menjadi rujukan ketika saya melatih, kini mereka telah berkerja dan ada antara mereka menjadi jurulatih bola baling sekolah masing-masing. saya harap bekas-bekas pemain bola baling SMKPS dahulu memberi komen dalam ruangan ini. tq

  4. manjie says:

    tahniah buat wira-wira SMKPS

  5. En Mus says:

    Saya bersetuju dgn Dina.. Adik2 tu tangkas bermain.. Mereka ada persefahaman, kepantasan, bijak mencari ruang dan tak tahu erti penat… pada saya mereka bermain bermati-matian dan punya semangat juang yang super tinggi…. Mereka terlalu obses untuk bawa kemenangan kepada sekolah!

    Dalam hal ini, saya nampak en Mashudi dan en Norman telah berjaya menerapkan semangat perjuangan yang luar biasa… Wpun saiz badan pemain kita agak kerdil, namun itu tak jadi hal..

    Anda membanggakan sekolah!

  6. En Mus says:

    Wahai Chelsea Forever:

    Kita orang bukan mcm Guus Hiddink, tapi kami ni’macam Alex Ferguson dgn Rio Ferdinand, Wayne Rooney dan Ronaldo…

    Manchester United Forever! We are The Champion!

  7. dina says:

    xtlmbt kn nk wish tahniah kt pasukan bola baling smkps n semua yg trlibat…SMKPS MEMANG HEBAT!!! berpanas di tengah pdg hri khmis dan jumaat hri tu mmg ckup brmkne bg sy yg xpnh trun pdg nie..tgok adk2 tangkas bmain bola n ckgu2 yg trus memberi kte2 smgt mmg pglmn yg ckup best..

  8. Uhh says:

    salam

    Uhh,,, cikgu-cikgu semua dah pakai nama samaran..
    james bond ke?

  9. Chelsea_Forever says:

    Especially to Jempol🙂 Dah kuruspun…sebab kain sarung kt rumah semuanya longgar.kui..kui…kui

    Pepun…

    Pengalaman kt SMKPS buatkan ku teruja berada disini…

    Wang ringgit boleh dicari tapi keabraban dalam persahabatan dan teamwork yang baik tak akan jumpa dalam kamus kehidupan .Ianya datang dari hati yang tulus nurani…

    Kerjasama dari semua pihak buatkan SMKPS melangkah jauh kehadapan…

    “The journey of a thousand miles begins with one step” – Lao Tzu

  10. Pak Pung says:

    Wah, hebat pencapaian SMKPS ni….
    Bola Baling ni lain dengan bola tampar ke?
    Teringin Pak Pung nak tengok permainan bola
    Baling… Nak jugak rasanya jejakkan kaki Pak’
    Pung kat penghulu Saad… Nak pergi sendiri,
    segan Pak Pung…

    Nantilah Pak Pung jumpa kawan lama seangkatan Pak Pung, iaitu Wak Arif, Pengerusi PIBG tu…
    Dapat naik kereta Unser dia, lagi senang….
    Nak naik motor kapcai buruk Pak Pung, takut masuk parit pulak….

    Pak pung doakan pasukan SMKPS berjaya…
    Nak bagi tips kpd pasukan, Pak Pung tak pandai…
    Pak pung hadiahkan satu gurindam:

    Pasukan SMKPS hebat bergaya
    Pak Pung kagum lagi teruja

    Tiga kejayaan bukti kehebatan
    Buat jamuan Pak Pung jgn dilupakan

    Berlatihlah dengan sepenuh hati
    Agar kejayaan dapat dimiliki

    Pak Pung permisi dulu
    Di lain masa bisa ketemu

  11. jempol says:

    Chelsea_Forever, bila nak join bola baling ni, boleh kuruskan badan tau!, bola sepak-bola sepak la juga, bola baling pun ada powernya juga.

  12. Chelsea_Forever says:

    Akum.
    Syabas buat pasukan bola baling bwh 18 thn kerana menjuarai pertandingan peringkat Sek2 Batu Pahat. Korang semua memang menang bergaya. Tahniah juga diucapkan buat semua yang terlibat… terutama Cikgu Mustafa Siraj, Cikgu Mashudi, Cikgu Khamsuldin, Cikgu Norman dan Cikgu Norhisham yang bertungkus-lumus bagi membawa pulang piala kemenangan ke SMKPS…Korang bagaikan Guus Hiddink melatih anak buahnya untuk manaikkan taraf sesebuah pasukan.

  13. PEMERHATI says:

    Salam….
    Tahniah buat semua yang telah banyak memberikan komitmen yang jitu terhadap team bola baling SMKPS sehingga kita berjaya memperolehi kejayaan berganda.
    Ini sejarah ke-2 yang kita cipta selepas kejayaan MSSD yang lalu…
    Cukup mantap team sukan dan permainan kita pada tahun ini. Saya berpendapat kemantapan ini disebabkan oleh faktor pengurusan yang sangat efisen terutamanya komitmen GPK Ko Ku yang sangat prihatin dengan kebajikan pelajar dan guru. Di mana ada pelajar, disitulah dia hadir untuk memberi sokongan dan semangat…
    Ini mendorong guru dan pelajar untuk bekerja dengan lebih keras lagi bagi mencipta lebih banyak kejayaan…
    Berlian memang mantap dan power…

  14. jempol says:

    terima kasih semua, ini adalah kejayaan SMKPS, KITA BOLEH.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s