BERSEDIALAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN – PENGETUA SMKPS

oleh : Mustaffa Siraj

BATU PAHAT, 9 Mei (SMKPS) –  Pengetua SMKPS, Puan Hajah Salbiah Maskan menyeru para pelajar supaya membuat persediaan secukupnya bagi menghadapi peperiksaan Pertengahan Tahun. Pelajar Tingkatan 4 dan 5 telah memulakan peperiksaan, manakala Tingkatan 1-3 akan memulakan minggu depan.

“Pelajar perlu merancang masa belajar dan ulang kaji dengan lebih rapi. Janganlah menghadapi peperiksaan tanpa sebarang persediaan”.

“Bagi pelajar Tingkatan 5, perlulah buat ulang kaji pelajaran Tingkatan 4. Begitu juga pelajar Tingkatan 3, perlu buat ulangkaji pelajaran Tingkatan 1 dan 2.”

“Ibu bapa sewajarnya memastikan anak-anak mereka membuat persediaan secukupnya bagi menghadapi peperiksaan ini. Kawal pergerakan anak-anak dan jangan biarkan mereka membuang masa sesuka hati,” ujar Puan Salbiah lagi.

Seluruh warga Blog SMKPS ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan kepada semua pelajar SMKPS. Gandakan usaha, kuatkan semangat dan jawab kertas peperiksaan dengan tenang dan lengkap. Selamat berjaya!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

3 Responses to BERSEDIALAH MENGHADAPI PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN – PENGETUA SMKPS

  1. zul says:

    selamat hari guru kepada semua guru2 smkps yang telah menabur bakti dan ilmu kepada pelajar2nya……..bekas student smkps2007

  2. pemerhati says:

    Salam…
    semoga semua pelajar dapat menjawab soalan dengan baik.
    pastikan anda semua membuat persiapan yang rapi sebelum masuk ke dewan peperiksaan.
    mintalah restu guru untuk kebaikan hidup didunia dan akhirat

  3. cikguanibp says:

    Moga kecemerlangan di gelanggang diteruskan dengan kegemilangan di bilik / di dewan peperiksaan hingga lahirnya ramai modal insan yang benar-benar terbilang di SMKPS. Amiin!
    Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik SMKPS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s