PERHIMPUNAN KHAS KOKURIKULUM BULAN MEI BERJALAN LANCAR

oleh : Mustaffa Siraj

BATU PAHAT, 11 Mei, (SMKPS) – Perhimpunan Khas Kokurikulum SMKPS bagi bulan Mei berlangsung sempurna pagi ini.

Perhimpunan kali ini menyaksikan persembahan kawad kaki oleh ahli-ahli Pergerakan Pengakap 92 SMKPS di bawah pimpinan Mohd Shafiq Hj Nasir. Pergerakan yang kemas dan teratur menarik perhatian guru dan pelajar.

Majlis diteruskan dengan acara penyampaian hadiah wakil-wakil  sekolah yang mendapat johan pertandingan E-PPDA Pencegahan Dadah dan tiga kejuaraan dalam pertandingan Bola Baling P15, P18 dan L18 peringkat daerah Batu Pahat baru-baru ini, yang disempurnakan oleh Pengetua SMKPS, Hajah Salbiah Maskan.

Dalam ucapannya, Penolong Kanan Kokurikulum SMKPS melahirkan rasa gembira atas kejayaan yang dicapai oleh wakil sekolah dalam pelbagai pertandingan tersebut.

“Sudah pasti, kejayaan itu adalah hasil kerjasama padu pengurus pasukan, jurulatih dan pemain. Mereka berpadu tenaga dan bertungkus-lumus demi kejayaan pasukan,” ujarnya.

Pengetua SMKPS, Hajah Salbiah Maskan menyeru para pelajar supaya dapat mencontohi kejayaan atlet sekolah dan dalam masa yang sama, berusaha mencapai kecemerlangan dalam kurikulum, khasnya dalam peperiksaan pertengahan tahun.

“Jika pelajar-pelajar kita berjaya mengalahkan sekolah-sekolah seperti SMK Tinggi dan SMKP Temenggong Ibrahim dalam kokurikulum, maka sewajarnya pelajar berusaha mengatasi sekolah-sekolah berkenaan dalam kurikulum pula,” ujar beliau.

Pengerusi PIBG SMKPS, Encik Mohd Arif Othman dalam ucapannya pula, mengingatkan para pelajar supaya merebut peluang yang ada untuk menjadi pelajar yang berjaya. Beliau turut menyeru para pelajar supaya menjauhi najis dadah, yang boleh menggelapkan masa depan pelajar dan menghancurkan masa depan negara.

Perhimpunan Kokurikulum berakhir jam 8.25 pagi.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

3 Responses to PERHIMPUNAN KHAS KOKURIKULUM BULAN MEI BERJALAN LANCAR

  1. iezam says:

    sekolah ni ada group dikir barat ke… ada sertai pertandingan karnival pencegahan dadah 2009 yg lalu..

    saya ingin membantu sekolah ini utk mengajar dikir barat pada tahun depan ke tahap cemerlang.. saya teringin nak menabur bakti ditempat kelahiran saya di parit sulong.. saya harap pihak sekolah dan guru2 yg berkenaan dapat memberi saya ruang untuk membuktikannya…

    15 tahun pengalaman saya dlm bidang dikir barat dari segi pertandingan.. hp: 0172967024

  2. aslann says:

    Perhimpunan Ko-K??
    wahh bende baru ni…
    Tahniah SMKPS…

    p/s:rindu kt sekolah lame..huhu~~

  3. Abang Long says:

    Kiri kanan kiri kanan……
    Jalan mesti ke depan!
    (Dah jauh Pak cik jalan, nak!)

    Masa Abang long sekolah, tak ada pulak
    perhimpunan Kokurikulum… Kiranya benda baru lah ni….

    Mesti la bangga mereka yang berkawad tu..
    Mata semua bertumpu kat mereka.. Caya lah!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s