UNTUK RENUNGAN BERSAMA

Mengkritik dan menghentam sesuatu memang mudah, tetapi untuk membina dan menyuburkan sesuatu tidak semudah itu

Mengkritik dan menghentam sesuatu memang mudah, tetapi untuk membina dan menyuburkan sesuatu tidak semudah itu

Oleh: Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Kelab Multimedia SMKPS

* Mengkritik dan menghentam sesuatu memang mudah,
tetapi untuk membina dan menyuburkan sesuatu
tidak semudah itu

* Sebagai manusia biasa, kita tidak sunyi daripada
kesilapan dan kesalahan. Apa yang kita dapat buat
adalah meminimumkan kesilapan.

* Kita perlu berazam untuk berubah ke arah kebaikan.
Usahakan untuk menjadi lebih baik daripada semalam.

* Kebahagiaan dan kesejahteraan hidup bukan diukur
berdasarkan banyaknya harta kita atau kesenangan
material sahaja. Yang lebih penting adalah ketenangan
minda, kesihatan yang baik, cukupnya pengisian rohani
dan kemantapan diri dan keluarga

* Kemurungan dan stres dapat dikurangkan jika kita
bersikap berlapang dada, banyak bersyukur kepada Ilahi
dan bersedia menerima kekurangan dan kelebihan
sebagai rencah kehidupan

* Setiap seorang daripada kita adalah pemimpin.
Sekurang-kurangnya kita perlu memimpin diri kita
ke arah kebaikan, jika tidak dapat memimpin orang lain,
masyarakat atau negara.

* Kegagalan dan kelemahan masa lalu perlu dijadikan
sempadan untuk kita jadikan landasan ke arah
penambahbaikan.

* Jika kita cepat berpuas hati dengan pencapaian kita,
itu satu tanda bahawa kejayaan dan pencapaian itu
tidak dapat dipertahankan. Letakkan sasaran lebih tinggi.

* Orang yang lemah akan sentiasa mencari alasan untuk
mewajarkan sesuatu. Orang yang kuat akan mencari
ramuan baru untuk meningkatkan pencapaian.

* Nama yang baik akan dikenang selalu
Budi nan luhur akan diingat ke anak cucu
Bakti dan jasa perlu dicambah semahu-mahu
Iman dan takwa dibaja tanpa jemu
keredhaan Allah sama-samalah kita tuju…

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in SAJAK,PUISI DAN KUIZ. Bookmark the permalink.

4 Responses to UNTUK RENUNGAN BERSAMA

  1. ex-student says:

    mcm2 perangai manusia di dunia nie….

  2. Abang Long says:

    Kadang-kadang, semua itu berbalik kepada niat kita..
    Niat yang baik mungkin disalah anggap..

    So, niat dan tindakan kita biar seiring… Baru betul!

  3. Anak Mami says:

    Memang sonang nak kutuk, hentam, belasah, umpat,
    hina dan perli kat orang…

    Tapi bila kita tuding satu jari kat orang, 9 jari pula tuding kat kita…

    So sambil kutuk orang, cermin-cerminlah diri…

    Tak gitu…

  4. lovePEACEnoWar says:

    Orang yang suka mengkritik orang lain, sebenarnya banyak kelemahan pada diri sendiri. Oleh itu, kenali diri sendiri dan perbaiki apa yang perlu.. sebelum menuding kesalahan kepada orang lain.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s