HARI GURU SMKPS BAKAL DISAMBUT MERIAH

oleh : Mustaffa Siraj

BATU PAHAT, 15 Mei ,(SMKPS) – Hari Guru bakal disambut meriah pada Isnin, 18 Mei ini, demikian ditegaskan oleh Pengerusi Kelab Bilik Guru, Encik Norhisyam Khalid.

“Pelbagai acara telah disusun. pada awal pagi ada perhimpunan khas di mana Perutusan Menteri Pelajaran serta Pengarah Pelajaran akan dibacakan.’

“Acara diteruskan dengan tahlil dan doa selamat bertempat di surau sekolah. Ini diikuti dengan aktiviti sukaneka . Antara acaranya ialah Kerusi Beracun, Basikal Lambat dan Boling Buah Kelapa. Beberapa permainan juga diatur, iaitu permainan Futsal, Bola Jaring dan Bola Tampar.Guru-guru akan menunjukkan kehebatannya dalam permainan berkenaan.”

“Selepas itu acara persembahan oleh guru dan pelajar akan diadakan di dewan sekolah. Ramai guru telah bersetuju untuk menunjukkan bakat masing-masing, antaranya Cikgu Khamsuldin, Cikgu Mustaffa, Cikgu Nurulliza dan ustaz Ihsanudin. Persembahan lakonan akan dihidangkan oleh Cikgu Ramlan, Cikgu Zaimah, Cikgu Mazni, Cikgu Norman, Cikgu Shafie dan beberapa guru lagi.”

Beliau mengharapkan guru-guru dapat bergembira pada hari tersebut dan para pelajar dapat menghayati semangat Hari Guru. Menurutnya, jamuan khas Hari Guru akan diadakan di sebelah tengah hari.

ENJOY LA CIKGU…. ONCE A YEAR!

-SMKPS,

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

5 Responses to HARI GURU SMKPS BAKAL DISAMBUT MERIAH

  1. Abang Long says:

    Dulu kami pelajar, tapi kini kami dapat perhati sekolah dari jauh jer…
    SMKPS dah banyak berubah. Sy dgr bnyk peningkatan dah dibuat…. Syabas… Cgu2 mmg power dan mantap… Betullllll!

  2. ex-student says:

    Abadi Dalam Harum Nama

    Guru pendidik mulia
    sudah berabad lalu
    bermandi keringat
    meniti gigi hari
    mendaki puncak tinggi
    di merata lurah dan denai
    menabur bakti
    tanpa mau dipeduli.

    Guru pendidik mulia
    bukan untuk dipuja
    atau di dewa-dewa
    siang dan malarnnya
    adalah perjuangan jua
    rela meluah bahagia
    menelan duka nestapa
    dengan senyum dan takwa
    biarpun sayup di hutan belantara.

    Guru pendidik mulia
    laksana kuntum kembang mekar
    memuncak nama pembela sejahtera
    abadi dalam harum nama.

  3. ex-student says:

    Assalamualaikum..
    Kepada semua guru SMKPS…
    SELAMAT HARI GURU….
    Jasamu akan ku kenang,,,
    Terima Kasih CIKGU!

  4. pemerhati says:

    salam semua…
    selamat hari guru buat semua rakan-rakan di SMK Penghulu Saat. Semoga anda semua terus tabah mendidik anak bangsa menjadi seorang insan yang berguna didunia dan diakhirat…
    Jangan cepat berputus asa dengan cabaran dan dugaan yang mendatang…
    Teruskan kecemerlangan anda..

  5. Abang Long says:

    Orang cina kata Lause
    orang Arab kata Murabbi
    orang Inggeris kata Teacher
    Orang Melayu kata Cikgu…

    Untuk semua guru:
    SELAMAT HARI GURU!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s