PESERTA e-PPDA SMKPS BERTANDING ESOK DI KARNIVAL DADAH PGKT NEGERI

oleh : Mustaffa Siraj

BATU PAHAT, 15 Mei (SMKPS) – Peserta e-PPDa SMKPS ke Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat negeri Johor di Kulaijaya menyatakan kesediaan untuk memberi cabaran pada pertandingan yang bermula esok.

Mereka terdiri daripada Nadia Nurlaila, Iffah Haziqah dan Nor Aliaalina berlepas pagi ini dengan diiringi Kaunselor SMKPS, Puan Mazni Sanusi dan Puan Ruziyana. Pada pertandingan esok, mereka mendapat giliran yang ketiga.

“Peserta bersemangat tinggi dan telah membuat persediaan rapi. Diharapkan tuah bersama mereka pada pertandingan kali ini. Pastinya mereka mahu bersaing untuk merebut juara yang bakal mewakili Johor di peringkat kebangsaan yang akan dilangsungkan di negeri Kedah,” jelas Puan Mazni.

Pertandingan kali ini dijalankan di SK Tunku Rahman Putra. Selain e-PPDa, pertandingan-pertandingan lain ialah Boria, Nasyid, Dikir Barat, Mendeklamasi Sajak dan Melukis. Pertandingan dijalankan di beberapa lokasi sekitar Kulaijaya dari 15 hingga 17 Mei.

Peserta SMKPS menggabungkan persembahan tarian, nyanyian, pantun dan pembentangan power point bagi membawa mesej antidadah. Cikgu Mashudi Mohd Said menjadi tenaga penting dalam membantu persediaan peserta.

Semoga kejayaan menjadi milik peserta SMKPS!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

5 Responses to PESERTA e-PPDA SMKPS BERTANDING ESOK DI KARNIVAL DADAH PGKT NEGERI

  1. salinasaid says:

    baru perasan yg name “ayah” kite same ek ckg mashudi….adik bradik ke kita ni…yekot…tapi mak lain bapak lain….kihkihkih

  2. iezam says:

    pasukan dikir barat sekolah ni layak ke peringkat negeri..

  3. Anak Mami says:

    Semoga tenang dalam pertandingan
    pergi dengan doa berpanjangan
    pulang menggenggam kejayaan!

    Kepada En Mus, berilah laporan segera keputusan
    pertandingan.. Saya dengar En Mus pun pergi ke sana
    kan….

  4. mashudisaid says:

    moga hati kalian tidak mudah gentar, yakinlah bahawa kalian adalah yang terbaik.

  5. salinasaid says:

    perginya kalian dgn doa drpd kami…semoga kalian mdapat seperti aper yg di ingini…amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s