CATATAN PERJALANAN KE KULAI – SMKPS MUNCUL NAIB JOHAN e-PPDa PERINGKAT NEGERI

oleh : Mustaffa Siraj (Eksklusif dari Kulaijaya)
16 Mei 2009

Kunjungan saya ke Kulaijaya untuk menyaksikan Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah peringkat negeri Johor memberi seribu makna apabila peserta SMKPS berjaya muncul naib johan pertandingan e-PPDa bertempat di SMK Tunku Rahman Putera.

Peserta SMKPS, Nadia Nurlaila, Iffah Haziqah dan Noraliaalina mencipta kejayaan bermakna dan hanya tewas sedikit kepada peserta daerah Kota Tinggi. Tempat ketiga disandang peserta dari Segamat. Sebanyak 10 buah daerah mengambil bahagian.

Perjalanan saya dari awal pagi dari Batu Pahat dalam kedinginan pagi merupakan perjalanan yang menyamankan. Bumi Malaysia terbentang indah dan lebuh raya Utara-Selatan kelihatan  bersih dan tenang. Sesampainya di dewan makan asrama SMK Tunku Rahman Putra, kelihatan seluruh pandangan tertumpu ke arah pentas menyaksikan pelbagai gaya peserta.

Ada yang menyanyi, berlakon, mendeklamasi sajak, bercerita dan berpantun. saya tertarik melihat ada peserta kaum Cina yang berbaju Melayu. Ada yang memakai pakaian ala pahlawan Melayu. Ada yang menyanyikan lagu lama di samping ada yang mengubahsuai lagu dengan menukar senikatanya ke arah bertemakan antidadah.

Klip video yang dipertontonkan juga menarik perhatian saya. Pelbagai video penagih dadah sedang `beraksi’ menggerunkan saya, apatahlagi melihat keadaan fizikal mereka yang kurus kering, berkudis dan bernanah. keadaan mereka yang tidak terurus dan terbaring lesu sungguh menyakitkan mata.

Peserta SMKPS memberikan persembahan mantap dan menghiburkan. Variasi persembahan mereka amat menarik. Ada dua buah lagu diperdengarkan, satu merupakan lagu lama. Mereka turut menari, berpantun. dan berlawak jenaka. Tepukan gemuruh diberikan kepada mereka.

Melihat persembahan peserta Johor Bahru, Muar dan Kluang, saya tidak nampak variasi seperti itu. Kelihatannya ada yang seperti memberi syarahan panjang lebar dan tenggelam dalam lautan fakta.

Saya sempat menemuramah seorang hakim pertandingan tidak lama selepas semua peserta selesai membuat persembahan. Menurut beliau, peserta SMKPS mengumpul markah tertinggi untuk bahagian persembahan dan hanya tewas sedikit kepada peserta Kota Tinggi pada bahagian pembentangan ICT.

Menurutnya, pencapaian tempat kedua adalah satu pencapaian yang amat baik, kerana peserta dari Pontian, Kluang, Pasir Gudang dan Johor Bahru juga memberikan persembahan meyakinkan.

Walaupun peserta SMKPS menyasarkan kejuaraan pada kali ini, kegagalan mendapat johan bukanlah bermakna kegagalan misi mereka. Yang pasti mereka telah cuba sedaya upaya dan membuat persediaan rapi. Adat bertanding, ada yang menang dan kalah.

Menurut Puan Ruziyana Mohd Salleh, guru pengiring pasukan, peserta SMKPS berasa gembira kerana dapat menempatkan diri dalam kelompok pemenang. Cuma mereka sedikit terkilan kerana tidak mencapai hajat di hati masing-masing, yang ingin menggenggam kejuaraan.

Majlis penutup Karnival diadakan di sebelah petang bertempat di SMK Senai. Semua keputusan pertandingan iaitu Nasyid, Boria, Dikir Barat, Melukis, Mendeklamasi Sajak dan e-PPDA diumumkan di situ. Sorakan, teriakan dan keluhan kedengaran setiap kali keputusan dimumkan. Tetapi yang paling penting, agar mesej antidadah dapat dihayati oleh semua.

Melewati pusat membeli-belah Giant, Tesco dan IOI di Kulai, saya merenung panjang jalan yang sesak. Tetapi yang lebih menyesakkan saya ialah bilangan penagih dadah yang kian bertambah dan betapa mudah sebahagian remaja kita terjerumus ke lembah dadah. Pusat Serenti semakin sesak dan mereka menjadi modal insan yang memalukan nama negara.

Saya kembali ke Batu Pahat pada lewat petang dan ingin membawa mesej ini kepada peserta – Anda telah mengharumkan nama sekolah dan tahniah diucapkan! Terima kasih juga kepada Encik Mashudi, Puan Mazni dan Puan Ruziyana. Cuba lagi pada tahun hadapan!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

10 Responses to CATATAN PERJALANAN KE KULAI – SMKPS MUNCUL NAIB JOHAN e-PPDa PERINGKAT NEGERI

  1. En Mus says:

    Lebih membanggakan saya apabila menyaksikan SMKPS yang bertaraf `penghulu’ berjaya mengalahkan
    sekolah bertaraf `sultan’ seperti SMK Sultan Abu Bakar, Muar…. JB and Pasir Gudang pun terduduk!

    As I said, you make our school proud! Tak sia-sia sy datang!

  2. salinasaid says:

    sekalung tahniah n ucapan syabas wat yeam e ppda..buat ckg pengirng, tahniah gak anak didik menang even niab johan pn.ok what!!!bukan senang beb nak dpt 2nd place, peringkat ngeri lak 2…wat munduk n the geng, relax girl,taun depan kan de lagi…

  3. munduk.com says:

    kedah.. kedah.. x dpat pegi kedah.. team dikir barat dengan nasyid.. pegi kedah 2 ajak-ajakla kitorang skali..huhuhu..

  4. syasha92 says:

    SELAMAT HARI GURU!!!!!!thanks 4 guru2 yang mengajar saya dri F1 sampai F5..juga tok sme guru2 dismkps

  5. lalola says:

    team ePPDa mmg best.. muah!muah!-korang..ckg nye pown.. =] bukan senang nak dpt nbo2 tau.. TAHNIAH.. jgn cdey2 k..

  6. ex-student says:

    tahniah diatas kejayaan itu….
    cuba lagi tahun hadapan….

  7. gedempol says:

    yang penting kite menang persembahan!!!!! slaid kite ceria dan menarik,cume x matang..huhu
    TAHNIAH wat alia,laila n iffah.. WE ARE THE CHAMPION..
    “chya kemenangan” milik kite..

  8. Ichizo says:

    okey la 2..

  9. Abang Long says:

    Bagus tu…. Mantap beb!
    Kami berbangga dengan you all!
    Try again next time!

  10. Anak Mami says:

    Tahniah! Tahniah!
    Kau orang memang hebat
    Tak sia-sia penat badan! Power la!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s