HARI GURU DISAMBUT MERIAH DI SMKPS

oleh : Mustaffa Siraj

BATU PAHAT, 18 Mei, (SMKPS) – Hari Guru disambut meriah pagi ini. Pada awal pagi, diadakan perhimpunan khas di dataran Kejat.

Perutusan khas Ketua Pengarah Pelajaran dan Menteri Pelajaran telah dibacakan oleh Penolong Kanan 1 dan Pengetua SMKPS. Persembahan Koir ahli Kelab Koir dan Deklamasi Sajak juga diperdengarkan.

Acara diteruskan dengan bacaan Yasin dan Tahlil, yang diadakan di surau dan dewan sekolah. Selepas itu permainan Futsal , bola tampar, bola jaring dan bola baling telah diadakan.

Dalam permainan Futsal, pasukan guru mengalahkan pelajar 3-2. Dalam permaian bola jaring, guru mengalahkan pelajar 10-2. Bola baling pulan, guru mengalahkan pelajar 10-0. Bagaimanapun, pasukan guru tumpas dalam permainan bola tampar 1-2.

Acara diteruskan dengan sukaneka. Antara acaranya ialah menganyam ketupat, galah panjang dan basikal lambat. Pelajar-pelajar terhibur dengan aksi-aksi lucu guru yang mengambil bahagian.

Acara terakhir ialah persembahan guru dan pelajar di dewan sekolah. Ternyata guru bukan hanya hebat di bilik darjah, tetapi juga dalam mengalunkan lagu dan berlakon.
Persembahan mereka menghiburkan penonton yang hadir, termasuk Puan Hajah Salbiah, Pengetua SMKPS.

Guru kemudian dijamu dengan makan tengah hari, yang diberikan oleh Tuan Haji Ramlan bin Pit.

Pengerusi Kelab Bilik Guru, Encik Norhisham Khalid melahirkan rasa puas hati dengan program sambutan kali ini dan berterima kasih kepada semua yang terbabit menjayakannya.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

3 Responses to HARI GURU DISAMBUT MERIAH DI SMKPS

  1. Pak Pung says:

    Wah, meriahnya majlis hari guru SMKPS!
    Rugi la Pak Pung tak tengok, rupanya macam-macam ada!
    Tapi sape pun tak pandang Pak Pung kalau Pak Pung ke SMKPS…..

  2. dina says:

    selamat hari guru khas tok semua guru n teristimewa tok guru2 yg tanpa penat lelah mendidik sy tiap hari semasa sy belajar di smkps….hrp ucapan sy ni msih bleh dterime wlu dh lmbt:) TERIMA KASIH CIKGU…

  3. syasha92 says:

    slmat menjalani hari2 peperksaan tok sme pel2 smkps..untk ckgu najhan,tahniah coz tlah berjaya membuat blok sek yg mnarik ni…….good luck gak tok bdak2 5aktif,sume A1 SPM 2009!!!!bagi gmpak ini thun!!!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s