MESYUARAT DAN BENGKEL JSI SAINS MENENGAH RENDAH

Oleh: Shafie Bin Buyamin

BATU PAHAT, 16 Mei, (SMKPS) – JKD Sains daerah Batu Pahat iaitu SMK Penghulu Saat telah menganjurkan Mesyuarat dan Bengkel Jadual Spesifikasi Item (JSI) bagi menengah rendah pada hari ini.

Mesyuarat ini berlangsung di bilik mesyuarat dari pukul 8.00 pagi sehingga 12.30 tengahari. Semua peserta mendaftar tepat pada masanya dan sebelum itu, sarapan pagi telah disediakan terlebih dahulu di kantin sekolah.

Semua sekolah menengah di daerah ini telah menyertai mesyuarat ini termasuk sekolah swasta, sekolah agama dan MRSM. Setiap sekolah menghantar seorang ketua panitia sains dan seorang guru yang mengajar sains menengah rendah.

Tujuan bengkel ini untuk menerangkan tentang cara penyediaan yang betul bagi soalan-soalan di dalam peperiksaan dan ujian di sekolah masing-masing. Setiap soalan yang disediakan perlu mengikut spesifikasi yang ditetapkan iaitu berpandukan tahap kesukaran soalan.

Guru cemerlang sains dari SMK Dato’ Onn telah menjadi penceramah undangan pada mesyuarat ini. Tn Hj Abu Ani Bin Shawal telah memberikan panduan yang berguna dalam membina soalan dalam peperiksaan.

KERJASAMA ...Setiap kumpulan perlu menyediakan 40 soalan

KERJASAMA ...Setiap kumpulan perlu menyediakan 40 soalan

Sesi pertama bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada 10.00 pagi. Di dalam sesi ini, penceramah telah menerangkan mengenai JSI termasuk contoh-contoh soalan yang sesuai.

Sesi kedua pula yang bermula pada 10.30 pagi adalah bengkel JSI. Peserta dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu Tingkatan 1, 2 dan 3. Setiap kumpulan perlu menyediakan 40 soalan. Sejumlah 120 soalan telah dapat dikumpulkan dalam bengkel ini. Sesi berakhir pada 12.30 tengahari.

Semua soalan yang dibina akan disunting oleh JKD sains dan akan di salin ke dalam cakera padat. Setiap sekolah akan mendapat satu salinan cd ini. Pastinya, aktiviti ini akan menambahkan koleksi soalan berkualiti untuk dijadikan panduan dalam menyediakan soalan di sekolah-sekolah.

Menurut Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik, En. Abd. Razak Bin Othman, semua peserta telah menunjukkan komitmen yang tinggi dan sentiasa mengajukan soalan yang bernas untuk meningkatkan penguasaan masing-masing

Mesyuarat melabuhkan tirai pada 12.30 tengahari. Semua peserta telah mendapat info yang sangat berguna di mesyuarat dan bengkel JSI ini.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

One Response to MESYUARAT DAN BENGKEL JSI SAINS MENENGAH RENDAH

  1. nurul says:

    banyakkan lagi sajak dan nurkilan dari pelajar smkps…caiyok…..caiyok smkps

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s