SAMBUTAN HARI GURU SMKPS – GURU-GURU TUNJUK BAKAT

oleh : Wartawan Blog

BATU PAHAT, 18 Mei, (SMKPS) – Guru-guru SMKPS telah mempamerkan bakat mereka dalam lakonan, deklamasi sajak dan nyanyian semasa acara persembahan sambutan Hari Guru yang berlangsung di dewan sekolah.

Ustaz Ihsanudin memulakan persembahan guru dengan menyanyikan lagu `Berita Dari Kawan’ yang dipopularkan oleh penyanyi Indonesia, Ebeit G Ade. Suaranya yang lembut dan gemersik memukau guru dan pelajar.

Persembahan diteruskan dengan nyanyian oleh Cikgu Mustaffa, Cikgu Khamsuldin dan Cikgu Nurulliza. Mereka menyampaikan lagu nasyid yang dipopularkan oleh Kumpulan Hijjaz, `Fatamorgana’. Cikgu Nurulliza telah mendeklamasikan sajak bertema Hari Guru pada pertengahan lagu. Mesej lagu itu ialah supaya kita mendekatkan diri kepada Allah.

Kemuncak persembahan guru ialah lakonan bertemakan  hidupan di laut yang menghadapi masalah pencemaran Guru-guru yang mengambil bahagian ialah Cikgu Zakaria, Cikgu Shafie, Cikgu Mashudi, Cikgu NOrman, Cikgu Zaimah, Cikgu Umi, Cikgu Mazni dan  Cikgu Razak. Mereka membawa watak dugong, ketam, obor-obor, kerang dan rumpai laut. Lakonan di bawah arahan Cikgu Ramlan. Persembahan mereka berjaya mencuit hati penonton.

Turut membuat persembahan ialah dua guru pelatih, yang mendeklamasikan sajak bertemakan Hari Guru, pelajar kelas 3 Aktif , pelajar 5 Aktif dan persembahan Kuda Kepang oleh ahli Kelab Kebudayaan.

Yang pasti, guru-guru SMKPS memang berbakat!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

4 Responses to SAMBUTAN HARI GURU SMKPS – GURU-GURU TUNJUK BAKAT

  1. salinasaid says:

    ingat lagi zman aku sek taun 98-2002, time smbutan ari guru jer time 2 bagi mcm2 aktiviti n games yg ckgu2 kene wa. time 2 aku n the geng santak ketawe mcm nak terburai isik perut geakkan aksi berbahaya ckgu2…paling bes tgk cikgu2 main lari dgn kaki diselitkan tempurung kelapa sambung dgn tali(tah ape tah name games tu, aku pun xtau).pastu ckgu2 laki naek beskal paling lambat menag.pun lawak.de ckgu yg ngelat tu aku x boley blah….!!!lawakla…taun 2 ckgu yg ader mcm ckgu mashudi, c.kasim,c.zakaria,c.razak,ustz hsanin,c.mazni,c.fatimah,c.zainab,n dll la.ramai…tapi sebahagiannye da pndah n pencen…ckgu2 smua dalam kenangan!!!!!

  2. salinasaid says:

    SeLaMaT HaRi GuRu BuAt GuRu2 SmKpS sEkALiAn….
    sEmOgA KaLiAn bErbAHaGiA n mEnERuSkAn kErJAyA mULiA SEbAgAi peNgLaHiR iNsAn gEmILaNg….

  3. Pak Pung says:

    Rupanya guru SMKPS memang berbakat
    terbukti bergaya dan hebat

    Pak Pung kagum
    semua ada Ummph

    Tahun depan Pak Pung datang
    walaupun jalan terkengkang-kengkang

  4. meriah sungguh kat SMKPS! paling lucu bila tengok cikgu-cikgu main game! pelbagai gelagat yang ditonjolkan macam budak-budak pun ada! paling penting cikgu-cikgu semuanya enjoy! anyway

    SELAMAT HARI GURU !!!

Leave a comment