SEKILAS FAKTA

oleh : Mustaffa Siraj

* M. Magendran dan R. Mohanandas merupakan rakyat Malaysia pertama mendaki gunung Everest, iaitu pada tahun 1998

* Dato Azhar Mansur berjaya menamatkan pelayaranmengelilingi dunia secara solo selama 190 hari dengan kapal layar `Jalur Gemilang’

* Dato Malik Mydin berjaya berenang menyeberangi Selat Inggeris, sejauh 40 kilometer, iaitu dari Dover di England keCalais di Perancis

* Menara Berkembar Petronas adalah setinggi 452 meterdan merupakan bangunan ke empat tertinggi di dunia

* Dato Paduka Sharifah Mazlina adalah wanita Malaysia pertama berjaya merentasi benua Antartika.

* Pelabuhan Tanjong Pelepas merupakan pelabuhan di Malaysia yang sangat pesat berkembang, dan dua syarikat gergasi perkapalan dunia iaitu Maersk Sealand dan Evergreean Marine Corporation telah beroperasi di situ.

*Petronas diiktiraf sebagai jenama unggul dari Malaysia di seberang laut.  Seluruh pelosok dunia mengenali Petronas, melebihi jenama lain dari negara kita.

* Keindahan dasar laut Pulau Sipadan di Sabah telah mendapat pengiktirafan tinggi banyak agensi pelancongan
dunia

* Gunung Kinabalu di Sabah adalah gunung tertinggi di Asia Tenggara, dengan ketinggian 4,101 meter

* Malaysia adalah antara segelintir Negara Sedang Membangun yang mengalami proses peralihan kuasa Perdana Menteri secara aman, melalui 12 pilihan raya umum, mencapai kemerdekaan secara aman, tidak mengalami peperangan dalaman dan rampasan kuasa pemerintahan negara.

Pencapaian yang cemerlang
rakyatnya terbilang
diharap memberi perangsang
masa depan negara bersinar terang.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KISAH DAN TELADAN. Bookmark the permalink.

3 Responses to SEKILAS FAKTA

  1. Pak Pung says:

    Pak Pung cakap aje boleh, tapi kena ukur baju di badan sendiri…
    Kail Pak Pung panjang sejengkal, mana boleh lautan dalam hendak diduga…
    Anak-anak teruskan perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara
    Anak-anak punya masa, tenaga dan keupayaan..
    Nyalakan semangat itu,wahai Syasya dan rakan-rakan…

  2. syasha92 says:

    Pak pung mmg boleh!!!slmat berknlan……

  3. Pak Pung says:

    Pak Pung tumpang bangga atas pencapaian negara kita…. Pak pung ni tinggi semangat patriotiknya..

    Naik semangat Pak Pung, walaupun dah jadi warga emas…. Rasa macam kembali muda pulak!

    Malaysia Boleh! Pak pung masih boleh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s