UNTUK ANDA SEMUA

oleh; Mustaffa Siraj

Perlu waspada sentiasa
bahaya di mana-mana

rompak ragut pecah rumah
mengundang rasa gundah

Jangan ambil mudah
nanti memancing musibah

Malang tidak berbau
waspada setiap waktu

Pelajar gandakan usaha
peperiksaan pastikan berjaya

guru sibuk menanda
teliti jadikan budaya

cuti menghampiri kita
rancang aktiviti anda

Melanconglah dalam negara
tempat menarik tersedia

Anak isteri utamakan
mereka perlukan perhatian

Jangan suka buang masa
lakukan kerja berguna

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in SAJAK,PUISI DAN KUIZ. Bookmark the permalink.

6 Responses to UNTUK ANDA SEMUA

  1. salinasaid says:

    rodok jer anak mami…aku pon nk join, ti aku bawak senapang gajah!!!

    PERANGI MAT REMPIT N SAMSENG JALANAN !!!
    NYAHKAN DEPA DARI MUKE BUMI YG FANA NI!!
    DEPA TAK PATOT ADA KAT DUNIA NI !!!!

  2. Anak Mami says:

    Memang sedih giler tengok nasib mangsa ragut
    yang meninggal dunia tuh… Kepada peragut: GERAM. MARAH. BENCI. MELUAT. PEMBUNUH PERLU KENA BUNUH…
    Kalau ada kat sebelah sy, mahu sayu rodok dengan keris pusaka tok sy…..
    Sepandai-pandai kau orang, kena jugak nanti!
    Penjara, sebat, hukum gantung menunggu engkorang…

  3. En Mus says:

    Cadangan tu memang baik, tapi takut sy tak leh control kemarahan sy, lalu sy tumbuk laptop depan saya kerana marahkan mat rempit!!

    Banyak nama boleh diberi kpd mrk, tapi sy nak panggil mrk syaitan jalanan.. Sebab ada yang amek dadah, minum arak dulu sebelum merempit. Ada yg sengaja nak rosakkan diri sendiri dengan rasa bangga… br macho dan anak jantan, kata mereka…

  4. salinasaid says:

    o ye en mus…pe kate wat gak article pasal pertukaran istilah @ nama manja @nama timangan bagi “mat rempit” yang ditukar kepada “SAMSENG JALANAN” secara rasmi yang dibuat baru2 ni. current issue ni..n bagi cikit “ceramah santai yang selambe tapi mencengkam sanubari budak2”.ayat biar “makan dalam” sikit bagi pedas.bukan per, dak2 sek la ni ley dikatakan smua pndai bwak motor. bukan takat pandai bwak jer, tapi “gaye penunggangan” beliau2 ni mengalahkan pak usin ngok ngek yang da de eksperience bwak mto 50 taun. takotnye nanti, bile rasa diri da hebat, mulela nak mjinakkan diri ke arena dunia mat rempit. bile rasa diri makin hbat dari hari ke hari, jadi lak samseng jalanan.bila xder duit @ kehabisan duit utk “mentogok” minyak dalam tangki akibat aktiviti “mengukur jalan”, mulela nak mencopet henbeg org..nauzubillah,mintak2 jauhkn la dari ktrunan kite kategori manusia mcm ni. konklusinya, pepun istilah yg diguna n ditujukan wat mat rempit ni, udah2 ler tu. rentikanla kgiatan anda ni sebelum t’lambat…memang x smua budak2 bwk moto laju, degak yang slow n bsopan sntun di jalanraya. tapi akibat dek kerana golongan yang sekerat dua, yang slow tadi pun mulela “NAIK SYEIKH(boleh dikatakan gak “naik minyak”. tu yang trus tekan myk laju2 tu)” terjebak same akibat pengaruh @ panas ati bile kwan lain bagi “makan asap”.p’lumbaan pon terjadi n kbyakannya pastu terjadilak tragedi sadis…”TUUUTTTTTTTTTTT (bunyi mesin denyutan nadi), XDAPAT DISELAMATKAN (dialog doktor)….

  5. En Mus says:

    Betullll tu!! Kami sokong 500 peratus…
    Campakkan aje mereka ke zoo, bagi makan kat singa..

    Tapi jangan bagi kat singa laut, mereka tak makan manusia!!!

  6. salinasaid says:

    “rompak ragut pecah rumah
    mengundang rasa gundah”

    SAKIT ATI BILA BACA PAPER TENTANG KES RAGUT BARU2 NI KAT PT RAJA 2..IBU MENGANDUNG MENINGGAL JATUH MOTO AKIBAT KENE RAGOT. PASTU BEBERAPE ARI PASTU, DELAGI KISAH IBU MGANDI=ONG DIRAGOT, PON JATOH N MAUT. MELAMPAU PUNYE MAT REMPIT!!!!!!
    SAKIT ATI GAK BILE BUDAK2 UMPAME BARU LAHIR SEMALAM DA BRANI BWK MOTO LAJU2 MCM DE HARAPAN N POTENSI NK JADI PELAPIS MAT2 REMPIT SEDIA ADA.RASA NAK SERAMPANG JER RIM MOTO DIORANG TU, BIA TERBONGKANG…!!!
    KPD BUDAK2 AKU MENYERU KEPADA KORANG, JGNLA SIMPAN HASRAT NAK JADI MAT REMPIT!XDER PEKDAH LA!!!
    WAT MAT REMPIT TEGAR, BWAK2 LA BENTI MEREMPIT SAMBIL MENGKIDNAP HENBEG oRG…CUBE PIKIR KALO MAK@ADIK@KAKAK KORANG YG KENE RAGOT, KORANG SAKIT ATI X. PIKIRLA CKIT!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s