KES JANGKITAN H1NI KIAN MENINGKAT

oleh  :  Mustaffa Siraj

BATU PAHAT , 22 Mei – Pertubuhan Kesihatan Sedunia melaporkan hari ini bahawa jumlah kes jangkitan Influenza A (Virus H1N1) kian meningkat di seluruh dunia, dan angka terkini adalah 11,034 kes dengan 85 kematian.

Antara negara yang terbabit dengan kes ini ialah Mexico, Amerika Syarikat, Britain, Jerman, Jepun, Israel, Sepanyol, Switzerland dan New Zealand. Setakat ini, lebih 20 buah negara mempunyai kes jangkitan berkenaan. 2 kes yang disyaki di negara kita telah disahkan hanya selesema biasa.

Jangkitan Selesema Babi yang boleh menggabungkan pergerakan jangkitan selesema antara manusia, babi dan burung semakin membimbangkan kita. Kementerian Kesihatan telah mengingatkan orang ramai supaya pergi mendapatkan rawatan segera jika mengalami demam, selesema, batuk, sesak nafas dan sakit dada.

Virus H1N1 ini boleh tersebar melalui udara. Oleh sebab itu seseorang yang mengalami jangkitan itu dan kemudian batuk serta  bersin, maka virus berkenaan boleh merebak kepada orang lain. Lebih menakutkan, virus itu tahan beberapa jam jika terkena ke pintu, dinding dan benda-benda lain. Bermakna pembawa virus yang memegang  tombol pintu dan orang lain memegangnya, maka orang lain boleh mengalami jangkitan.

Sebagai langkah berjaga-jaga, langkah-langkah berikut boleh diambil:

*  Jangan dekati mereka yang demam dan selesema

*  Basuh tangan dengan lebih kerap dengan sabun

*  Amalkan cara hidup sihat untuk menjauhkan penyakit

*  pakai topeng keselamatan jika perlu.

Kerajaan akan terus berwaspada akan ancaman jangkitan ini. Pelancong yang masuk ke negara ini perlu menjalani saringan kesihatan. Mereka yang demam dan selesema dinasihatkan tidak ke luar negara. Mereka yang mengalami sakit yang dinyatakan di atas, perlu segera menjalani pemeriksaan doktor.

Ingat, sesiapa pun tidak terkecuali daripada jangkitan ini.

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

8 Responses to KES JANGKITAN H1NI KIAN MENINGKAT

  1. syasha92 says:

    penyakit pd mse kini bermacam-macam…so,kpda warga smkps,jga yg dluar sne,jagalah ksihatan…mdah2an kta djauhkan dari pelbagai penyakit..AMIN….

  2. Pak Pung says:

    Takuuut Pak Pung baca artikel En Mus tu.. Virus makin banyak, macam-macam nama dah ada… Sebelum ni ada nipah, chikunggunya, JE, Coxsackie B dan banyak lagi…
    Makin pendek la umur Pak Pung… Tak jadi la Pak Pung nak melancong ke luar negara, baik Pak pung
    melancong kat A Famosa je kot….

  3. En Mus says:

    Tak benar sy berjaga malam krn blog! Gurau je.. tapi tak tahu la kalau sir najhan berjaga malam.

    Sbb sy ambil masa singkat untuk buat satu post.. Tak payah pi pejabat post!!!

    tapi sy dan sir najhan setuju bhw kami jd mcm ketagih urus blog.. Balik ke rumah terus mengadap blog!
    Ketagih blog tak pa, jangan ketagih rokok atau ape2 lain!
    Cuma belum mimpikan blog lagi la ni!

  4. salinasaid says:

    hihihi, jgn la smpi bjage x tido malam..mcm burung antu je x tido malam.kihkihkih…siang2 kan boley urus blog…oyer, hmpir tercapai sasaran nak tgk blog ni 15k hits.jap gi jer dapatla capai…
    visitors pn makin up mcm anak mami, abg long dll. bagusla, makin rmai mikn meriah. so if visitor named salinasaid da x send comment pon, still ok what. ramai lagi yg akan mmeriahkan n mgamatkan blog ni. kire diorang tu wakil sy la…same je coz diorg pn byk bg komen n suggestions yg bernas dan faiza basmathi(hihi, saje je nk melalut sekali sekala). keep up the good work k!!!!

  5. En Mus says:

    Kami hanya menunaikan apa yg diingini oleh pelawat blog cadangkan! mana-mana good idea, we try to fulfill…
    Dulu Salina yg cdgkan buat post ttg H1N1… So any suggestion is welcomed!
    Sbnrnya sy dan sir najhan sgt gembira bila bilangan pelawat amat menggalakkan.. Dah 12,000 pelawat..
    So wpun sir najhan dan sy sampai berjaga malam nak
    urus blog, kami feel satisfied!
    Keep on visiting us… cuma x dapek ka hidang air!!!

  6. salinasaid says:

    sepi bukan mhilang…sekadar minta ruang utk melunaskan plbagai tggungjawab yg perlu di beresi! hihihi, if sy xde komen, xbmakna sy x follow up dgn blog ni…actualy sy sntiasa alert dgn aktvti n moment2 yg smkps alami ..jes kadang2 sy lebih selesa mjadi pmbaca setia n pemerhati kpd pkmbgn smkps n post2 in this blog.kire disebalik tabir gitu, tapi xder saper prasan pn,kihkihkih..wah, nampaknye da blainan penampilan blog ni…cantik n gerek beb!!!!

    o ya, bout pmansan global, stju sgt la di buat secara santai, jiwang n bsahaja.tula yg sebaik2nya..xla mengantok bile mbacanya nti…tq n thniah krn wat post bout Influenza A…amat berguna!!!!

  7. En Mus says:

    Lama menyepikan diri, Salina? Blog SMKPS tak meriah tanpa `pelawat tetap’ yg mampu memberi idea dan komen membina!

    Pemanasan global memang isu menarik…. Insya Allah kami pertimbangkan.. Tetapi kami akan hidangkan sesuatu info secara simple, santai dan tidak terlalu akademik. Kalau tidak, nanti pelawat tertidur ketika membaca! Ha Ha Ha

  8. salinasaid says:

    memang risau dgn tahap ksihatan nowadays…mcm2 virus n diseases baru muncul…jagela ksihatan dgn baik…n nk bg lg suggestion(tupun if sir najhan n en mus sudi nak realisasikan la), perasan tak yg pemanasan global makin mjadi2…kat dalam rumah pn boleh rase bahangnya. bak kate orang jawe asik SUMUK jer! pas mandi pun trase panas lg..kalau kua time2 tgh hari lagila panas yang amat smpai mcm nak mdidih otak…tu yg mmg mnunjukkan ozon mmg makin mnipis…if en mus @ sir najhan dpt bg article yg menarik @ link2 wbsite tntg isu ni mungkin elok wat blogger baca…isu ni mmg isu dunia sejak dulu lagi tapi makin teruk dari hari ke hari…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s