BUAT RENUNGAN MAT REMPIT

REMP-IT ... Rempit aksi merbahaya yang membawa banyak implikasi buruk. Kini perkataan rempit ditukar kepada samseng jalanan bagi memberi gambaran yang lebih tepat tentang gejala negatif ini. Gambar sekadar hiasan

REMP-IT ... Rempit aksi merbahaya yang membawa banyak implikasi buruk. Kini perkataan rempit ditukar kepada samseng jalanan bagi memberi gambaran yang lebih tepat tentang gejala negatif ini. Gambar sekadar hiasan

Oleh  : Mustaffa Siraj
Gambar oleh: Mohd Najhan Azman

*  Sedarkah kamu bahawa tindak-tanduk kamu membahayakan orang lain. Sikap kamu yang tak pedulikan undang-undang dan peraturan jalan raya menyebabkan pemandu lain menerima akibat buruk, hingga membawa kematian. Bayangkan yang menjadi mangsa itu ibu bapa atau adik beradik kamu?

*  Kelajuan memang boleh membunuh. Apabila kenderaan dipandu laju, pasti sukar mengawal kenderaan anda secara tiba-tiba atau terpaksa membrek mengejut. Sedar-sedar anda sudah di bawah tayar lori. Itu pun kalau sempat sedar. Nak mengucap pun tak sempat, apatah lagi nak dibawa ke hospital..

*  Bayangkan akibat merempit, anda cacat anggota badan, duduk atas kerusi roda atau jalan macam orang berusia 100 tahun. Tak ke haru? Menyusahkan orang lain ada le. Orang lain sihat walafiat, kamu jadi robot yang kilang tak nak pakai…

*  Merempit pula tanpa lesen memandu dan cukai jalan, bayangkan kalau meninggal dunia, mati katak le jawab. Bukan mati katak je, silap-silap mati macam ikan kapak – tubuh jadi leper sekeping… Malang beb…

* Apabila dah accident dan cedera parah, menangis pun dah tak berlagu.. Orang lain menangis ada rentak sentimental atau balada, kamu rentak caca marba macam bubur caca. Tak ada komposer nak amek rentak lagu kamu.. Tu yang kaya peribahasa `menyesal kemudian tidak berguna’

*Orang lain, pukul 2 pagi dah 3 kali mimpi… Kamu pula ukur jalan dalam gelap gelita.. Polis dan hospital pula kena buat overtime nak `jaga’ kamu. Kan baik tidur kat rumah tidur atas tilam empuk, boleh mimpi indah-indah..

* Kamu merempit kerana nak rebut hadiah perempuan, duit, piala, motor atau kereta? mengapa cari jalan susah. Kamu ingat nyawa kamu sama dengan harga hadiah tu ke.  Hayatilah lagu ~Pergi Tak Kembali’ nyanyian kumpulan Rabbani..

* Kamu kata denda boleh bayar.. Wah! Banyak duit kamu, sedangkan duit minyak motor ibu bapa yang bagi.. Sayang duit la, baik bagi kat anak yatim… dapat pahala

* Ada yang minum arak dan tarik ganja dulu sebelum berlumba atau merempit. Masya Allah! Sanggup kamu melakukan kemaksiatan dan pkara dilarang Allah.. Tak patut, tak patut…

REMP-IT ... ayangkan akibat merempit, anda cacat anggota badan, duduk atas kerusi roda atau jalan macam orang berusia 100 tahun. Tak ke haru? Menyusahkan orang lain ada le. Orang lain sihat walafiat, kamu jadi robot yang kilang tak nak pakai…

REMP-IT ... Bayangkan akibat merempit, anda cacat anggota badan, duduk atas kerusi roda atau jalan macam orang berusia 100 tahun. Tak ke haru? Menyusahkan orang lain ada le. Orang lain sihat walafiat, kamu jadi robot yang kilang tak nak pakai…

* Tak lama lagi, hukuman merempit ialah penjara mandatori.Polis kata  TIADA MAAF BAGIMU.. Haa, suka la kamu dapat duduk penjara, makan free, dapat uniform free lagi.. Tak payah kerja, dok goyang kaki siang malam berkawan dengan nyamuk dan tikus. Malam-malam, buang najis dalam baldi  yang akan ada bersama kamu sampai pagi (Saya dah melawat dan meninjau penjara Johor Bahru). Bilik yang sempit kongsi 4-5 orang. Bantal dan tilam? Sori la… Kalau kamu sanggup berada di penjara, teruskan niat kamu…

*Lepas ni kamu dapat gelaran samseng jalanan.. Macam sedap bunyinya tu. Boleh berkawan dengan gangster, kaki pukul, bouncer dan yang setaraf . Tinggi taraf kamu tu! Ya lah, kamu jadi raja kat jalan.. Tapi setelah kamu melambung atas kenderaan, dilenyek tayar kereta dan tergedik-gedik di hujung nyawa, gelaran tu tak ada makna dah..

* Kalau rasa kamu hebat sangat memandu, jadilah pelumba profesional mcm Fairuz Fauzy. Lewis Hamilton.. Baru berbaloi beb.. Hari-hari masuk surat khabar.. RM Ribu-ribu masuk tu.. Mulakan Litar Sepang  beb… Barulah macho!

* Cuba pergi ke Unit Kecemasan Hospital Batu Pahat antara pukul 12 malam hingga 4 pagi pada malam sabtu dan Ahad. Kamu mungkin dapat melihat Mat Rempit yang kemalangan dibawa ke hospital, dalam keadaan parah atau sudah pergi buat selama-lamanya.  Ibu bapa dan kaum keluarga mereka meraung kesedihan. Bertungkus-lumus pihak hospital berusaha menyelamatkan nyawa rakan kamu. Niat rakan kamu untuk berseronok berakhir dengan tragedi. Kamu suka jadi seperti mereka?

* Semoga kamu berubah, kalau tak, bakal mengundang musibah,  badan kena ratah, banyak keluar darah, maut datang menjengah, yang tengok ucap Innalillah…

(Tulisan ini sekadar peringatan dan nasihat. Ambil mana yang baik, jauhi yang tak sepatutnya..)

FIKIR-FIKIR, RENUNG-RENUNG DAN TIMBANG-TIMBANG, INGAT-INGATLAH  ORANG TERSAYANG

-SMKPS

Hakcipta terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat (SMKPS).

SMK Penghulu Saat (SMKPS) tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian,

kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KISAH DAN TELADAN. Bookmark the permalink.

4 Responses to BUAT RENUNGAN MAT REMPIT

  1. En Mus says:

    Sabo Salina… Jgn ikut emosi… Ikut perasaan tak pa!!!

    Say no to Rempit
    Mrk bfikiran sempit
    mmg sengaja cari penyakit
    macam penyangak mcm pelesit
    mcm setan mcm afrit
    susahkan org bkn sedikit
    BIKIN HATI KITA SAKIITTTT!!!

  2. salinasaid says:

    alhamdulillah, cdgn utk mhasilkn article tntg MAT REMPIT DURJANA N SAMSENG JALANAN TAK BERAKAL terlaksana juga. tahniah! article ni mmg menyentap sanubari bagi mereka2 yg tahu btape bernilainya nyawa kita yg takdek sparepart kat mane2 kdai ni. Harian Metro hari ni pn ada memaparkan betapa “TAK BERGUNANYA” MAT REMPIT DURJANA yang sanggup meragot makcik tua. HAMPEH SUNGGUH n makin mjadi2 gamaknya mat rempit nii.Kalo aku jumpa AKU BG PECAH MUKE DIA LAK.SAKIT ATI AKU!!!!

    SAY NO TO MAT REMPITS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  3. syasha92 says:

    mat rempit memang x guna….beli mtow mahal2,mrempit, pastu kena tangkap polis..kan da membazir 2.2 kra nsib bek.klo x-cdent,susahkan mak bpak…mati trus xpe….

  4. Abang Long says:

    Mat Rempit memang menyakitkan mata, menyakitkan hati, menggaanggu pengguna jalan raya!

    Get out from the road! You are not needed!

    We need good and obedience road users!

    You understand, Mat Rempit out there? ( I am really angry, just like En, Mus….)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s