MAJLIS JAMUAN MERAIKAN PEMAIN BOLA BALING SMKPS BERLANGSUNG MERIAH

oleh : Mustaffa Siraj

BATU PAHAT, 26 Mei, (SMKPS) – Majlis jamuan meraikan pemain-pemain bola baling SMKPS yang mencipta tiga kejuaraan di peringkat daerah BP berlangsung meriah di kantin sekolah petang ini. Turut sama diraikan ialah pemantun SMKPS dan peserta e-PPDa yang mendapat naib johan peringkat negeri baru-baru ini.

Pengurus, jurulatih dan pemain dijamu dengan  hidangan sate ayam dan daging , lontong. `Fruit Cocktail’ dan kuih. Pengetua SMKPS. Puan Hajah Salbiah Maskan yang menaja jamuan, turut hadir memeriahkan majlis. Keseluruhannya, 50 orang guru dan pemain hadir di majlis itu, termasuk PK Kokurikulum SMKPS.

Dalam pertandingan bola baling peringkat daerah baru-baru ini, SMKPS muncul juara dalam kategori P15, P18 dan L18. Pencapaian itu mencatat sejarah baru, di samping memenangi piala pusingan, pemain terbaik dan penjaring terbanyak.

Dalam ucapannya, Pengetua SMKPS melahirkan rasa bangga atas kejayaan-kejayaan yang dicapai dalam kokurilulum pada tahun ini, dan terbukti dengan menjuarai 6 pertandingan setakat ini. Beliau mahukan pemain-pemain mencipta kejayaan dalam kurikulum pula.

“Saya tahu  bahawa tanpa kegigihan En Mashudi, Haji Norman dan lain-lain, kejayaan ini tidak akan dicapai. Mereka telah bertungkus-lumus  membimbing dan melatih pemain tanpa kenal jemu. Tahniah dan syabas kepada pasukan,” ujar beliau.

Pemain-pemain melahirkan rasa gembira atas jamuan yang disediakan. Mereka bangga usaha mereka sebelum ini dihargai oleh pihak sekolah dan mereka berjanji akan cuba menunaikan harapan Pengetua SMKPS untuk mencapai kejayaan dalam kurikulum.

– SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

2 Responses to MAJLIS JAMUAN MERAIKAN PEMAIN BOLA BALING SMKPS BERLANGSUNG MERIAH

  1. hazi says:

    ala xapelah,hal dlu2 jngn dikenang.hehe.

  2. Abang Long says:

    Makan besa tu!!! Untung engkorang dapat dibelanja..
    Dulu kami ada gak menang, tapi x ada sape nak belanja…. Aiskerim 50 sen pun tak dapek…
    Cian kami!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s