MOHON KEMAAFAN….

oleh  :  Mustaffa  Siraj

Pada bulan lalu, saya ada mengatakan  bahawa saya akan berhenti daripada menulis untuk blog SMKPS pada 28 Mei. Detik itu tiba jua.

Sebenarnya saya akan menunaikan Umrah dalam beberapa hari ini dan akan berada di Tanah Suci Mekah dan Madinah selama kira-kira dua minggu.

Kata orang, segalanya mungkin semasa di sana. Justeru saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan jika selama saya hadir dalam blog SMKPS ini, saya ada terkasar bahasa, tersilap kata dan fakta, tersinggung perasaan, terlebih gurauan yang mengundang pelbagai reaksi.  Maafkan saya…

Saya juga ingin menjelaskan bahawa watak `Pak Pung’ adalah saya sendiri. Saya wujudkan watak itu untuk memeriahkan blog SMKPS. ‘Pak Pung’  sebenar tidaklah tua sangat dan belum sampai ke tahap warga ’emas’.. Muda sedikit dari Dato K…

Akhir kata, doakan saya   sihat sejahtera dan kembali ke tanah air… Bagaimanapun, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan….

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

7 Responses to MOHON KEMAAFAN….

  1. SMKPS says:

    Buat puan Mahani,

    Terima kasih kerana sudi melawat blog sekolah kami.
    Pak Pung memang panggilan mesra saya di smkms..

    Kalau ada `program; grup lama, hubungilah saya..
    12 tahun di smkms sukar hendak dilupakan…

  2. mahani-smkms says:

    Assalamualaikum Pak Pung,

    Nama yang masih diingati di smkps dalam kalangan kami yang rapat……
    Alhamdulillah dan tahniah dapat ke mekah…semoga dipermudahankan segala urusan….
    Semoga balik nanti akan terus menulis dan berkongsi pengalaman…
    Kalau ada program ‘mesyuarat…..’ harap join lagi bersama-sama rakan-rakan di sms…wasalam

  3. SMKPS says:

    semoga anda mendapat umrah yang mabrur. Blog akan sunyi dan sepi selama 2 minggu dengan ketiadaan en mustafa.

    Tulisan beliau menjadi penyeri dalam blog SMKPS.
    kami warga sekolah mendoakan agar anda selamat pergi dan kembali.

    Balik nanti rajin-rajinlan lagi menulis dalam blog. Boleh ceritakan pengalaman di tanah suci Mekah dan Madinah…

  4. salinasaid says:

    pak pung tu en mus sndirike! nape xbgtau…n no point rasenye if create blog n post sndiri then comment sndiri on yourself posted…lbh2 lg if wat quiz then pak pung jwb….umpama wat surat kirim kat diri sendiri..kan mbazir setem 2 namenye…better xbgtau kot lbh elok…umpame sedikit ttipu jer…
    nway, slmt pergi n balik dr mgerjakan umrah..pbykkan amalan n doakan smuanya di tanah air sejahtera…

  5. syasha92 says:

    mudah2han doa ckg mus dprknankan oleh tuhan…amin

  6. SMKPS says:

    up: Syasya 92
    Banyak yang akan saya doakan semasa di sana:
    untuk diri, keluarga, pelajar2 SMKPS, sekolah, masyarakat dan negara.

    Semoga Allah memakbulkan doa saya di sana. Amin

    En Mus

  7. syasha92 says:

    alhamdulillah…smoga ckg mustafa slamat prgi dan blek…doakanlah saya dan peljar 5 aktif cmerlang dlam spm pd thun ni..juga pel2 ting 5 yang len….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s