INFO MALAYSIA

Oleh : Mohd Khamsuldin Abd Wahab

SMKPS, 1 Jun -Mari kita mengenali negeri-negeri yang ada di dalam negara Malaysia.

PERLIS

PERLIS INDERA KAYANGAN

Negeri Perlis Indera Kayangan merupakan negeri yang terkecil di Malaysia. Ia terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Thailand. Jumlah penduduknya dianggarkan seramai 198,335 orang pada tahun 2006. Mempunyai ladang tebu yang terbesar di Malaysia dengan keluasan 22 ribu hektar.

PERAK

PERAK DARUL RIDZUAN

Negeri Perak merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia (selepas Pahang). Anggaran penduduk pada tahun 2007 ialah sekitar 2,500,000 dengan kepadatan 104.7/km². Negeri Perak telah wujud sejak zaman pra sejarah lagi, iaitu manusia (Perak Man) telah bertapak disini semenjak 400,000 hingga 8,000 tahun Sebelum Masihi. Terkenal dengan Labu Sayong yang boleh didapati di Kuala Kangsar bandar diraja. Mempunyai dua empangan iaitu empangan Temenggur dan empangan Cenderoh.

PULAU PINANG

PULAU PINANG PULAU MUTIARA

Pulau Pinang ialah sebuah negeri yang terletak di pantai barat laut Semenanjung Malaysia. Negeri ini terbahagi kepada dua bahagian oleh Selat Melaka. Negeri ini merupakan petempatan British yang pertama di Semenanjung Malaysia dengan kedatangan Francis Light. Anggaran penduduk pada tahun 2006 ialah sekitar 1.47 juta. Pulau Pinang mempunyai kepadatan penduduk yang paling tinggi di Malaysia, dengan 2,031.74 penduduk sekilometer persegi di pulau, dan 865.99 penduduk sekilometer persegi di Seberang Perai. Terkenal dengan nasi kandar dan rojak (pasembur). Jambatan Pulau Pinang merupakan antara yang terpanjang di Asia Tenggara.

KEDAH

KEDAH DARUL AMAN

Negeri Kedah merupakan salah satu daripada 14 negeri yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu (Malaysia). Kedah terletak di utara Semenanjung Malaysia dan memiliki keluasan 9,425 km2 dengan anggaran penduduk sekitar 1,778,188 pada tahun 2004. Negeri Kedah juga dikenali sebagai “Jelapang Padi” kerana mempunyai kawasan tanaman padi yang terluas di Malaysia. Mempunyai Pulau Langkawi yang merupakan pulau bebas cukai yang terkenal dengan lagenda Mahsuri.

SELANGOR

SELANGOR DARUL EHSAN

Negeri Selangor ialah negeri yang mempunyai bilangan penduduk terbanyak di Malaysia dengan anggaran 4,850,000 pada tahun 2006. Selangor juga merupakan negeri termaju di Malaysia dan diisytiharkan sebagai negeri maju pada 27 Ogos 2005. Mempunyai Pelabuhan Kelang yang sibuk menjalankan eksport dan import ke seluruh dunia.

PAHANG

PAHANG DARUL MAKMUR

Pahang adalah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Terletak di lembangan Sungai Pahang yang amat luas dan sungai yang paling panjang di Semenanjung Malaysia.Mempunyai 2 tasik yang terkenal iaitu Tasik Bera dan Tasik Cini. Anggaran penduduk sekitar tahun 2005 ialah berjumlah 1,372,500 orang.

SARAWAK

SARAWAK BUMI KENYALANG

Negeri Sarawak atau juga dikenali sebagai Sarawak Bumi Kenyalang merupakan negeri yang terbesar di Malaysia. Kedua-dua Sarawak dan Sabah yang terletak di pulau Borneo biasanya digolongkan bersama sebagai Malaysia Timur. Penduduknya berjumlah 2,376,800 pada tahun 2006. Sungai Rajang merupakan sungai terpanjang di Malaysia.

NEGERI SEMBILAN

NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Negeri Sembilan Darul Khusus adalah sebuah negeri yang terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dengan anggaran penduduk berjumlah 950,784 pada tahun 2008. Terkenal dengan “cencaluk” sebagai bahan tambahan dalam makanan yang amat menyelerakan.

SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU

SABAH NEGERI DI BAWAH BAYU

Sabah adalah sebuah negeri yang terletak di bahagian utara Kepulauan Borneo dan merupakan negeri kedua terbesar di Malaysia selepas Sarawak. Anggaran penduduk pada tahun 2000 ialah berjumlah 2,449,389 orang. Sabah juga dikenali sebagai ‘Sabah, Negeri Di Bawah Bayu’ kerana kedudukan negeri tersebut yang berada di bahagian luar dan selatan zon ribut. Di sini mempunyai Gunung Kinabalu iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara. Terkenal dengan mutiara dan kristal yang boleh didapati di “Pasar Filipina”. Mempunyai Pulau Sipadan, Pulau Langkayan dan Karambunai yang menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara.

MELAKA DARUL AZIM

MELAKA DARUL AZIM

Negeri Melaka juga dikenali sebagai Melaka Negeri Bersejarah atau Negeri Hang Tuah. Anggaran penduduk pada tahun 2005 berjumlah 713,000 orang. Ibu negerinya Bandaraya Melaka. Walaupun merupakan negeri pertama mengasaskan Kesultanan Melayu, Melaka kini tidak mempunyai seorang Sultan, sebaliknya negeri ini diketuai oleh seorang Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri. Melaka menjadi tumpuan pelancong kerana mempunyai banyak tempat tinggalan sejarah seperti Kota A-Famosa, Perigi Hang Tuah dan lain-lain.

KELANTAN DARUL NAIM

KELANTAN DARUL NAIM

Kelantan merupakan sebuah negeri daripada 14 buah negeri di Malaysia yang kaya dengan sumber asli. Mempunyai keluasan lebih kurang 14,922 km², terletak di timur laut Semenanjung Malaysia, berhadapan dengan Laut China Selatan, dan bersempadan dengan Pahang dan Terengganu. Anggaran penduduknya pada tahun 2006 ialah berjumlah 1,600,000 orang. Kelantan ialah sebuah negeri terkenal dengan budu, kerepok lekor dan nasi kerabu. Pasar Siti Khadijah menjadi tumpuan pelancong untuk membeli belah.

JOHOR DARUL TAKZIM

JOHOR DARUL TAKZIM

Johor Darul Ta’zim ialah sebuah negeri di Malaysia yang terletak di selatan Semenanjung Malaysia. Darul Ta’zim, nama gelaran Arabnya, bermaksud “tempat perlindungan yang maruah”.Keluasannya ialah 18,992 kilometer persegi (km2) dan mempunyai 2.85 juta penduduk pada tahun 2007. Tanjung Pelepas yang terletak di negeri Johor merupakan hujung benua Asia. Mempunyai lagenda Puteri Gunung Ledang yang terkenal dalam sejarah Melayu lama.

KUALA LUMPUR

KUALA LUMPUR

Kuala Lumpur merupakan ibu negara dan pusat pentadbiran Negara Malaysia. Jumlah penduduknya ialah sekitar 2.5 juta pada tahun 2008. Kuala Lumpur merupakan antara bandaraya yang sedang meningkat naik di dunia. Di sini terdapatnya pelbagai mercu tanda Negara Malaysia seperti KLIA, Litar Sepang, KLCC dan Stadium Nasional Bukit Jalil.

TERENGGANU DARUL IMAN

TERENGGANU DARUL IMAN

Negeri Terengganu Darul Iman terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Anggaran penduduk berjumlah 925,162 pada tahun 2007. Di bahagian utara dan barat lautnya bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian selatan dan barat daya pula bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri Terengganu ialah 12,955 km2. Terkenal dengan nasi dagang dan batik sutera. Mempunyai empangan Kenyir yang berfungsi untuk menjana kuasa hidroelektrik.

-SMKPS-

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

One Response to INFO MALAYSIA

  1. anin says:

    Bendera Wilayah Persekutuan Labuan takde ke?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s