PETUA MUDAH INGAT SELEPAS BELAJAR

Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab
2 JUN (SMKPS)—Bosannya belajar subjek nie….

Inilah ungkapan yang biasa didengar apabila pelajar selesai mempelajari sesuatu subjek yang agak sukar difahami seperti Matematik Tambahan..

Sebenarnya tiada yang mustahil dalam dunia ini sekiranya kita mempunyai azam dan tekad yang kuat untuk berjaya. Salah satu caranya ialah dengan mempraktikkan apa yang anda pelajari dengan serta merta. Contohnya, jika anda baru sahaja belajar satu topik baru dalam subjek matematik, anda perlu segera cuba menyelesaikan masalah atau latihan matematik dalam subjek tersebut. Mengapa?

Kebanyakan pelajar suka menunggu masa yang sesuai untuk mencuba perkara yang baru dipelajari. Jika satu topik baru diajar pada hari Isnin dan kerja rumah diberikan, pelajar akan berlengah-lengah dalam melaksanakan kerja tersebut. Jika pelajar suka bertangguh hingga melepasi tempoh 48 jam, mereka akan lupa lebih daripada 90% apa yang mereka pelajari itu.

Setelah anda pelajari topik baru, anda perlu segera mencuba dan buat latihan berkenaan. Ini adalah kerana, dalam masa yang singkat sahaja anda akan lupa apa yang guru anda telah ajarkan. Apabila anda lupa, anda tidak akan faham nota yang telah anda tulis sendiri. Apa akan jadi ialah anda perlu belajar semula topik itu dari awal hingga akhir. Kan ke ini akan menyusah dan merugikan diri anda sendiri.

Satu kelebihan utama jika anda praktikkan apa yang anda pelajari secepat mungkin ialah anda akan cepat dapat menguasainya. Untuk menguasai sesuatu topik atau subjek, ’susah’ hanyalah pada peringkat permulaan. Apabila anda sudah melepasi tahap susah itu, semuanya akan jadi lebih mudah dan selesa. Sama seperti anda belajar menunggang basikal. Pada mulanya anda perlu ingat bagaimana cara hendak mengayuh dengan betul. Tetapi setelah anda menguasainya, anda boleh lakukannya tanpa berfikir. Malah, walaupun anda tidak menunggang basikal bertahun-tahun lamanya, kemahiran menunggang basikal pasti masih ada pada anda.

Jadi… jangan cepat berputus asa.. Allah sentiasa membantu hambanya yang selalu berusaha dan bertawakkal kepada-Nya.. Insya Allah kejayaan pasti akan menjadi milik ada..

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KISAH DAN TELADAN. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s