HIKMAH BERSABAR

Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab

3 JUN (SMKPS) — Sabar… Sabar… Jangan ikut perasaan nanti merana diri. Inilah ungkapan yang biasa kita dengar untuk meredakan kemarahan seseorang…

Nak suruh orang bersabar sangat senang tapi nak suruh diri sendiri bersabar bukan perkara yang mudah. Senang atau susah untuk bersabar bergantung kepada seseorang, persekitaran dan masa. Sebenarnya kita dituntut supaya bersabar kerana banyak hikmahnya.

Pertama, dapat mengelakkan daripada terkena penyakit. Jika kita tidak sabar tentu hati dan fikiran serta perjalanan darah dalam diri kita akan terganggu. Contohnya katakan jika kita terlampau marah kepada seseorang kerana  denyutan jantung kita akan semakin laju dan tekanan darah akan bertambah. Akibatnya jika kita terus bersikap demikian sudah pasti lama-kelamaan kita mungkin diserang sakit jantung atau darah tinggi.

Kedua, mempunyai ramai sahabat dan rakan. Manusia yang bersabar sentiasa senang didampingi oleh orang lain. Mereka mudah diajak berbincang dan berunding dalam menyelesaikan sesuatu perkara. Inilah sifat mulia yang harus ada dalam diri setiap insan.

Ketiga, Tuhan akan sentiasa bersama dengan orang yang sabar. Sabar itu adalah separuh daripada iman. Sabar akan mendapat tempat yang tinggi disisi Allah s.w.t

Keempat, amalan bersabar boleh menyebabkan fikiran kita menjadi lapang dan tenang. Segala masalah dan musibah dapat ditangani dengan redha kerana segala ujian itu adalah qada dan qadar Allah s.w.t. Ada hikmah disebalik kejadian yang berlaku.

Kelima, kajian telah mendapati ketika kita marah berjuta-juta sel dalam darah kita akan mati sedangkan sel-sel tersebut adalah penting untuk kita. Bagi mengelakkan kematian sel yang banyak ia perlu disekat dengan cara menghentikan kemarahan iaitu bersabar.

Justeru, marilah kita sama-sama bersabar dalam apa jua keadaan terutamanya kepada guru-guru yang terpaksa berhadapan dengan karenah pelajar yang semakin menjadi-jadi… Insya Allah, kesabaran kita akan dinilai oleh Allah diakhirat kelak..

Amin….

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KISAH DAN TELADAN. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s