PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab
3 JUN (SMKPS) —Tidak sukar untuk menjadi seorang pelajar yang cemerlang. Berikut ialah beberapa kaedah dan teknik yang boleh dipraktikkan oleh pelajar untuk berjaya dalam pelajaran.

1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.

2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
-kita ingat 10 % apa yang dibaca
-kita ingat 20% apa yang didengar
-kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
-kita ingat 70% apa yang dicakapkan
-kita ingat 90% setelah dipraktikkan

3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.

4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

5. Belajar dalam persekitaran yang kondusif
-pastikan cahaya adalah terang
-kurangkan gangguan bunyi
-tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
-tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
-kerusi dan meja menghadap kiblat
-jangan lupa untuk senyum

6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.

7. Mengulang kaji menggunakan kaedah ‘output learning’ iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami dan jawab soalan.

8. Tahu teknik merangsang memori:
-memasukkan maklumat dalam memori (registration)
-menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
-mengingat kembali (recall)
-menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)

9. Sentiasa awal dan mendahului:
persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
-pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
-belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
-untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.

11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
-duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
-memberikan tumpuan sepanuhnya
-menggunakan jari telunjuk untuk membaca
-menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan

12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.

13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.

14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.

15. Berehat sebentar setiap 20 minit mengulang kaji.

16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Walau bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.

17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.

19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.

20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.

21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.

22. Tahu petua mengulang kaji
-cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
-siapkan semua ‘bekalan’ dengan sempurna
-duduk tegak dikerusi yang selesa
-baca doa penerang hati
-baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
-fikir dan ingat kembali isi utama
-catat/lakar
-semak semula ketepatan maklumat
-ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
-buat rumusan
-jawab soalan
-tampal maklumat yang rumit di dinding
-baca doa tanda kesyukuran selepas belajar

23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.

24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
-jangan makan kepala ikan
-jangan makan organ dalaman
-jangan minum semasa makan
-jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
-jangan melihat kemaluan
-jangan melihat buih
-jangan membaca nama pada batu nisan
-banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
-banyakkan makan kismis, kurma dan madu
-banyakkan makan kekacang
-pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
-jangan makan sehingga terlalu kenyang
-jangan kencing berdiri

25. Tahu kemahiran mengingat:
-tampal nota-nota penting di dinding
-tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
-gunakan kaedah akronim
-reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
-pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil

26. Cekap mengatur jadual belajar:
-mempunyai jadual belajar
-patuh kepada jadual
-buat jadual yang boleh diikuti

27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.

28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.

39. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.

30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.

31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).

32. Pelbagaikan tempat belajar.

33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham

34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.

35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
-taat kepada Allah
-mendirikan sembahyang
-menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
-hormati & sayangi guru
-bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
-suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
-membantu rakan yang memerlukan
-berdoa dan bersyukur kepada Allah
-sentiasa bertawakal
-mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja.

Diadaptasi dari Dr. Fadzilah Kamsah

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KISAH DAN TELADAN. Bookmark the permalink.

12 Responses to PETUA MENJADI PELAJAR CEMERLANG

  1. hamizahzainal says:

    owhhh ye btol uh…

  2. hANieypiNKy says:

    thanx 4 ur tips………….hopefully i can follow the tips…..assalamkum…

  3. sakinah says:

    salam saya ingin mengucap terima kasih

  4. sakinah says:

    salam terima kasih atas petua yang diberi saya harap saya harap sy dpt mengikuti smua petua yg terpampang diskren konputer bapak say niii terima kasih sekalil lagi salam kepamu daru ana

  5. hasnah says:

    tme kasih atas petua mnjadi pelajar cemerlang…kalau ada lagi petua tolanglah bagi-bagi sikit…k.assalamualaikum

  6. BUNGAsyurga says:

    Assalamualaikum.. Thanks cikgu sudi kongsi petua menjadi pelajar cemerlang kat sini. Dapat juga ilmu-ilmu yang bermanfaat..

  7. ain says:

    w0w……..banyak petua tuk jadi pelajar cemerlang.
    sy arap bnyak lgi pengajaran yang blh didapati disini.
    sy skong tentang penyataan wani tentang banyakkan nurkilan dari pelajar. semoga smkps selalu sucses.

  8. cikgusaiful says:

    kejayaan sebenar ialah kesanggupan dan kesungguhan berusaha sedaya-upaya…tanpa jemu, siapa saja yang telah berusaha bersungguh-sungguh dan bertawakal…dia adalah seorang yang telah berjaya…..kecermelangan selepas berusaha hanyalah belas kasih dariNya semata-mata, bukan kerana usaha kita……Segala Puji hanya untukNya..

  9. MOHD KHAMSULDIN says:

    Salam…
    Buat Salina Said…
    Untuk menghindarkan diri dari sihir atau ilmu pukau, lakukan amalan berikut setiap hari;

    1. Baca doa berikut:

    “..Bismillahillazi Layadhurruhu, Ma’asmihi syai un, Fil Ardhi, Wala Fissamaak, Wahuwa Smai’ul ‘Aliim..”

    “Dengan nama Allah, tidak akan berlaku kemudaratan di samping nama-Nya itu, sesuatu yang turun dari langit atau dari bumi, dan Dialah Allah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.”

    2. Ayatul Kursi
    3. Al-Muawwizat (Surah al-Ikhlas, al-Falaq & an-Naas)
    4. Berniat lakukan amalan di atas agar Allah hindarkan dari apa jua bahaya.

    Inilah amalan yang diterima oleh syarak..

  10. syasha92 says:

    tme kseh ckgu mamat….mdah mdahan dgn ptua2 ni,smkps mlahirkan lbih ramai pel2 cmerlang..AMIN..

  11. ex-student says:

    terima kasih cikgu…kerana memberikan beberapa tip untuk menempuhi hari-hari mendatang….

  12. salinasaid says:

    assalamualaikum en khamsuldin…nmpknye de new author 4 smkps blog..byk petua n guidelines di beri..bagus, so useful…by d way, ley x if en bg petua @ doa2 utk mghalang dr diri kita di pukau….smge dgn adanya perlindungan Tuhan n berkat doa yg tlh dilafaz, segala benda yg tak baik t’utamanya pukau thindar…amin…bukan ape, pukau ni 1 black magic yg sukar kita perasan.yela, klau jenayah ragot ke blh gak kita pukol jer peragot tu kuat2, tp pukau ni di luar kesedaran kita…nauzubillah…

Leave a comment