HIKMAH BERSALAM

Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab
6 JUN (SMKPS) – Bersalam merupakan satu sifat yang terpuji dan disukai oleh Allah s.w.t

Agama Islam menganjurkan supaya umatnya membina hubungan baik sesama manusia khususnya hubungan dengan Allah. Di antara cara yang boleh membina hubungan baik sesama manusia ialah dengan bersalam-salaman. Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nisaa’ ayat 86 yang tafsirannya:

“Apabila kamu diberi hormat (salam) maka balaslah hormat itu dengan cara yang lebih baik lagi, atau menjawab sepertinya. Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.”

Bersalam dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia

Bersalam dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama manusia

Dalam Islam memberi salam atau mengucapkan salam dengan perkataan ‘Assalamualaikum’ atau lebih afdhalnya ‘Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh’ kepada seseorang Islam yang lain, adalah hukumnya sunat, sementara menjawab salam itu adalah hukumnya wajib. Ini kerana, memberi salam itu adalah merupakan hak seorang Islam kepada seorang Islam yang lain,

Bersalaman adalah perkara yang mudah dan ringan dilakukan. Meskipun ianya mudah dilakukan janganlah amalan bersalaman itu dilakukan secara acuh tak acuh sahaja, bahkan hendaklah dibuat dengan menghadapkan muka ke arah orang yang diajak bersalaman, dengan diiringi senyuman dan muka manis, di samping mendoakannya agar mendapat keampunan daripada Allah Subhanahu Wataala. Ini jelas sebagaimana hadis Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:

“Daripada Abi Zar Radiallahuanhu katanya: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda kepadaku: Janganlah engkau pandang ringan perbuatan baik, sekalipun kecil, walaupun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu.”

Oleh itu ucapkanlah salam dan berjabat tanganlah dengan sempurna kerana kita akan mendapat pahala kebajikan. Orang yang bakhil untuk mengucapkan salam boleh dianggap sebagai orang yang cuai dan rugi dalam menunaikan hak tersebut.

Bersalaman ini boleh mengeratkan silaturahim di antara satu dengan yang lain. Apatah lagi bersalaman dengan berjabat tangan adalah amalan yang amat-amat dituntut oleh Rasulullah s.a.w.

Oleh itu, jalinlah perhubungan sesama Islam dengan membudayakan bersalam-salaman dan elakkanlah dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan memecahkan perpaduan umat Islam. Mudah-mudahan kita menjadi sebaik-baik umat di muka bumi ini.

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KISAH DAN TELADAN. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s