ADAB KETIKA BERDOA

Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab
7 JUN (SMKPS) – Doa merupakan satu hajat oleh Manusia kepada Allah. Kita hendaklah memohon doa kepada Allah di saat senang mahu pun susah.

Allah berfirman:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ

فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ (186)

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Ku dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran. (Al Baqarah / 2: 186)

Doa termasuk salah satu jenis ibadah yang paling utama. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Doa adalah otak ibadah. Dan berdasarkan ayat diatas semua doa pasti akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. Apa yang perlu diingat bahawa Allah telah membuat beberapa syarat pada penghujung ayat tersebut agar doa kita dikabulkan-Nya iaitu:

  1. Kita mestilah melaksanakan perintah-Nya
  2. Kita mestilah beriman kepada-Nya.
Kita mesti yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan oleh Allah

Kita mesti yakin bahawa doa kita akan dimakbulkan oleh Allah

ADAB ADAB BERDOA

1) Kita hendaklah sungguh-sungguh yakin bahawa doa kita akan dikabulkan oleh Allah.

Hendaklah bersikap tetap di dalam doanya dan meyakini bahawa doanya itu akan dikabulkan oleh Allah s.w.t. serta tidak memaksa Allah untuk terus memakbulkan doa tersebut.

2) Hendaklah tekun dan tidak terburu-buru.

Hendaklah ia bersungguh dan jangan berputus asa dalam doanya.

3) Tidak mengutuk keluarga dan hartanya.

Ketika berdoa janganlah meminta sesuatu yang buruk dan boleh merosakkan hubungan sesama Muslim kelak akan membinasakan diri sendiri.

4) Jangan memohon selain daripada Allah.

Hendaklah kita terus berdoa kepada Allah yang maha Pemurah, Pengasih lagi maha Penyayang. Mulakan doa dengan sebutan nama Allah dan janganlah sekali-kali memulakan dengan permintaan dulu. Menyebut nama Allah, diikuti selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan menutup doa juga dengan sebutan selawat atas Rasulullah s.a.w juga.

5) Berdoa dengan suara yang sederhana.

Hendaklah merendahkan suara antara perlahan dan kuat, Aisyah berkata dalarn memberikan penerangan tentang maksud ayat berikut:
“……Dan janganlah engkau mengangkat suaramu di dalarn solat, dan jangan pula merendahkannya sangat…… ”
(al-Isra’: 110)

6) Jangan terikat dengan sajak dalam doa.

Ibnu Abbas menasihati sahabat-sahabatnya:

فَانْظُرِ السَّجْعَ مِنَ الدُّعَاءِ فَاجْتَنِبْهُ فَإِنِّى عَهِدْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهَ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَصْحَابَهُ لاَ يَفْعَلُوْن إِلاَّ ذَلِكَ ؛

يَعْنِى لاَ يَفْعَلُوْنَ إِلاَّ ذَلِكَ اْلإِجْتِنَابُ.

Jauhilah sajak ketika kamu berdoa, kerana Rasulullah dan para sahabatnya tidak melakukan perkara demikian. (Hadis Sahih Riwayat Imam Bukhari)

7) Bertaubat dan menjauhkan diri dari segala bentuk dosa.

Mengerjakan adab kebatinan, dan itulah punca pengabulan dalam semua doa, iaitu bertaubat dan menghentikan segala macam penganiayaan serta menuju kepada Allah dengan penuh hati dan perasaan. Yang demikian itu adalah sebab yang paling hampir kepada terkabulnya segala permintaan.

8) Berdoa dengan amal salih.

Agar doa kita lekas dikabulkan oleh Allah s.w.t. maka kita boleh berdoa kepada-Nya sambil bertawassul dengan amal salih yang pernah kita lakukan. Allah sangat suka kita menyebut-yebut amal salih kita kepada-Nya

9) Mengulangi doa sebanyak tiga kali.

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari dan Imam Muslim bahawa Abdullah Bin Mas’ud berkata: Baginda Rasulullah s.a.w jika berdoa, baginda berdoa sebanyak tiga kali dan jika baginda memohon, baginda memohon sebanyak tiga kali

10) Menghadap Kiblat.

Hendaklah menghadapkan muka ke arah kiblat ketika memohonkan sesuatu doa, mengangkat  tinggi kedua-dua belah tangan, kemudian selesai berdoa hendaklah menyapu kedua belah tangan itu ke muka.

11) Berdoa sambil merendahkan diri.

Hendaklah ia berdoa dengan penuh perasaan rendah diri, penuh kekhusyu’kan, penuh harapan dan kecenderungan dan juga penuh ketakutan.

12) Berdoa pada waktu waktu yang mustajab.

Kita meyakini bahawa Allah s.w.t telah menetapkan beberapa waktu atau masa yang sangat baik jika kita berdoa didalamnya. Waktu waktu itu antara lain: Pada malam Lailatul Qadr, pada dua pertiga malam, setelah solat waktu 5 waktu dan lain lain.

Mudah-mudahan segala doa, permintaan dan hajat kita akan dimakbulkan oleh Allah s.w.t

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KISAH DAN TELADAN. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s