BERIMAN KEPADA MALAIKAT

Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab
8 JUN (SMKPS) – Malaikat adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang bersifat ghaib, diciptakan dari nur (cahaya), selalu taat, tunduk, dan patuh pada Allah SWT, tidak pernah ingkar janji kepada-Nya, tidak makan dan minum ataupun tidur.
Mereka tidak mempunyai keinginan apa pun yang bersifat fisik dan juga keinginan yang bersifat material. Mereka menghabiskan waktu siang dan malam untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT

Terdapat ayat-ayat Al Qur’an yang menyebutkan tentang malaikat antara lain terdapat dalam surat:

  • Al-Baqarah: 177 dan 285
  • Ãli-‘Imrân: 39, 42, 124, dan 125
  • An-Nisâ: 97 dan 172
  • Al-Anfâl: 9 dan 12
  • Al-Hijr: 8
  • Al-Anbiyâ: 19-20
  • Al-Ahzâb: 56
  • Asy-Syûrâ: 5
  • At-Tahrîm: 4 dan 6
  • Al-Ma’ârij: 4

Sifat-sifat Malaikat

Dari beberapa keterangan dapat disimpulkan bahawa malaikat adalah makhluk Allah SWT dengan sifat-sifat seperti berikut:

  1. Diciptakan dari nur (cahaya)
  2. Semuanya taat dan berbakti pada Allah SWT
  3. Tidak berjenis lelaki mahu pun perempuan
  4. Tidak memerlukan makan, minum, mahu pun perkara-perkara bersifat keduniaan
  5. Tidak akan mati sebelum datangnya hari kiamat kerana itu jumlahnya tidak dapat bertambah atau berkurang.
  6. Ghaib, tidak dapat dilihat oleh manusia biasa
  7. Tidak pernah mengingkari Allah SWT dan berbuat dosa kepada-Nya
  8. Hanya mengerjakan apa yang diperintahkan dan tidak ada inisiatif untuk berbuat yang lain
  9. Diciptakan Allah SWT dengan tugas-tugas tertentu

Beriman Kepada Malaikat

Dalam Islam, Iman kepada malaikat adalah salah satu Rukun Iman. Iman kepada malaikat adalah percaya dan membenarkan dengan sepenuh hati bahawa malaikat Allah SWT benar-benar wujud, walau pun malaikat bersifat ghaib, iaitu tidak dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi kewujudannya haruslah dipercayai. Ini kerana Nabi dan Rasul menerima wahyu melalui perantaraan malaikat Allah SWT.

Tugas dan Nama Malaikat

Jumlah malaikat sangat banyak, tidak dapat diketahui secara pasti. Namun ada 10 malaikat yang wajib kita beriman sebagai seorang Muslim.

Jibril – Menyampaikan wahyu kepada para Nabi dan Rasul
Mikail – Memberi rezeki kepada semua makhluk termasuk memberi makan, minum dan menurunkan hujan
Izrail – Mencabut roh atau nyawa semua makhluk apabila sudah tiba saatnya
Israfil – Meniup sangkakala (terompet) jika telah sampai saatnya hari kiamat
Raqib – Mencatat setiap kebaikan dan amal baik manusia
Atid – Mencatat setiap kejahatan dan amal buruk manusia
Munkar dan Nakir – Menyoal manusia yang telah meninggal dunia di dalam kubur
Malik – Menjaga pintu neraka
Ridwan – Menjaga pintu syurga

Mudah-mudahan kita mengambil iktibar dan pengajaran daripada  kejadian malaikat oleh Allah SWT

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KISAH DAN TELADAN. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s