BERSEDIA DENGAN KENAIKAN HARGA MINYAK DUNIA

Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab
12 JUN (SMKPS) – Kenaikan harga minyak melebihi AS$70 setong pada masa kini memang telah dijangkakan oleh pakar-pakar ekonomi dunia ekoran prestasi ekonomi dunia yang semakin bertambah pulih..

Dijangkakan harga minyak akan mengalami kenaikan selepas ini, namun sejauh mana ia akan mengalami peningkatan mendadak sehingga melebihi kenaikan tertinggi pada tahun lepas iaitu pada harga AS$147 setong merupakan perkara yang perlu diambil perhatian serius oleh kerajaan dengan membuat penelitian secara lebih mendalam.

Begitu juga, semua pihak perlulah bersedia dengan kenaikan harga minyak ini agar tidak memberi kesan yang besar kepada kewangan individu dan ekonomi negara secara menyeluruh. Perkara ini lebih mudah jika iktibar dari kesan kenaikan harga minyak dunia pada tahun lepas memberi pengajaran bermakna kepada kita semua.

Salah satu iktibar yang perlu diambil kira apabila harga minyak pada tahun lepas dinaikkan pada harga RM2.70 seliter telah menyebabkan harga barangan keperluan lain meningkat secara mendadak dan seterusnya memberi kesan kepada peningkatan kadar inflasi.

Apa yang merisaukan rakyat ialah kenaikan harga minyak bukan sahaja memberi kesan kepada barangan yang berasaskan minyak semata-mata tetapi melibatkan banyak barangan lain. Sehingga hari ini, kebanyakan barangan masih berada pada tahap yang lebih mahal berbanding sebelum pengumuman harga minyak pada harga RM2.70 seliter pada tahun lepas meskipun harga minyak telah turun beberapa kali.

Sama ada harga minyak akan dinaikkan atau tidak, kita sebagai pengguna perlulah mengamalkan perbelanjaan berhemah dengan membeli barang yang perlu sahaja. Janganlah terlalu mengikut perasaan ketika berbelanja. Amalkan tabungan agar ia dapat membantu kita di masa-masa kecemasan nanti.

Hal minyak sesuatu yang amat sensitif untuk diperdebatkan kerana kita (Malaysia) tidak mampu mengawalnya secara bersendirian kerana ia merupakan kawalan antara bangsa. Walau pun kita merupakan antara pengeluar minyak mentah dunia melalui Petronas tetapi kita tidak mampu mengawal harga bahan mentah ini di pasaran dunia.

Oleh itu, sebagai pengguna yang bijak kita harus bersedia untuk menerima hakikat kenaikan atau penurunan harga minyak..Bak kata pepatah “alah bisa tegal biasa”.
Mudah-mudahan kita menjadi pengguna yang semakin matang dan bijak dalam menguruskan kewangan diri dan keluarga..

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

One Response to BERSEDIA DENGAN KENAIKAN HARGA MINYAK DUNIA

  1. salinasaid says:

    nak wat camno, da ni global economy issue…kerjaan pn da wat yg tbaik tok rkyatnya dlm isu ni especially dlm pmbrian subsidi minyak…g pun bkn negara kita @ krjaan yg tntukan oil n gas price…nak xnak, minyak sntiasa di guna n jd brg kperluan…kete n moto dll perlu di togok bg dia jalan..beskal je x gune myk..
    dlm prinsip n konsep dlm ekonomi pn de ckp, slagi de demand slagi 2 de pnwaran n slagi tu gak rege brgn akan mningkat, lbh2 lagi if demand 2 byk..
    lg pn ritu pn rege myk dunia de gak turun, now dia naik lek, insyallh 1 mase ti degak turunnya..
    kita ni perlu bsukur wlu negara kita tengah gawat, ekonomi down n rege myk naik, tapi negara kita yg bbilang kaum ni still lg aman compare negara lain macam Thailand..tgk ari tu, jemaah tengah solat, deke patot di tembaknye…Alhamdulillah, so far negara kita belom lg pernah jd kejadian camtu.Harap2, takkan pernah jadi sampai bile2..Smoga Malaysia terus maju n aman di bawah perlindungan YG ESA…Amin…same2la kita berdoa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s