BAHASA INGGERIS SUBJEK WAJIB SPM?

Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab
13 JUN (SMKPS) – Saranan Kerajaan ingin mewajibkan Bahasa Inggeris (BI) sebagai subjek LULUS dalam peperiksaan SPM telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan rakyat Malaysia. Ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut.

Tambahan pula rakyat telah diajak berbincang dengan mengemukakan pandangan terlebih dahulu sama ada isu ini perlu dilaksanakan atau sebaliknya. Di sini kita telah dapat melihat bahawa Kerajaan sangat memahami kehendak rakyat sebelum membentuk dan melaksanakan sesuatu dasar.

Dalam hasrat meletakkan BI sebagai wajib lulus untuk lulus SPM, adakah kerajaan telah bersedia untuk melaksanakannya? Bersedia disini bermaksud dari segi perancangan strategik yang melibatkan sumber kewangan, tenaga pengajar, kemudahan peralatan, modul yang berkesan serta menyediakan persekitaran yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Rasionalnya, sebagai guru saya bersetuju agar BI ini dijadikan subjek wajib lulus dalam peperiksaan SPM. Hal ini dengan mengambil kira kemudahan dan perbelanjaan Kerajaan yang telah mencecah ratusan juta ringgit menaikkan taraf Pengajaran Dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebelum ini.

Ini bukan lagi omong-omong kosong untuk melihat bangsa Malaysia terutamanya orang Melayu bertutur dalam Bahasa Inggeris.Justeru sudah sampai masanya Kerajaan mewajibkan penggunaan BI ini kerana ia merupakan bahasa antara bangsa yang dipertuturkan oleh masyarakat di seluruh dunia..

Namun begitu, dalam memfokuskan penggunaan BI ini, Bahasa Melayu (BM) janganlah diabaikan sehingga boleh menghilangkan identiti Negara Malaysia yang menggunakan BM sebagai bahasa perantaraan dalam semua sistem pentadbiran dan pemerintahan.

BM tetap juga harus diutamakan dalam segala urusan dan dalam masa yang sama tidak meminggirkan BI.. Satu Malaysia sedar BI adalah subjek penting untuk dipadankan dengan arus pembangunan dunia yang memerlukan cabaran dan dugaan.

Kerajaan harus membuat kajian yang mendalam mengenai hasrat menjadikan BI ini subjek wajib lulus. Banyak  pihak yang perlu dijaga agar proses perlaksanaannya akan berjalan lancar dan mendapat sokongan penuh daripada rakyat.

Tidak ada sebab rakyat menolak sebarang dasar jika rakyat mampu dan tidak menjadi beban fikiran dan halangan untuk mencapai kejayaan. Kita sebagai rakyat sentiasa memberikan sokongan yang padu kepada kerajaan sekiranya sesuatu usaha itu memberikan faedah dan  manfaat kepada kita semua.. “Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh”.

-SMKPS-

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKADEMIK SMKPS. Bookmark the permalink.

2 Responses to BAHASA INGGERIS SUBJEK WAJIB SPM?

  1. SMKPS says:

    Sebenarnya kerajaan telah mengkaji akan kepentingan BI ini sebagai bahasa antara bangsa. Cuma ia memerlukan sokongan daripada rakyat untuk melaksanakanya……
    Rakyat harus menerima kenyataan sekiranya BI menjadi subjek wajib SPM dan pelajar pula bersedia untuk menyahut cabaran ini……..

  2. salinasaid says:

    salam…sy amat bersetuju dgn perlaksanaan kerajaan untuk menjadikan ppsmi ini suatu medium atau langkah untuk menaikkan lagi taraf pendidikan negara. Memang tiap benda di dunia ini ada baik & buruknya tapi tidak salah sekiranya kita tetap melaksanakannya andaikata kebaikan melebihi keburukan..HIDUP PPSMI!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s