KEPULANGAN YANG DINANTI

Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab
13 JUN (SMKPS) – Esok atau 14 Jun kembalinya En Mustaffa Bin Siraj daripada menunaikan umrah. 2 minggu beliau pergi meninggalkan kita untuk menyahut seruan Ilahi.

Wajah yang penuh pengalaman dan kaya dengan senyuman. Itulah dia En. Mustaffa Bin Siraj

Wajah yang bersahaja tetapi kaya dengan pengalaman. Itulah dia En. Mustaffa Bin Siraj

Kini beliau akan pulang kembali ke Malaysia dan dijangkakan akan tiba pada pukul 4.30 petang (waktu Malaysia). Semoga beliau akan sampai dengan selamatnya… Tentu banyak pengalaman, cerita suka duka sepanjang beliau berada di Makkah dan Madinah.. Harap beliau dapat kongsi bersama-sama dengan kita nanti.

Saya juga mengharapkan agar beliau kembali aktif menulis untuk sekolah kerana beliau sangat berbakat dalam bidang penulisan. Tulisan beliau menceriakan SMK Penghulu Saad. Blog Sekolah menjadi sepi sepanjang  ketiadaan beliau.. Harap beliau tidak menyepikan diri selepas pulang daripada menunaikan umrah.

Manalah tau jika beliau tidak berminat lagi untuk menulis. Hilanglah satu berlian daripada blog SMPKS. Blog perlukan input-input baru  yang tentunya boleh dihasilkan dengan baik oleh En. Mustaffa. pengalaman beliau sangat luas dalam bidang penulisan. Sebagai contoh, banyak hasil karya beliau dimuatkan di dalam majalah pelita bahasa, dewan masyarakat, berita harian sehingga beliau dinobatkan sebagai “Guru Kreatif” sempena Hari Guru 2009 Peringat Daerah Batu Pahat.

Selain itu, selama 4 tahun memegang jawatan sebagai GPK Ko Kurikulum di SMK Penghulu Saad banyak kejayaan dalam bidang sukan yang telah diperolehi… banyak juga sejarah yang telah dicipta oleh sekolah… Syabas dan Tahniah saya ucapkan buat beliau.

Akhir kata, semoga beliau terus maju dalam segala bidang dan lapangan yang diceburinya…

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH, KISAH DAN TELADAN. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s