BERAKHIRNYA CUTI PERSEKOLAHAN

Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab
14 JUN (SMKPS) – Hari ini merupakan hari terakhir cuti persekolahan terutamanya bagi pelajar SMK Penghulu Saat

Esok (15 hb ) pelajar akan kembali ke sekolah memulakan sesi pembelajaran bersama-sama dengan guru. Tentunya segala kerja, latihan dan nota yang telah diberikan oleh guru sepanjang cuti telah disiapkan dengan sempurna.

Jangka masa cuti yang sangat panjang iaitu selama 16 hari, membolehkan pelajar melakukan banyak aktiviti mengulangkaji pelajaran terutamanya bagi pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 5 yang akan menghadapi PMR dan SPM tidak lama lagi.

Hargailah masa yang telah Allah SWT berikan kepada kita kerana ia tidak dapat dikembalikan lagi. Pastikan persiapan untuk persekolahan esok telah dikemaskinikan. Buku teks,buku latihan, alat tulis dan kelengkapan lain  telah pun dimasukkan ke dalam beg sekolah. Jangan pula pergi ke sekolah segala keperluan wajib ini ditinggalkan dan memberi 1001 alasan kepada guru.

Sikap seperti ini sangat mengecewakan kerana ia akan mengganggu tumpuan guru untuk mengajar di dalam kelas kerana kurangnya keprihatinan pelajar tentang kelengkapan persekolahan.Belajarlah menjadi seorang pelajar yang berdisiplin dalam semua perkara kerana ia dapat membantu kita membentuk peribadi yang lebih baik dan berakhlak mulia.

Apabila di sekolah, hormatlah guru kerana mereka diibaratkan ibu bapa kedua kita kerana selama hampir 7 jam kita bersama mereka menimba ilmu. Dengarlah nasihat dan kata-kata guru nescaya kamu akan berjaya di dunia dan di akhirat. Namun, apa yang penting “solat” jangan ditinggalkan kerana ia merupakan tiang agama. Jagalah solat tersebut agar ia dapat menjadi pendinding buat kita daripada terjerumus ke lembah kemaksiatan.

Kepada semua guru-guru, selamat kembali bertugas walau pun saya tahu guru-guru sebenarnya tidak bercuti kerana mengadakan kelas-kelas tambahan untuk pelajar di samping menanda kertas-kertas peperiksaan. Jasa dan pengorbananmu tidak terbalas. Teruskan usahamu mendidik anak-anak kita menjadi seorang manusia yang berguna kepada agama, bangsa  dan negara.

Kepada pengetua Puan Hajah Salbiah Bt Maskan teruskan kemantapan anda mentadbir SMKPS menjadi sebuah sekolah yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Slogan 3S (Sapa, Salam, Senyum) akan terus diamalkan sebagi satu “trend mark” di SMKPS. Saya doakan agar SMKPS terus maju dan jaya dalam bidang kurikulum dan ko kurikulum…..

P/S = esok (15.06.2009) jangan lupa pakai baju unit beruniform….

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

2 Responses to BERAKHIRNYA CUTI PERSEKOLAHAN

  1. SMKPS says:

    Warga SMKPS memang sentiasa bersedia setiap masa dan ketika. He… 3S (Senyum, Sapa, Salam )

  2. salinasaid says:

    selamat kembali ke sekolah buat cikgu2 n murid2 sekalian, dgn ucapan “OJO MALES2 LUNGO SEKOLAH”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s