FENOMENA EL NINO

Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab
14 JUN (SMKPS) – El Nino adalah suatu arus laut yang panas menggantikan suatu arus laut yang kebiasaannya sejuk di luar pantai. Fenomena ini akan membawa satu keadaan yang panas sehingga boleh menyebabkan berlakunya kemarau atau kepanasan cuaca yang sangat melampau.

Malaysia bakal berdepan dengan fenomena El Nino mulai Ogos ini selepas Jabatan Meteorologi mengesahkan cuaca panas dan kering yang melanda sekarang akan berterusan sekurang-kurangnya sehingga September nanti. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas, bagaimanapun berkata, fenomena El Nino itu dijangka berada dalam julat pemanasan yang terkawal.

Kejadian jerebu tanda-tanda awal kedatangan El Nino

Kejadian jerebu tanda-tanda awal kedatangan El Nino

Kejadian Jerebu merupakan antara tanda-tanda awal kehadiran El Nino dan ia telah menjadi kenyataan kerana negara kita sedang diselebungi oleh Jerebu. Sebagai contoh, Lembah Klang telah menunjukkan bacaan Indeks Pencemar udara (IPU) yang sederhana iaitu sekitar 145.

Apa yang perlu kita fikirkan adalah bagaimana persediaan kita menghadapi fenomena ini. Rakyat perlu membuat persiapan menghadapi kepanasan cuaca yang semakin menjadi-jadi sekarang ini. Banyakkan meminum air masak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari bagi mengelakkan penyahdiratan terhadap tubuh badan. Kurangkan aktiviti di luar rumah terutamanya pada waktu tengahari kerana pada masa itu cuaca sangat panas.

Walau pun fenomena El Nino ini merupakan kejadian alam namun kita perlu sedar ia berlaku disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang semakin liar melakukan pencemaran ke atas bumi ini. Justeru kita tidak boleh menyalahkan alam kerana ia sebenarnya berpunca daripada kesilapan kita sendiri.. Jadilah seorang rakyat yang bertanggungjawab dengan memelihara alam sekitar.

Bersediakan kita menghadapi El Nino?

Bersediakan kita menghadapi El Nino?

Apa yang penting buat masa sekarang kita janganlah melakukan “pembakaran terbuka” kerana ia akan memarakkan lagi fenomena El Nino ini. Hakikatnya, fenomena El Nino ini tidak banyak mempengaruhi purata iklim setempat. Sebaliknya cuaca panas melampau kebanyakannya disumbangkan oleh faktor persekitaran semasa seperti penebangan hutan, penggondolan hutan dan pembakaran terbuka.

Misalnya, pernah berlaku suhu Cameron Highlands secara purata berlegar 15.3 darjah Celsius pada bulan Ogos dengan kelembapan 92 peratus. Namun ia pernah mencecah hampir 28 darjah Celsius suatu ketika kerana banyak kawasan bukit di situ habis digondol.

Sama-samalah kita menjaga BUMI ini daripada terus dirosakkan…

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

2 Responses to FENOMENA EL NINO

  1. SMKPS says:

    Memang pun… Masyarakat sekarang ni memang langsung takde kesedaran sivik untuk menjaga alam sekitar…
    Bumi dan semakin binasa disebabkan oleh tangan2 manusia yang semakin rakus merosakkan alam sekitar kita..
    Mudah2an kita akan sedar dan insaf akan perkara ini.
    Selamatkan bumi kita…

  2. limi says:

    btul tu ckgu masyarakat skrang membakar smph scara trbuka

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s