PENULARAN WABAK H1N1

Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab
14 JUN (SMKPS) – Dugaan Wabak H1N1 yang semakin membimbangkan telah menular ke merata pelosok dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengisytiharkan wabak Influenza A (H1N1) sebagai penggugat keselamatan dunia yang pertama dalam tempoh 41 tahun dan telah menaikkan paras amaran kepada tahap tertinggi kepada “enam” bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Bentuk virus H1N1

Bentuk virus H1N1

Influenza babi atau flu babi ( pig flu) merupakan penyakit saluran pernafasan akut  (severe) yang disebabkan oleh virus influenza tipe A yang dapat menular dengan sangat cepat (orthomyxovirus).  Influenza tipe A terdiri dari virus H1N1,H1N2, H3N1, H3N2, and H2N3.

Vektor virus ini menumpang babi sebagai induk utama, namun virus ini dapat juga menular pada manusia dan bangsa burung atau sebaliknya. Infeksi virus influensa babi dapat menyebabkan batuk, demam, nyeri otot, sakit kepala, tubuh lemas. Penyakit ini boleh merebak dengan cepat seperti yang kita lihat sekarang ini. Hanya melalui pernafasan sahaja seseorang itu boleh dijangkiti virus ini.

Malaysia ternyata sudah bersedia menghadapinya walau pun  di negara kita bilangan yang dijangkiti telah bertambah kepada 12 kes. Oleh itu, apa yang kita harapkan ialah perkara berkenaan tidak menimbulkan suasana panik di kalangan rakyat. Sejak pertama kali dikesan di Mexico dua bulan lalu, H1N1 kini sudah merebak ke 74 negara dan membabitkan hampir 30,000 mangsa, selain meragut 144 nyawa di seluruh dunia.

Jangkitan virus H1N1

Jangkitan virus H1N1

Selepas enam minggu WHO meletakkan ancaman virus itu pada paras lima, pertubuhan berkenaan mulai bimbang berikutan penyebaran H1N1 yang begitu cepat, terutama melalui jangkitan antara manusia. Sehingga kini, Chile melaporkan 1,700 kes kepada WHO, manakala Australia mengesan 1,300 kes, selain pihak berkuasa di Hong Kong pula menguatkuasakan penutupan sekolah rendah dan tadika, menyebabkan pakar kesihatan WHO yang mengadakan mesyuarat tergemparnya di Geneva, Switzerland kelmarin terpaksa meningkatkan tahap amaran kepada paras tertinggi yang perlu dipatuhi semua negara bagi mengekang virus terbabit.

Kita di Malaysia perlu bertindak dengan segera bagi mengekang wabak ini daripada terus menular dan menjangkiti rakyat. Kementerian Kesihatan perlu sentiasa mengeluarkan amaran dan arahan terkini dari masa ke semasa supaya rakyat mendapat berita dan maklumat terkini tentang wabak ini. Kita tidak mahu ia terus bermaharajalela sehingga boleh menjadi ancaman yang berbahaya kepada Negara.

Mungkin langkah paling mudah untuk mengatasi masalah ini ialah dengan menjaga kesihatan iaitu membasuh tangan dengan sabun selepas melakukan sesuatu kerja. Kaedah ini nampak mudah tetapi masih ramai individu yang memandang remeh hal ini. Kuman dan bakteria paling banyak melekat pada tangan ketika kita melakukan sebarang pekerjaan.Jadi, dengan membasuh tangan dapat menghindarkan kita daripada dijangkiti oleh kuman atau virus.

Di samping itu, jika mendapat simptom selesema atau demam segeralah berjumpa dengan Doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya. Semoga wabak H1N1 ini akan berakhir tidak lama lagi.Cukuplah kita terseksa menghadapi virus Nipah dan Selesema Burung sebelum ini……

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s