PERKHEMAHAN KOKURIKULUM SMKPS DI TELUK GOREK, MERSING SABTU INI

oleh  : Mustaffa Siraj

BATU PAHAT, 17  Jun (SMKPS) – Unit kokurikulum SMKPS akan mengadakan Perkhemahan Kokurikulum bertempat di Teluk Gorek, Mersing dengan penyertaan 43 pelajar dan 8 orang guru pada Sabtu dan Ahad ini.

Perkhemahan yang dirancang rapi itu membabitkan pemimpin-pemimpin kelab dan persatuan. Antara aktiviti yang dirancang adalah ice breaking, kembara hutan, persembahan kumpulan, ceramah motivasi, BBQ, sukaneka, permainan Futsal dan bola tampar.

Menurut jurucakap Unit Kokurikulum SMKPS, tidak ramai guru terbabit kali kerana di sekolah ada program Hari Profesional dan program JKD Sains. Tahun lalu, 120 orang pelajar dan 12 orang guru terbabit dalam perkhemahan serupa di Kem Nasuha, Pagoh. Jika dipelawa, lebih ramai guru dijangka turut serta, tetapi Unit Kokurikulum terpaksa mengehadkan bilangan guru untuk menyertai.

Lebih menarik, pantai Teluk Gorek memang indah. Airnya tenang kerana terdapat sebuah pulau di hadapan Teluk Gorek. Sesuai untuk bermandi manda dan bersantai. Kepada yang pergi, selamat menjalankan tugas!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

6 Responses to PERKHEMAHAN KOKURIKULUM SMKPS DI TELUK GOREK, MERSING SABTU INI

  1. SMKPS says:

    Salah!
    Yang paling top ialah Encik Muhid….
    Sekali pandang macam koboi,
    dua kali pandang macam tauke ahlong,
    tiga kali pandang baru macam Mawi…
    (Gurau aje, Encik Muhid…)

    En. Mus

  2. DAN 722 says:

    salam…
    Agak-agak cikgu mane yang paling top sekali semase perkhemahan tu
    mesti Cikgu Pie kan…Vogue gitu

  3. En Mus says:

    Boleh sangat…. tapi hati-hati agar tak terlanggar tahi lembu menghampiri Teluk Gorek… Lembu di sana belum masuk sekolah…!

    Memang meriah sabtu ini sebab ada grup UTHM dan
    SMK Ungku Husin, Endau berada di sana…

  4. salinasaid says:

    wah, leyla ujong mgu ni sy melepakkan diri di sana…look good for “lepak”…Bt. Pahat telah ketandusan n ketiadaan tempat yg menarik untuk dilawati….

  5. En Mus says:

    Pada saya, memang best.. Banyak kali buat program di situ.. Malah UTHM dan Institut Perguruan BP memang booking buat prog di situ.

    Airnya tenang dan bersih, pantainya redup, tempat sunyi dan damai. Tapi jangan keliru, tak jauh dari situ ada pantai Teluk Godek…

  6. salinasaid says:

    teluk gorek,unik name 2…bes ke kt situ? de tmpt mandi mande x?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s