HULURKAN SUMBANGAN RINGANKAN BEBAN

Oleh: SMK PENGHULU SAAT, PARIT SULONG BATU PAHAT
19 JUN (SMKPS) – Surau ( Anjung Musolla ) sekolah memerlukan bantuan dan sumbangan daripada tuan/puan bagi kemudahan dan keselesaan warga SMK Penghulu Saat menjalankan aktiviti dan program berunsur Akademik dan Ko Kurikulum.

Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) ingin memohon dana untuk menaik taraf Anjung Musolla yang kini dalam proses penyelenggaraan… Sudilah kiranya kepada semua pembaca terutamanya kepada bekas-bekas pelajar SMK Penghulu Saat yang telah berjaya mendapatkan pekerjaan yang baik untuk menghulurkan sumbangan kepada pihak sekolah.

Kerja-kerja naik taraf tersebut ialah untuk menjalankan aktiviti seperti berikut :-

Surau yang tidak diselenggara kerana kekurangan dana dan memerlukan sumbangan orang ramai

Surau yang tidak diselenggara kerana kekurangan dana dan memerlukan sumbangan orang ramai

1)      Santai Ilmu

2)      Pusat Sumber

3)      Sudut Usroh

4)      Aktiviti Ko-Kurikulum dalam Pendidikan Islam

5)      Sebagai tempat pelajar mentelaah pelajaran secara berkumpulan dan tempat solat jika surau tidak dapat menampung bilangan jemaah.

Untuk pengetahuan umum, SMK Penghulu Saat merupakan sebuah sekolah luar bandar yang telah mencatat keputusan yang terbaik dalam  Peperiksaan PMR dan SPM beberapa tahun kebelakangan ini di kawasan Parlimen Parit Sulong.

Segala sumbangan yang dihulurkan bolehlah dimasukkan ke dalam akaun sekolah iaitu :-

Nama Akaun            : PIBG SMK PENGHULU SAAD

No Akaun                  :  01260000359053 – CIMB

Anda boleh juga berhubung dengan Bendahari PIBG iaitu Hj Abd Rahman Bin Ithnain ditalian 013-7716395. Segala sumbangan yang akan diberikan amat kami hargai. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan pihak tuan/puan….

Kubah surau mercu tanda SKMPS yang perlukan perhatian orang ramai

Kubah surau mercu tanda SKMPS yang perlukan perhatian orang ramai

Bagi kami, guru-guru dan ibu bapa segala yang kami lakukan ini adalah semata-mata ingin melihat anak-anak di Penghulu Saat berjaya di dunia dan di akhirat…. Itulah harapan dan doa buat anak-anak kami ini.

Bantu dan Hargailah kami….

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

7 Responses to HULURKAN SUMBANGAN RINGANKAN BEBAN

  1. ex_SKPL says:

    Salam Perjuangan :-
    Pertama kali saya membaca blog ini, saya begitu terpesona tatkala memahami artikel yang dihantar oleh guru2 kat sana.
    Begitu gigih cikgu2 kat sana memperjuangkan nasib anak nusa bangsa.

    Teringin saya nak dermakan seberapa banyak yang saya ada.Cuma kerja saya yang kais pagi makan seminggu, kais pagi petang makan sebulan.Apa yang boleh saya tolong,InsyaAllah saya akan sampaikan kepada semua kawan2, agar Musolla sekolah cikgu sentiasa disinggahi para malaikat Rahmat yang tak pernah penat mendoakan kerahmatan utk semua orang muslim khususnya dan orang Islam amnya

  2. SMKPS says:

    Salam….
    Kalau DAN 722 nak bagi apa pun kami terima dgn hati yang terbuka. Yang penting keikhlasan hati….. bukan riak dan takbur… semoga Allah membalas jasa dan sumbangan kalian semua….

  3. salinasaid says:

    sedapnyer air soya………….

  4. DAN 722 says:

    Akum…
    Nk tanya .Selain dari wang ringgit…
    boleh tk kalau nak sumbang macam simen ker…
    tak pun air soya…sebagai upah pekerja buat kerja

  5. Abang Long says:

    Terima kasih atas doamu, adik long…
    Abang Long sedar dunia ni hanya sementara…
    Akhirat jua kekal abadi…

  6. SMKPS says:

    Dari Adik Long : TQ Abg Long…. Awak memang pemurah….
    Semoga Allah swt melipatgandakan lagi rezeki Abg Long…..

  7. Abang Long says:

    Teringin gak nak derma… Pahala ni.. Nantilah cukup bulan apa ke… Sekarang tengah kering…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s