PERKHEMAHAN KOKURIKULUM SMKPS JAYA DIJALANKAN

Semua guru dan peserta gembira menyertai perkhemahan kokurikulum 2009

Semua guru dan peserta gembira menyertai perkhemahan kokurikulum 2009

oleh : Sidang Blog SMKPS

TELUK GOREK, 21 Jun (SMKPS) – Perkhemahan Kokurikulum SMKPS tahun 2009 selama dua hari berakhir dengan jayanya  petang tadi bertempat di  Teluk Gorek Resort, Mersing.

Sebanyak 42 peserta mengambil bahagian dalam program kali ini dengan penyertaan 7 orang guru. Sesampainya  di tapak kem, Encik Norhisham Khalid selaku Kem Komanden telah menyampaikan taklimat, diikuti pembahagian kumpulan dan memberi beberapa tugasan kumpulan.

Selepas solat Zohor, peserta dan guru telah menyertai acara kembara, iaitu menyusuri pantai melalui celah-celah bongkah batu dan kawasan berbukit. Laluan agak mencabar dan menguji daya ketahanan peserta. Bagaimanapun semua yang mengambil bahagian teruja dengan keindahan persekitaran dengan lautan terbentang luas dan pulau-pulau di kejauhan. Encik Mustaffa Siraj, Encik Norhisham Khalid dan Cik Siti Zuraidah Md Sharif turut serta dalam Kembara.

Pada sebelah malam, diadakan acara persembahan kumpulan. Peserta yang dibahagikan kepada 4 kumpulan, yang diberi nama Comel, Sunrise, Monsoon dan Di Hadapan Pulau. Setiap kumpulan berjaya mencuit hari penonton dengan lakonan dan nyanyian yang menarik dan bersahaja di samping sarat mesej membina. Persembahan diadili oleh Puan Hasniza dan Cik Nor Anida. Terdapat juga persembahan wakil Persatuan Pengakap. Guru dan peserta kemudian menikmati hidangan BBQ yang disediakan oleh Encik Muhid Mustari dan Encik Shafie Buyamin

Pada hari kedua, acara dimulakan dengan solat Subuh, diikuti acara Senaman Pagi. Selepas bersarapan, peserta menyertai acara Sukaneka, antara lain membina istana pasir dan arca serta beberapa acara lagi. Kemudian peserta bermain Futsal dan bermandi manda di pantai.

PERKHEMAHAN KOKURIKULUM

Aktiviti menarik seperti membina istana pasir dan arca manusia dijalankan secara berkumpulan

Pada majlis penutup, Kem Komanden dan Penghulu telah memberi kupasan tentang penilaian terhadap kem kali ini. Penyampaian hadiah turut diberikan berupa hamper kepada kumpulan-kumpulan yang berjaya dalam Kategori Persembahan, Membina Arca, Paling Bekerjasama dan Paling Berdisiplin.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh Encik Mustaffa Siraj, PK Kokurikulum SMKPS. Antara lain beliau menyeru para peserta supaya menonjolkan bakat dan kebolehan dalam pelbagai bidang. Mereka juga diseru supaya lebih kreatif, inovatif dan aktif ke arah menjadi pelajar cemerlang dan serba boleh.

Guru dan peserta berangkat pulang jam 3 petang tadi dengan semangat dan azam baru – kembali ke sekolah  berbekalkan keinginan untuk menjayakan agenda peribadi dan sekolah demi kebaikan bersama

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

3 Responses to PERKHEMAHAN KOKURIKULUM SMKPS JAYA DIJALANKAN

  1. Rusdi Chaprian says:

    sukses ya…

  2. marinasmkps says:

    bukan air papan tp dekat2 dgn tempat tu lar..kiteorang mang enjoy sgt.hope cikgu buat lagi perkhemahan kat sana..

  3. Anak Mami says:

    Teluk Gorek… Tak pernah dengar la!!!
    Kat Air Papan kot..
    Pe pun, you all mesti enjoy punyer!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s