KAU PERGI JUA AKHIRNYA……

Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab
22 JUN (SMKPS) – Hilangnya seorang permata Penghulu Saat. Itulah Cik Norulliza Bt. Idris yang  telah pergi meninggalkan SMKPS untuk menabur khidmat dan bakti ke TIGS.

Terlalu banyak pengalaman suka dan duka sepanjang menabur keringat di SMKPS sehingga amat sukar untuk beliau pergi meninggalkan pelajar dan guru disini. Surat tawaran yang diterima ke TIGS umpama satu kilatan petir buat beliau kerana ia sesuatu yang di luar jangkaan…”  Angin tiada…Ribut pun tiada” …. Tiba-tiba beliau ditukarkan ke sekolah lain.

Walau pun baru 2 tahun di SMKPS, jasa dan sumbangan beliau sangat bermakna. Beliau merupakan tenaga  pengajar untuk subjek  Sejarah (Tingkatan 2 dan  3), Matematik (Tingkatan 2) dan PJK (Tingkatan 1 dan 2). Beliau juga adalah seorang Jurulatih Olahraga bagi atlet sekolah sehingga SMKPS telah berjaya mendapat tempat ke-2 keseluruhan MSSD Batu Pahat 2009.

Wajah anak mamie.. Itulah Norulliza Bt Idris

Wajah anak mamie.. Itulah Norulliza Bt Idris

Tetapi apa yang berlaku itu tentu ada hikmahnya. Sebagai seorang guru, kita harus bersedia untuk ditempatkan di mana-mana sahaja. Cik Norulliza sangat beruntung kerana telah di tukar ke sekolah yang cemerlang (TIGS) kerana anda juga seorang guru yang cemerlang… Bersyukurlah kerana khidmat dan bakti anda dihargai oleh sekolah lain.

“Kan kuutuskan salam ingatanku dalam doa kudusku sepanjang waktu.. Ya Allah… Tabahkan hati hambamu… Di atas perpisahan ini… Senyuman yang tersirat dibibirmu… menjadi ingatan sepanjang waktu… Tanda kemesraan bersimpul padu… kenang kami didalam doamu.. Semoga Allah memberkatimu…..

Bagi kami warga SMKPS, Cik Norulliza tetap dihati. “Selamat Menjalankan Tugas” di sekolah baru. Jangan cepat mengalah. Teruskan kecemerlangan anda walau di mana sahaja anda berada. Kau tetap dihati kami…

Secara jujur, saya telah kehilangan seorang adik yang baik dan seorang rakan bersajak yang sangat hebat dan mantap…

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

13 Responses to KAU PERGI JUA AKHIRNYA……

  1. SMKPS says:

    sudahlah kau…
    buat-buat sedih la pulak…

  2. eifa_scout92 says:

    er..ehem..dah lame x bkak blog..

    ci’kuuuuuuuuuuuuuuuu………………….aloh! tekejut sgt bile dpt tau ci’ku dah pindah ari 2..mcm x pcye pn de auw..huhu
    pe2 pun.sye rndu ah nk mam pizza ngan ciku lg..kite lumbe sape mkn paling byk n’ cpt..wakaka!! sya doakan ci’ku bjaye kat mne2 pn ci’ku berada k..n smoge makin cun melecun..ci’ku don’t noti2 tau..hehe
    Ingat PENGAKAP 92 sentiasa d hati………………………….. (+_-)v

  3. amoi says:

    Cikgu liza, makan tu boleh cari kat mana2 no, tp cek takleh bg yg cek dah bagi tu, hang pasti ingat makanan cek saja tp hang takkan ingatkan cek….sampainya hati hang no…..balik nak pi jumpa chombi lain..

  4. Ex-student says:

    Bertemu dan berpisah
    adalah lumrah alam
    berdoalah kita agar
    bertemu semula……

    SMKPS truly in our heart!

  5. SMKPS says:

    Buat Adik Liza…..
    Terima Kasih di atas segala jasa dan sumbangan yang telah diberikan…
    Kami di SMKPS sentiasa mendoakan yang terbaik buat anda..
    Kenangan manis dan pahit akan tetap tersimpan kukuh dalam lipatan kamus warga sekolah…
    Teruskan perjuangan anda…
    Doa kami sentiasa mengiringi kehidupanmu..
    Tapi… Aku FRUST tak dapat buat boria tahun depan…
    he….he….

  6. manjie says:

    Buat Liza ,
    Kenangan bersamamu dalam sukan ,
    akan terasa akan kehiangan mu ,
    apalah nasib ku , saban tahun terpaksa rekrut guru baru utk bangunkan sukan SMKPS .
    Jasa mu tetap dalam ingatan
    Buatlah lebih baik di TIGS .

  7. cikgu cun(,") says:

    jap2.. tumpang lalu.. nak minta jgn gelakkan kalau kadang guna BI tapi tak berapa betui..
    tak sempat nk berguru dgn K.RIN n K.LILY sgt lagi..
    n k.lily.. kami dah tak leh tumpangkan k.lily ke bandar lagi… huhuhuhuhu

  8. cikgu cun(,") says:

    thanx bebyk wat semua… kami SAYANG SMK PENGHULU SAAT… kt SMK PENGHULU SAAT mula nya episod hidup kami sebagai seorg yang bergelar “GURU”.. SMK Penghulu Saat mcm famili besaq kami…ada abg mcm abg mamat MANTAP..hehehe.. teman sajak, so tahun depan tak sempat nk wat boria.(,”)
    ada kakak yang wat saya rasa mcm bdk kecik yang slalu di jga n manja kan.. kami sayang
    K.rin yang hepi n baik sgt2 ng kami,slalu ajar kami, wlaupn mcm garang tapi k.rin baik ati( tak kenal maka tak cinta)

    K.uji mcm kakak n kwn kmi y mula2 posting n teman time susah n senang. rindu amin(k.uji) n aqis. hehehe

    k. syikin mcm mak kami je, slalu ajar kami sejarah. byk yang kami belajar dari k.syikin. thanx k.syikin.

    K.lily, mcm mak2 jugak yang lemah lembut n baik…

    wat semua warga SMK PENGHULU SAAT… kami sayang semua… kami rindu nk p cna lagi..
    kami mintak maaf kalau ada salah n silap ng semua warga SMK PENGHULU SAAT.. Halal kan semua makan minum. wat hj.ram yang macho n k.aya.. kami akn rindukan masakan y bes tu.. huhuhuhu..

    buat PENGETUA PN. HJ SALBIAH MASKAN.. thanx banyak puan. tunjuk ajar n leteran(,”) puan bermakna wat saya jadi seorang CIKGU. saya akan ingat pesan puan “AKUR PERINTAH” mungkin ada hikmah di sebalik setiap apa yang berlaku.

    wat student SMK PENGHULU SAAT.. “walau apa pun yang terjadi, hidup mesti di terus kan” Cikgu rindu n sayang awak semua..
    wat pljr 3 Aktif, 3Anugerah n 3Arif. cikgu mintak maaf banyak2 sebab terpaksa tinggal kan awak semua.. Cikgu doakan awak dapat keputusan yang cemerlang dalam PMR… ingat, cikgu nantikan “A” dari awak semua… SEJARAH dalam kenangan.
    wat student SMK PENGHULU SAAT yang cikgu penah or tak penah ajar sekali pun. cikgu mintak maaf sbb kadang2 cikgu ni laser(biasa la anak mami jarum kta kan. hehehe)

    lastly, I LOVE SMK PENGHULU SAAT

  9. SMKPS says:

    Untuk Liza:

    Saya akan merasa ketiadaan gr yang berdedikasi dalam kokurikulum, mesra dalam pergaulan dan tekun dalam pengajaran….

    Semoga mengekalkan ciri-ciri guru dan rakan idaman semua!

    En Mus

  10. balqis says:

    liza,
    banyak sangat kenangan manis kita kat penghulu saat kan! asik lapar je… paling best sekali masa makan kat kedai nasi ayam dollah.. Gempak siiuuuttt!!!! kita lihat sape yang kena

  11. balqis says:

    salam buat liza…
    jadilah sorang guru yang hadirnya ditunggu, hilangnya dirindu, ilmunya diburu, nasihatnya diseru dan tingkahlakunya ditiru…

    wish you the very best of luck…

  12. malu ahh... says:

    bersabarlah ckgu Liza…. apa yang berlaku ini tentu ada hikmahnya…..
    hadapilah cabaran dan dugaan mendatang dengan hati yg tabah.. yakin boleh… anak mamie boleh….
    ckgu Mamat ni memang suka buat cerita sedih..
    saya pun macam nak nangis aje bila baca cerita ni..
    hu…hu….hu….

  13. DAN 722 says:

    Akum….
    Sedihnya meratapi pemergian Cikgu Liza ni..biarpun saya taklah mengenalinya secara lebih dekat.tp bualan cikgu-cikgu kt sekolah yang mengatakan Cikgu Liza ni seorang yang baik dan mudah mesra dengan sesiapa sahaja…buatkan saya begitu teruja dengannya.

    Takziah saya ucapkan buat Cikgu Liza kerana mengalami sedikit kemalangan kereta tempoh hari…banyak-banyak bersabar ye…mungkin ada hikmahnya..manetaukan kot2 boleh pakai Mercedes Ikhlas lepasni….

    Pepun ….
    Salam Perjuangan dari saya..

    Jika hari ini Perdana Menteri berkuasa,
    Jika hari ini seorang Raja menaiki tahta,
    Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara,
    Sejarahnya dimulakan oleh Cikgu Norulliza

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s