HARI TERBUKA SMK PENGHULU SAAT 2009

Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab
25 JUN (SMKPS) –  Pihak Sekolah akan mengadakan Hari Terbuka pada 27 Jun 2009 bersamaan dengan hari Sabtu. Hari tersebut merupakan persekolahan ganti untuk cuti perayaan Hari Raya Aidil Fitri yang bakal menjelang pada bulan September nanti.

Hari Terbuka ini diadakan bertujuan bagi memberi peluang kepada ibu bapa untuk berbincang dengan guru-guru tentang prestasi akademik dan ko kurikulum anak-anak mereka di sekolah. Ibu bapa akan diberikan gambaran yang lebih jelas mengenai peribadi dan tingkahlaku anak-anak mereka sepanjang berada di sekolah.

guru bincang

Guru sedang berbincang tentang program kecemerlangan pelajar

Hampir 7 jam lamanya anak-anak mereka menimba ilmu pengetahuan di sekolah iaitu daripada jam 7.20 pagi hingga 2.30 petang.  Justeru, inilah masanya ibu bapa harus mengambil berat perihal anak-anak mereka yang selama ini di didik dan dibimbing oleh guru-guru di sekolah.

Pihak sekolah juga  amat mengharapkan agar ibu bapa dapat menghadirkan diri bagi mengetahui selok belok perkembangan anak mereka memandangkan ini sajalah peluang yang ada untuk mereka duduk semeja dengan guru dan berbincang tentang pelajaran dan masa depan anak-anak di sekolah..

Di samping itu juga, ia juga dapat mengeratkan hubungan tali silaturrahim di antara guru dan ibu bapa…. “Tak kenal maka tak cinta”. Luangkan sedikit masa anda demi untuk kebaikan anak-anak kita.

Untuk pengetahuan ibu bapa waktu perjumpaan tersebut adalah di antara jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di kelas anak mereka masing-masing.. Kepada pelajar, pastikan anda membawa bersama-sama ibu bapa untuk berjumpa dengan guru-guru..

Bagi mereka yang berjaya mendapat keputusan yang CEMERLANG dalam peperiksaan TAHNIAH diucapkan. Teruskan prestasi baik anda untuk menaikkan nama SMKPS ke persada…. Bagi mereka yang KURANG BERJAYA, jangan cepat mengalah dan putus asa… Usaha dengan gigih lagi di masa akan datang. Gagal sekali bukan bermakna gagal untuk selama-lamanya….

-SMKPS-

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in AKTIVITI SEKOLAH. Bookmark the permalink.

2 Responses to HARI TERBUKA SMK PENGHULU SAAT 2009

  1. SMKPS says:

    Salam… Wah! Hebat betul saudara kita ini memberi komentar.. Teruja saya dengan bait-bait ayat beliau….
    Semoga ianya menjadi panduan dan teladan kepada kita semua…
    Tentu saudara ini hebat orangnya…..
    Segala komen saudara sangat bernas… TQ saya ucapkan…
    Teruskan memberi komen demi kemajuan kami di SMKPS.

    -sidang blog-

  2. DAN 722 says:

    Akum…

    Pepatah arab ada mengatakan :

    Daripada tanda-tanda kejayaan dipenghujung perjalanan,
    Rujuklah kepada Allah diperingkat permulaan…

    Tahniah saya ucapkan kerana pihak sekolah akan mengadakan Hari Terbuka pada hari Sabtu ini.

    Program seumpama ini boleh mengeratkan talian kekeluargaan diantara ibubapa dengan semua guru di SMKPS. Yang jauh kita dekat-dekatkan. Yang dekat, kita rapat-rapatkan. Yang rapat, kita mesra-mesrakan dan Yang mesra kita Sayang-sayangkan. Wang ringgit boleh dicari, tapi talian kekeluargaan tak boleh dinilai dengan intan berlian…

    Bagi pelajar yang lulus cemerlang dalam peperiksaan, syabas saya ucapkan…Ibubapa dan semua guru-guru tumpang gembira atas kejayaan anda…
    Manakala pelajar yang tidak cemerlang seumpama kawan-kawan anda, teruskan usaha… manisnya sesuatu kejayaan, pabila kita bangkit dari kegagalan…

    Tahniah juga diucapkan buat semua guru di SMKPS, kerana kalian semualah yang mendidik anak nusa bangsa yang tak ingin melihat anak-anaknya jatuh kelembah dosa.

    Akhir kata:

    Madah pujangga arab ada mengatakan:-

    jadikanlah kamu seumpama sebatang pohon,
    Seramai mana orang yang membaling kearahnya,
    selagi tulah dia akan menggugurkan buah-buahan,
    untuk dinikmati oleh semua para pembaling.

    p/s : Agak segak jauh nun disana🙂

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s