DATO’ LEE CHONG WEI- WAJAR JADI IKON

oleh : Mustaffa Siraj

Mengapa saya memilih tajuk Dato’ Lee Chong Wei wajar jadi ikon? Kerana pada batang tubuh anak muda yang kurus melidi itu tersimpan banyak ramuan yang wajar dijadikan teladan, khususnya kepada para pelajar sekolah.

Memang dia bertubuh kecil.  Memang dia kurus melidi. Memang dia berbadan ringan. Nak bandingkan dengan  Pete Gade Christensen, Bao Chun Lai atau Lin Dan, pasti Chong Wei kalah dari segi saiz dan ketinggian. Namun Chong Wei ada banyak ‘senjata’ lain yang mampu menggegarkan Tembok Besar China atau Stadium Istora Senayan.

Sejak dua tahun lalu, Chong Wei telah mengumpul banyak gelaran kejuaraan badminton. Kemenangan di Terbuka Indonesia, Terbuka Malaysia, Terbuka Jepun dan Switzerland telah membuka mata banyak pihak. Malah keupayaannya terus mengekalkan ranking nombor satu dunia sejak dua tahun lalu wajar dipuji.

Apa yang mengagumkan, beliau mempunyai semangat juang yang tinggi. Sering kali beliau ketinggalan mata yang jauh, tetapi berkat kesabaran dan semangat yang tinggi, beliau berjaya mengejar lawan hingga lawan termangu-mangu dan terkesima (Tanya Siti Nurhaliza makna terkesima…)

Beliau telah mengalahkan semua jaguh badminton dunia. Walaupun Lin Dan agak liat untuk dikalahkan, namun beliau berjaya juga mengalahkan pemain itu pada tahun ini dan lepas. Chong Wei juga sanggup berlari dan seperti terbang ke seluruh gelanggang untuk mengambil bola sukar atau mengangkat pukulan tajam lawan. Beliau tidak kenal erti putus asa!

Beliau juga tidak meninggi diri meski diri berada di puncak kegemilangan. Beliau tidak mendabik dada. Cakapnya beralas dan sering menghargai jurulatihnya, Haji Misbun Sidek.  Sikapnya yang tidak meninggi diri diakui rakan dan lawan.

Ketika latihan, beliau akan berlatih bersungguh-sungguh, seolah-olah perlawanan sebenar. Tanyalah Rashid Sidek atau jurulatih lama, Li Mao!  Atau Haji Misbun sendiri.. Bagi Chong Wei, tiada perkataan ‘sambil lewa’ dalam kamus hidupnya. Yang ada ialah `Malaysia Boleh!’

Walaupun berpendapatan lumayan dari hadiah kemenangan dan penajaan, namun Chong Wei tetap dahagakan kemenangan dan terus memburu kemenangan selanjutnya. Anak kelahiran Pulau Pinang ini memang tak mudah gelap mata dan gelap hati..

Perhatikan kemenangannya di Terbuka Indonesia minggu lalu. Di hadapan penyokong Indonesia yang menyorak dan memperlekehnya, Chong Wei tetap tidak peduli dan berjaya mengejutkan jaguh Indonesia, Taufik Hidayat dengan mata 7-21 dan 14-21. Taufik jadi tenggelam punca. Segala peluru, torpedo, scud dan roketnya tak berkesan!

Pada set kedua perlawanan itu, Taufik cuba bangkit dan berjaya mendahului 7-1. Namun Chong Wei tetap cool dan steady, lalu mengemaskan permainan sehingga mendapat 6 mata secara terus. Sekali lagi Taufik terkedu, akhirnya terduduk!

Tuntasnya, contohilah semangat juang Chong Wei. Teladani kesungguhan dan komitmennya. Pelajarilah ketenangan dan sikap tidak meninggi diri. Apa yang penting, kerjasama… Eh! Bukanlah.. Apa yang penting, yang baik jadi teladan, yang buruk jadi sempadan… Tak gitu?

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in KISAH DAN TELADAN. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s