DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA

oleh  : Mustaffa Siraj

DATO SERI NAJIB... Bersama Timbalannya, TS Muhiyidin Yasin

DATO SERI NAJIB... Bersama Timbalannya, TS Muhiyidin Yasin

Datuk Seri Najib Tun Razak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke enam negara kita pada 4 April 2009, menggantikan Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi. Pada masa yang sama, beliau memegang jawatan Menteri Kewangan.

Anak sulung Allahyarham Tun Razak ini dilahirkan pada tahun 1953 di Kuala Lipis, Pahang. Mendapat pendidikan awal di St John’s  Institution, Kuala Lumpur. Beliau memperoleh  ijazah Ekonomi Industri dari Universiti Nottingham, England. Kepulangan bapanya ke rahmatullah  pada 14 Januari 1976 telah membawa Datuk Seri Najib ke kancah politik, lalu bertanding di kerusi Parlimen Pekan, Pahang pada usia 23 tahun.

Pada usia 29 tahun, iaitu pada tahun 1982, beliau dilantik sebagai Menteri Besar Pahang. Beliau juga pernah memegang  jawatan  Menteri Pendidikan pada tahun 1995-1999, dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri pada  6 Januari 2004. Jadi pengalaman luas beliau dalam politik dan pentadbiran menjadikan beliau pilihan yang tepat sebagai Perdana Menteri.

Sebaik-baik menjadi Perdana Menteri, beliau memperkenalkan slogan `Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan’. Beliau kemudian turun padang bertemu rakyat dengan  melakukan lawatan tidak rasmi ke Jalan Petaling, Jalan Brickfield dan menaiki LRT. Kesempatan itu beliau gunakan untuk bertemu rakyat dan mendengar permasalahan mereka.

Beliau juga memperkenalkan konsep 1Malaysia, di mana kerajaan mengambil pendekatan untuk menyatukan seluruh rakyat tanpa mengira bangsa dan agama, dengan berusaha menekankan aspek perpaduan dan kebersamaan. Bagi Datuk Seri, pendekatan menyatukan rakyat bermakna pemimpin dan rakyat bergerak seiring untuk mencapai aspirasi negara. Tiada rakyat akan tertinggal dari arus pembangunan.

Bagi memastikan pemimpin kerajaan bekerja dengan standard kualiti yang tinggi, beliau mempekenalkan Indeks Pengukur Prestasi (KPI) agar mutu kerja yang tinggi dapat disasarkan. Datuk Seri Najib tidak mahu pemimpin hanya melaporkan yang baik-baik sahaja, atau percaya bulat-bulat apa yang dilaporkan kepada mereka. Pemimpn wajar turun padang mendengar dan menyelesaikan permasalahan rakyat.

Dalam konteks itu, Datuk Seri Najib mahu pemimpin membuang sikap bahawa mereka sentiasa betul dan rakyat hanya perlu mengikut arahan. Bagi beliau, rakyat pandai menilai dan peluang perlu diberikan kepada mereka untuk memberi pandangan. Oleh sebab itu, Datuk Seri Najib meminta orang ramai memberi respons dengan memberi komen dalam blog beliau.

Perancangan dan gerak kerja Datuk Seri Najib semakin dihayati pemimpin dan rakyat. Timbalan beliau, Tan Seri Muhyidin Yasin turut bergerak seiring dan kini kabinet dan jentera kerajaan kian mengorak langkah ke arah keberkesanan sistem penyampaian kerajaan dan ketelusan.

Apa yang pasti, kita akan dapat melihat perubahan-perubahan  yang diperkenalkan dari semasa ke semasa. Dasar PPSMI, Pelan Rangsangan Ekonomi, Pembangunan Luar Bandar, Akta Keselamatan Dalam Negeri dan sebagainya akan melalui titik perubahan atau dikaji semula.

Sebagai rakyat, kita berharap agar perubahan dan langkah yang diperkenalkan akan membawa kemaslahatan kepada masyarakat dan negara!

– SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s