PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

oleh : Mustaffa Siraj

Jika 20 tahun dahulu,  negara kita hanya mempunyai 6 universiti awam dan pengambilan pelajar tidak sampai  15,000, keadaan telah jauh berubah pada masa ini.

Kini negara kita mempunyai 20 institut pengajian tinggi awam (IPTA). Senarai penuh adalah seperti berikut:

1. Universiti Malaya  (UM) di Kuala Lumpur

2. Universiti Sains Malaysia  (USM) di Pulau Pinang

3. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi

4. Universiti Putra Malaysia (UPM) di Serdang

5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai

6. Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam

7. Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) di Gombak

8. Universiti Utara Malaysia (UUM) di Sintok

9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) di Sarawak.

10Universiti Malaysia Sabah (UMS) di Sabah

11Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Tanjong Malim

12Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai

13Universiti Malaysia Terengganu (UMT)

14Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) di Batu Pahat

15Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Melaka

16Universiti Malaysia Pahang (UMP) di Kuantan

17Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) di Perlis

18Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) di Terengganu

19Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kelantan

20Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) di Kuala Lumpur

Kewujudan 20 IPTA belum lagi mengambil kira lebih 50  institut pengajian tinggi swasta. Secara kasarnya 600,000 sedang menuntut di pelbagai pusat pengajian tinggi di negara kita. Maka jelas bahawa kerajaan memandang serius usaha untuk memberi peluang seluas-luasnya kepada rakyat untuk menuntut ilmu di menara gading.

Selain IPTA, kita juga boleh menamakan IPTS yang terkenal, antaranya Kolej Taylor, Universiti Lim Kok Weng. Universiti Tun Abdul Razak, Universiti Industri Selangor (UNISEL), Universiti Petronas (UTP), Iniversiti Tenaga Nasional (UNITEN)  dan sebagainya. Ada yang mengadakan program berkembar dengan universiti terkemuka luar negara.

Pendidikan berkualiti turut ditekankan oleh kerajaan. Semua IPTA dan IPTS  dipantau oleh Kementeria Pengajian Tinggi di bawah Datuk Seri Mohd Khaled Nordin. Kualiti pendidikan, kualiti pelajar dan kualiti  infrastruktur amat ditekankan.

Penyediaan pinjaman PTPN, biasiswa dan pelbagai bantuan juga merupakan satu yang unik dan memberi kelegaan kepada para pelajar. Sehingga 2008, sebanyak 1 juta mahasiswa telah dapat faedah dari PTPN. RM199 juta biasiswa telah dikeluarkan pada tahun 2008. Kadar elaun kepada pelajar ke luar negara turut ditingkatkan.

Sejajar dengan matlamat menjadikan negara kita sebagai pusat kecemerlangan pendidikan, kita membuka kemasukan kepada pelajar asing. Tidak hairanlah negara kita menerima kemasukan pelajar dari China, Iran, Somalia, Pakistan, Indonesia dan negara-negara Arab.

Jadi para pelajar perlulah merebut peluang yang tersedia untuk mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM dan STPM serta di Matrikulasi dan Asasi. IPTA dan IPTS sedia menanti anda.  Tidak kurang juga pusat pengajian bercorak kemahiran seperti politeknik, IKM, pusat latihan belia, kolej komuniti, pusat Giat Mara dan institut pertanian.

Pelaburan besar kerajaan dalam bidang pendidikan adalah bagi menghasilkan modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran untuk mengisi keperluan negara. Ayuh para pelajar, sahutlah seruan kerajaan!

USAHA KERAJAAN KITA JAYAKAN

PUSAT PENGAJIAN BANYAK KEDAPATAN

TUNTUTLAH ILMU WAHAI INSAN!

-SMKPS

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

2 Responses to PELUANG MELANJUTKAN PELAJARAN

  1. En Mus says:

    Betul Salina, adik2 kat sek tu kena sedar banyak yang telah disediakan oleh kerajaaan… Sekarang tepuk dada tanya apa mahu.. Nak main ke nak belajar, nak tolak abuk ke nak study, nak enjoy dulu ke nak struggle untuk masa depan….

    IPTA ka IPTS, fungsinya tetap sama – tempat menimba ilmu, kemahiran dan pengalaman…
    Tempat kita belajar menjadi orang@manusia@insan (Berapa banyak da!!!!)
    Belajar tinggi-tinggi, pastikan berjaya nanti, dah berjaya majukan diri, rebut peluang rezeki, jangan goyang kaki, bekerja sepenuh hati, jadi insan bervisi…

  2. salinasaid says:

    UNISEL…..byk kenangan tcipta di sana…byk pgajaran tlh di plajari..byk pglaaman tlh di timbe…

    wlu sekadar IPTS tmpatku mcari ilmu & bukan IPTA yang GAH menjadi buruan, tapi ku ttp bbangga dgnnya…wlu aku x bpluang mjadi alumni sbuah IPTA, namun aku ttp bsukur krn masih bpluang mcari imu, mlanjutkan pljran ku, mggenggam sgulong ijazah….

    wat adik2 ku yg masih di SMPKS n bakal menjadi graduan esok hari, sebelah tapak n kakimu telah menjejak tempat keramat bernama “U”, jejakkanlah kakimu yg sebelah lagi ke tempat keramat tu…jadikanlah impianmu 1 realiti…sekiranya status bergelar ‘pelajar”, x mungkin di dalam hatinya tiada rasa ingin masuk U…

    hidop di U amatlah indah…disana kita akan dpt mcm2 pgalamn idop…menjadikan kita lbh matang…tp syaratnya kita jgn hanyot..hanyot dgn khidupn -ve. di sana….

    byk da sekarang IPTA n IPTS terbina oleh kerajan…loan tok student yg kurang bkemampuan pn byk tersedia..tinggal lagi kita tanye diri kita “nak belajar ke x”…”nak majukan diri kite ke x…”nak banggekan mak ayah kita ke x”….korang tnyela diri korang smua…..

    jgn tluah dari mulot kita “alah, watpe sekolah tggi2”, “watpe penat2 masok U”, “masok U pun ti kua xdapat keje”, “berlambak graduates yg menganggor”…jgn sesekali cakap mcm tu…tu luahan rase “ORANG YG X BEWAWASAN & TOLAK QADA’ QADAR TUHAN”….kita kene percaya bahawa Ada rezki yang Allah akan turunkan wat kita…coz janji Tuhan, tiap pbuatan baik n usaha kita akan dibalas baik OlehNYa nanti…usaha…usaha…usaha….tawakal byk2 padaNya….yang penting kita usaha….selebihnya biar Tuhan yang tentukan, tu kerja Dia…

    bukan nak bersyarah, bukan nak bersurah…sekadar perangsang n nasihat kpd adik2ku smua….diri aku ni pon bukanlah baik sgt…aku sedar…tapi xsalah andai kita ingat-mngingati sesama kita…aku pon xtau nasib aku esok ari…tapi kita kena tawkal…byk lagi yg bakal menunggu aku esok hari…..tlalu byk…tah elok ntahkan x…smoga aku dpt keje pas aku konvo nanti…amin…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s