CHIN PENG

Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab
27 JUN (SMKPS) –  Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua merupakan satu nama yang pernah menggegarkan Tanah Melayu semasa zaman  Komunis di Tanah Melayu. Beliau merupakana Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).

Chin Peng diusia 85 tahun. Wajarkan beliau diberi peluang kembali ke Malaysia?

Chin Peng diusia 85 tahun. Wajarkan beliau diberi peluang kembali ke Malaysia?

Apa yang telah dilakukan oleh beliau sememangnya  tidak boleh dimaafkan oleh sesiapa pun terutamanya kepada mereka yang telah menjadi mangsa kekejamannya.Tanah Melayu pada masa itu telah kehilangan banyak nyawa dan harta benda musnah disebabkan kerakusan Chin Peng dan rakan-rakan untuk menakluk Tanah Melayu.

Dikatakan seramai 2000 orang bekas anggota tentera yang cacat dan masih hidup serta keluarga mereka masih menanggung trauma akibat pertempuran dengan komunis dahulu. Di tambah  lagi dengan kira-kira 5,000 anggota keselamatan yang gugur ketika mempertahankan negara daripada ancaman komunis pimpinan Chin Peng tersebut.

Kini, nama beliau kembali hangat diperkatakan di Malaysia. Ini kerana, terdapat idea atau cadangan yang mahukan Chin Peng pulang ke Malaysia dan diberi pengampunan kerana beliau tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan Negara… Adakah pendapat ini betul atau salah?

Pemimpin kaum Cina yang begitu ghairah mahu Chin Peng dibenarkan pulang juga ingin mengambil kesempatan mengiktiraf perjuangan Chin Peng untuk membenarkan dakwaan bahawa orang Cina juga memainkan peranan besar memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Orang Cina di negara ini ingin menulis semula sejarah. Mereka tercari-cari ikon untuk menjustifikasikan sumbangan mereka dalam kemerdekaan negara bagi menolak peruntukan-peruntukan Perlembagaan semasa merdeka mengenai kedudukan orang Melayu, bumiputera, agama Islam dan raja-raja Melayu.

Selama ini, mereka terpaksa menerima fasal-fasal dalam Perlembagaan tersebut kerana sejarah jelas menunjukkan bahawa orang Melayu sahaja yang banyak mengorbankan jiwa raga menuntut kemerdekaan negara ini. Mereka tiada pilihan kerana semasa Tanah Melayu akan merdeka mereka masih dianggap kaum pendatang di bawah tanggungjawab dan kerakyatan yang diberikan oleh British.

Justeru, mereka mahu Chin Peng diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan. Chin Peng bukan pejuang kemerdekaan. Beliau hanya memperjuangkan nasib kaum Cina di Tanah Melayu. Malah agenda Chin Peng lebih besar ialah meluaskan pengaruh Tanah Besar China di rantau Asia.

Saya tidaklah pakar dalam bidang Sejarah kerana saya masih belum lahir lagi pada masa Chin Peng mengganas. Saya hanya membaca perihal kekejaman Chin Peng ini di dalam buku sejarah, internet, atau pun majalah… Selain itu, orang-orang tua yang masih hidup pada masa itu menjadi bahan rujukan saya.

Mungkin di dalam blog sekolah ini, rakan-rakan yang bijak pandai di luar sana boleh berkongsi pandangan kepada semua,  adakah wajar Chin Peng ini di bawa pulang ke Malaysia atau dibiarkan saja beliau menghabiskan sisa-sisa hidupnya di Luar Negara???

Komentar anda sangat dihargai.. Semoga yang baik kita jadikan teladan dan yang buruk jadikan sempadan… Bagi para pelajar SMKPS  yang bakal menjadi pewaris Negara menjelang wawasan 2020, inilah peluang anda untuk memberikan hujah dan pandangan berhubung dengan isu yang diperdebatkan…

-SMKPS-

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

8 Responses to CHIN PENG

  1. Abang Long says:

    mana saya x geram dan marah… Dari tahun 1948 hingga 1989 berpuluh ribu mangsa kekejaman dan pembunuhan komunis. Penat dan letih kerajaan menghadapi ancaman mereka siang dan malam.
    Banyak duit keluar,,,
    Tu sebab sy nak cincang Chin Peng durjana… biar dia merana….. GRRRR!

  2. salinasaid says:

    Wah, marah bebenor Abg Long dgn si cin peng ni….

  3. Guru Geografi says:

    Wah…. Takut saya dengan Abg Long ni…. Teruja saya dengan semangat patritoik yang ditunjukkan…
    Cayalah Abg Long….

  4. Abang Long says:

    Kita sama-sama geram …. Memang geram giler!!!!
    Langkah mayat saya dulu. Chin Peng!!!
    Kat airport nanti saya pasang bom….
    Biar padan muka kau!!!!
    Cukup la penderitaan yang ditanggung….
    KAU MAKHLUK PEROSAK
    KAU HANCURKAN KEHIDUPAN RAKYAT
    GURU GEOG DAN PENCINTA SEJARAH, AYUH KITA BERARAK DI JALANAN MENENTANG CHIN PENG!!!
    AYUHHHHHH….

  5. Guru Geografi says:

    Salam…
    Walaupun saya guru yg mengajar Geografi… Tapi saya mmg tak setuju Chin Peng di bawa balik ke Malaysia.. Saya anak Malaysia yang cintakan keamanan dan kedamaian…
    Untuk apa?????????????? Nak mengaktifkan kembali ideologi komunis ke?? atau nak bagi peluang kat orang Cina mewartakan Chin Peng sbg HERO mereka… Boleh blah…

  6. Pencinta Sejarah says:

    Marah betul ex-students dan abg long ni…
    Memang pun. Chin peng tidak wajar diberikan pengampunan dan peluang utk kembali ke Malaysia.
    Biarkan aje dia kat luar negara je… Banyak lagi benda lain yang Kerajaan nak fikirkan…
    Kita kena fikirkan hati dan perasaan pejuang kemerdekaan yang sanggup mengorbankan nyawa demi negara tercinta..
    Tiba-tiba aje nak bawak balik si Chin Peng ni..
    Sape tak bengang….

  7. ex-student says:

    Wah… marah nampaknya Abang Long? Bekas tentera ke?
    Walaupun saya tak arif dengan isu ni, saya tak setuju gak… Saya belajar zaman Darurat, katanya teruk…
    Ramai mati…
    Kira saya bersama dengan mereka yang menentang
    Chin Peng kembali….
    GET OUT FROM HERE!!!!!!!

  8. Abang Long says:

    Chin Peng tak wajar dibenarkan balik!!!!
    Saya tentang habis-habisan kerana:
    a. Ribuan jiwa mati dan cedera keranamu
    b. Ramai mangsa masih hidup dan menderita
    c. Perosak masyarakat dan negara tidak wajar wujud
    d. Kamu tidak pernah rasa bersalah
    e. Ideologi kamu bertentangan ideologi negara
    f. Kamu anti perdamaian dan kerukunan
    g.Sape nak jaga keselamatan kamu jika balik
    h.Ideologi kamu bakal berkembang balik jika kamu
    balik (nauzubillah…)
    i. Kamu musuh polis dan tentera, pasti mereka
    terluka
    j. Dah berpuluh tahun kat China dll, mati kat sana je la

    Saya cukup GERAMMMM dengan kamu… Mau saya cincang kamu kalau jumpa……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s