BAHAYA GULA

Oleh: Mohd Khamsuldin Abdul Wahab
29 JUN (SMKPS) –  Dewasa ini penggunaan gula dalam kalangan masyarakat Malaysia amat membimbangkan.Tanpa gula kehidupan manusia dianggap tidak sempurna… Begitu kuatnya pengaruh gula kepada kita.

Gula : pengambilannya perlu diterhadkan

Gula : pengambilannya perlu diterhadkan demi kesihatan

Apakah sebenarnya gula?

Gula merupakan satu bahan yang digunakan sebagai penyedap makanan atau minuman. Ia tidak mempunyai zat malah akan menyingkirkan zat yang sedia ada dalam tubuh badan. Sebenarnya semua orang, tidak kira kanak-kanak, remaja atau orang dewasa, tidak memerlukan gula. Gula hanya perisa yang mengandungi kalori tetapi tiada khasiat langsung. Apabila diambil dalam kuantiti yang berlebihan ia boleh memudaratkan kesihatan manusia.

Adakah badan kita perlukan gula?

Sebenarnya tubuh badan kita tidak memerlukan gula! Ini kerana tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila badan perlukan tenaga.

Antara kesan pengambilan gula yang berlebihan?

1. Melemahkan sistem imunisasi (melawan penyakit)

2. Menganggu imbangan galian dalam tubuh

3. Menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif, gelisah dan nakal.

4. Menyebabkan kanak-kanak rasa mengantuk dan mengurangkan kecergasan

5. Melemahkan daya tahan tubuh terhadap jangkitan bakteria

6. Merosakkan buah pinggang

7. Menyebabkan kanser payu dara, kanser ovari, kanser prostat dan kanser dubur

8. Meningkatkan pasar glukosa dalam darah dengan cepat

9. Melemahkan penglihatan

10. Penyebab perut berasid

11. Merosakkan gigi terutamanya kepada kanak-kanak

12. Penyumbang utama kegemukkan

13. Pembentukan batu dalam ginjal

14. Meningkatkan kolesterol dalam badan

15. Penyumbang kepada penyakit kencing manis

Langkah untuk mengurangkan pengambilan gula

1. Baca label dan periksa kandungan gula sesuatu produk. Perkataan glukosa, sukrosa, fruktosa, dekstrosa, madu, gula perang dan semua jenis sirap bererti ia adalah gula.

2.  Buat catatan, terutama bagi yang suka makanan manis. Catatan ini termasuk minuman manis (kopi, teh atau jus buah ketika sarapan), sajian pencuci mulut (kuih-muih, snek, gula-gula atau kek). Melalui cara ini, anda boleh membuat penilaian berapa banyak makanan manis yang anda ambil dalam masa sehari atau seminggu.

3. Amalkan minum air masak setiap kali selepas makan, terutama ketika makan tengah hari atau makan malam. Jika selama ini anda minum minuman manis, kurangkan kemanisan minuman anda. Pastikan anda juga meminta segelas air masak bersama minuman manis bagi menambah pengambilan air masak.

4. Kurangkan pengambilan minuman ringan. Setiap 355 mililiter minuman ringan atau karbonat mengandungi kira-kira 10 camca teh gula. Ini bersamaan dengan saranan pengambilan gula harian kita.

5. Ketika membeli, pilih makanan atau minuman yang mempunyai label ‘kurang manis’.

6. Gantikan snek makanan ringan, sajian pencuci mulut kuih muih kepada buah-buahan yang lebih memberi khasiat kepada badan.

Selepas membaca artikel ini mungkin anda semua teringin nak kurangkan pengambilan gula dalam diet harian. Mungkin ia sesuatu yang sukar tetapi ia boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Ayuh… kurangkan gula dalam kehidupan kita…

Mudah-mudahan kita akan sentiasa sihat dan cergass..

-SMKPS-

About SMK PENGHULU SAAT

Sekolah Menengah Kebangsaan Penghulu Saat Kampung Parit Raja Ahmad, 83500 Parit Sulong, Batu Pahat, Johor. Kod Sekolah : JEA 0022 Lokasi Sekolah SMK. Penghulu Saad terletak di Mukim 18, pekan Parit Sulong. Jaraknya daripada Bandar Batu Pahat kira-kira 25 kilometer. Di kawasan pekan Parit Sulong terdapat 2 buah Sekolah Menengah iaitu SMK. Penghulu Saat terletak di belakang SMK. Dato’ Sulaiman. Sejarah Sekolah Tahun 1976 : Tn. Hj. Daud Bin Ibrahim Pengetua SM. Dato’ Sulaiman telah mencadangkan pembinaan Sek. Men. Ren. Parit Sulong sebagai Sekolah Menengah ke-2 selain daripada SM. Dato’ Sulaiman di kawasan Parit Sulong ini. Tahun 1977 : Perancangan pembinaan SMR ke-2 di Kg. Parit Raja Ahmad, Parit Sulong di atas tapak No. Lot Tanah: 011873 dengan keluasan 42539m². Tahun 1978 : Pembinaan SMR ke-2 dimulakan. Akhir tahun 1980: SMR ke-2 telah siap pembinaannya. 04 Januari 1981: SMR. Parit Sulong mula diasaskan. SMR. Parit Sulong ini adalah cawangan kepada SM. Dato’ Sulaiman. Pada ketika itu segala pentadbiran sekolah ini di bawah pengurusan Pengetua SM. Dato’ Sulaiman. SMR. Parit Sulong ketika itu terdiri daripada : Jumlah pelajar = 220 orang Jumlah guru = 13 orang Jumlah kakitangan = 3 orang Jumlah kelas = 7 buah Pelajar SMR. Parit Sulong datang dari 7 buah Sekolah Rendah berhampiran iaitu :  Sek. Keb. Seri Chantek  Sek. Keb. Seri Tiga Serangkai  Sek. Keb. Parit Sulong  Sek. Keb. Seri Maimon  Sek. Keb. Seri Laksana  SJK. (C) Parit Sulong  SJK. (C) Kangkar Senangar 15 Disember 1982 : Pentadbiran SMR. Parit Sulong dipisahkan daripada SM. Dato’ Sulaiman dan En. Abd. Rahim Bin Hamzah menjadi Pengetua pertama sekolah ini. Beliau berkhidmat hingga 15 Disember 1983. 26 Oktober 1995 : Nama sekolah ditukar menjadi SMK. Penghulu Saat. Permohonan pertukaran nama ini dilakukan semasa pentadbiran Pengetua Tn. Hj. Syed Ali Bin Syed Salim dan telah diluluskan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia (Unit Perancangan, Pembangunan dan Bekalan) pada 26 Oktober 1995. Nama sekolah ini, SMK. Penghulu Saat sebenarnya mengambil sempena nama seorang Penghulu ke VI Mukim Simpang Kiri iaitu MUHAMAD SAAD BIN KITAM. Muhamad Saat Bin Kitam merupakan seorang Penghulu yang paling banyak berjasa di kawasan pentadbirannya Mukim Simpang Kiri pada tahun 1917 – 1932. Hakcipta Terpelihara © 2009 SMK Penghulu Saat. SMK Penghulu Saat tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kerugian, kehilangan atau kerosakan yang dialami dalam penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.
This entry was posted in ISU SEMASA. Bookmark the permalink.

One Response to BAHAYA GULA

  1. salinasaid says:

    kurangkan gula dlm makanan, tambahkan gula dlm syuman…
    kang syum sgt2 kang kene kencing manis lak….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s